Wednesday 22 April 2009

Pembukaan Akaun Bank untuk Masjid Nagaoka

Setelah beberapa siri mesyuarat dan perbincangan tidak formal di kalangan AJK Penaja Masjid, akhirnya 2 akaun bank telah berjaya di buka. Hasil kerja keras saudara Imran dan beberapa AJK yang lain. memang betul pembahagian tugas telah diberi dalam mesyuarat, tapi bagi saya tanpa komitmen yang tinggi tugas tersebut tidak mampu di sempurnakan. Alhamdulillah, AJK yang ada setakat ini memang menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi bagi mencapat matlamat penubuhan masjid atau Islamic Center di Nagaoka ni.

Sebenarnya Imran dah approach bank ni semasa bulan 3 lagi, cuma secara rasmi berjaya buka akaun bank JP pada 13 April 2009. Buka akaun ni mengambil masa sikit sebab mengikut kata pegawai di cawangan yang kami pergi tu, mereka kena membuat pendaftaran di HQ. Jadi pihak HQ la yang memberi kata putus samada permohonan kami ni lulus atau tidak. Kalau ikutkan takde la susah mana pun. Imran buat sekeping kertas (pastinya dalam Nihongo) yang tercatat di dalamnya beberapa point penting. Antaranya :
i Tarikh penubuhan persatuan (walaupun tidak rasmi, hanya mengambil tarikh mesyuarat agung)
ii. Nama pemegang 3 jawatan utama dalam persatuan tu. (Pengerusi, Naik Pengerusi dan Bendahari)
iii. Alamat surat menyurat persatuan. (Dalam kes kami ni, ianya di alamatkan ke rumah Pengerusi)

Pada surat tu, kami letakkan "inkan" sebagai cop rasmi persatuan. Inkan tu Hanif buat kat kedai dgn kos 3000yen kalau x silap yang mencatatkan "Nagaoka Muslim Kai" dalam kanji dan katakana.

Semasa buka akaun JP tu kami dah minta untuk dia buatkan borang masuk duit yang telah pun tercatat nama persatuan dan nombor akaun persatuan. Jadi bila penderma nak menderma, mereka x perlu lagi tulis semua tu. satu lagi, borang tu perlu di tempah. Kos tempahan xdelah mahal sangat. So far yang kami buat utk 200 keping, 300yen. Semalam tempah lagi 300keping, 400yen. Masa buat borang tu juga pegawai JP tu tanya samada pihak penderma yang akan tanggung kos kemasukan duit atau "furikomi" ataupun pihak persatuan. Kami buat keputusan utk tidak menyusahkan bakal penderma, jadi biar pihak persatuan sahaja yang menanggung kos tersebut. Contohnya kalau penderma nak menderma 1000yen, mereka tak perlu la extra lagi 210yen utk caj furikomi tu. Automatik nanti tolak ajelah dari akaun persatuan. Caj furikomi ni hanya bagi penderma yang bukan pemegang akaun JP. Kalau org tu ada akaun JP, senang transfer je.

Semalam, 22 April 2009, kami buka pula akaun Hokuetsu. Ini bagi memudahkan bakal penderma dari Gidai untuk membuat auto debit. Kebanyakan pelajar Gidai memang buka akaun bank ni di cawangan Oojima. Masa nak buka akaun di sini lama sikit kami kena tunggu. Lepas tu ketua cawangan bank ni datang minta penjelasan dari Imran berkenaan persatuan ni. So bila dia faham, dia terangkan keperluan2 lain. tapi paling pentingnya dia nak minta persatuan submit Laporan kewangan untuk satu tahun yang akan datang. katanya sekali je, lepas tu tak perlu dah.

Kiranya2 macam takdelah susah sangat nak buka akaun bank untuk persatuan ni, walaupun kita x register dgn mana2 ROA. Actually kami cuba juga untuk buat auto debit untuk bank JP, tp mengikut pegawai bank JP tu, at least kena ada 100 orang ke atas nak buat auto debit baru diorang benarkan. then satu lagi perlu ada org maintain di pihak persatuan senarai nama auto debit dan jumlahnya sekali. Jadi kami sendiri pun x pasti berapa ramai penderma yang sanggup buat auto debit ni. Memangla kalau nak diikutkan jumlah pelajar Melayu di Jepun ni ramai, tapi tak semuanya bersedia nak menderma tetiap bulan. mungkin mereka ada tanggungan lain. Tak kisahlah, asal sahaja mereka ada niat yang baik.

Bagi pembaca yang ingin menderma, ni ialah nombor akaun JP untuk Nagaoka Muslim Kai
00560-8-52840

Nombor akaun Hokuetsu x sempat nak salin lagi sebab semua dokumen ada pada Imran. InsyaAllah nanti bila dah dapat saya update dalam ni.

Wassalam.

Thursday 16 April 2009

Jadual belajar formal yang kembali terisi...

