Sunday 15 November 2009

Fauzan ke sekolah baru

Kalau di ikutkan mahu terus tulis berkenaan sekolah baru Fauzan dan apa yang saya dah rancang untuk tulis tu, tp memandangkan isteri demam 2 hari tak larat nak bangun. Saya terpaksa ambik alih tugas tu sementara. Hari Jumaat tu saya pulak demam sehingga la ke hari ni dan dalam tempoh yang sama juga, Fatin Najwa pun demam. Suhunya kekadang mencecah 39.5 celcius. Fauzan aje seperti biasa, "mangli" dengan penyakit. Mungkin mewarisi ayahnya yang suatu ketika dulu takut dengan ubat dan hospital. Sebut aje nak kena makan ubat, terus sihat. Tak taulah, buat masa ni dia masih sihat, esok lusa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi nampak gaya bukan family kami aje di Nagaoka ni yang jadi macam tu, rakan2 yg lain pun dengarnya ramai yang kuarantin dalam rumah sebab influenza ni. Hujan pun dah masuk hari ketiga tak henti2 lagi ni. Nak ke sekolah pun rasa liat.

Sekolah baru Fauzan namanya "Nagamine Youchien". Rasanya Fauzan aje student antarabangsa yang ada kat situ kot. Sebab selalunya kalau ada org luar juga di situ, sensei akan bagitau. Waktu persekolahan ialah dari 9 pagi sampai 2.30 petang, tapi blh hantar seawal 8 pagi dan blh pegi ambil selewat 3.40