Bermula awal bulan 4, rasanya semua universiti di Jepun dah buka sekolah. Samalah di Gidai ni pun, cumanya bagi pelajar Post-Grad tiada istilah cuti bagi kami. Semua kena setting sendiri. Bagi pelajar PhD lebih2 lagi la terasa. Nasib baik saya masih di peringkat Master, so supervisor masih boleh menentukan cuti kami tu. Bagi saya, supervisor saya ni antara yang cukup "baik" bab2 ni. Kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ni ada yang terpaksa masuk lab seawal 8 pagi dan balik selewat 8 malam setiap hari. Nasib baik la juga, kalau tak kesian la kat anak isteri kat rumah. Macam saya ni, wife saya tak blh nak drive kereta, so kalau saya takde memang sehari suntuk dalam rumah ajelah. Cuma sekarang dah masuk musim bunga, so bila cuaca cantik, petang2 boleh la dia bawa anak2 jalan kat taman yang berdekatan.

Buka aje semester baru ni, sesi untuk memilih subjek untuk di ambil. Memang nampak tak susah mana, tapi saya kena berhati2 juga sebab silap pilih, subjek tu nanti akan totally di ajar dalam bahasa Jepun. Semester lepas saya dah cuba, result yang saya dapat bukan A!. Sedih la juga. Tapi pada masa tu yang saya check balik sebab2 nya antaranya ialah ;
i. Ia tidak di ajar dalam kelas, hanya melalui e-learning yang juga menyediakan bahan2 dalam Nihongo.
ii. Sebarang pengumuman di beri dalam laman web yang tak ada satu huruf roman pun, semuanya kanji. (bab katakana dan hiragana tu oklah, tp kalau kanji yang susah2 tu kekadang saya ambik masa satu hari nak faham) - kalau blh copy paste blh la saya guna online translator, tp kalau blh pun setakat yang saya try translation kot BI nya jadi lagi tak faham.
iii. Buku rujukan yang digunakan hanyalah 1 buku dalam bahasa Jepun. (yang ditulis sendiri oleh pensyarah)
iv. Latihan, soalan dan rujukan WAJIB diambil dari buku tu sahaja.
v. Report akhir yang pelajar kena buat ialah apa komen berkenaan buku tu dan latest info dalam bidang tersebut yang tiada dalam buku tu.

jadi bagi pelajar yang tak mahir berbahasa jepun memang taihen (susah) la jugak nak mengadap subjek yang macam ni. Walaupun saya tak gagal, tp x dapat A..hu huu...Semester lepas bukan tak ambil subjek lain yg di ajar dalam bahasa Jepun, tp paling tidak pensyarah tak hanya fokus pada sebuah buku aje. So ada subjek lain yang saya ambik di ajar dalam bahasa Jepun tu dapat juga A.

Semester ni tak banyak subjek yang di ambil. Sebab sem lepas dah pulun. Lagipun nak prepare mek ngan ayah nak datang melawat kami awal bulan 6 ni. Seronoknya..tak sabar tunggu. Dulu masa kat Izzudin Shah, Ipoh pun mek ayah datang sebulan sekali datang jenguk. Ni selepas di arrange setahun lebih baru ni la ada peluang mek ayah datang. Tu pun tak tau lagi, walaupun tiket dah beli tp kalau Allah izinkan blh la mek ngan ayah sampai sini. So sem ni hanya ada 4 subjek (2 subjek di ajar dalam bahasa Jepun). Hari Selasa dan Rabu takde kelas.

Bagi mereka yang nak sambung Post-Grad di Jepun dan tak mahir berbahasa Jepun, pastikan cari supervisor yang blh berbahasa Inggeris. Nak cari yang fasih betul2 berbahasa Inggeris tu agak susah saya rasa. Tp lecturer di Jepun ni kekadang kita tgk bila bercakap BI tak berapa sangat, tp kalau bab menulis...memang diorang terer.

Bagi rakan-rakan yang nak sambung Post-Grad di jepun dan tak mahir tentang selok beloknya boleh try view info di sini. http://ipij.info/

Wassalam

Thanks to Ilhami yang bagi idea untuk saya nak tulis pasal mende ni.

Saturday 4 April 2009

Cuaca kembali cerah di Nagaoka

Sehari dua ni cuaca di Nagaoka cukup cantik. Cuaca yang sebegini cantik menambahkan lagi rindu pada suasana di Malaysia. Memang seakan2 sama, cumanya di sini walaupun matahari nampak terik tapi suhunya masih di bawah 20 darjah celcius. Sebab angin sejuk bertiup agak kuat.

Setiap saat hati ni rasa macam nak balik Malaysia je. Rindu pada cuaca yang semacam ini. Tapi atas sebab perjuangan ini masih belum selesai, maka hati ini perlu di tabahkan. Banyak lagi agenda yang masih belum terlaksana. Agenda untuk menamatkan MSc ni satu, penubuhan masjid di Nagaoka pun satu lagi hal yang tidak kurang pentingnya.

Kehadiran lebih kurang 18 org "ahli baru" dalam keluarga Malaysia di Nagaoka ini menambahkan semangat untuk terus mengeratkan silaturrahim dan seboleh-bolehnya nak mengembalikan nama baik pelajar-pelajar malaysia di sini. Memang kalau di ikutkan ranking mudah mendapat kerja selepas grad dari U ni memang antara yang top di Jepun, tp yang menjadi masalahnya ialah di pihak JPA Tokyo, pelajar2 dari Gidai ni seolah-olah macam ada banyak sangat masalah peribadi. Sehingga ada yang mengurung diri dalam bilik berbulan2.

Harapannya dengan kedatangan adik-adik ini, dapat membuka satu buku baru ke arah pembentukan masyarakat Malaysia di Nagaoka yang dapat menjadi contoh Muslim yang baik.

Wassalam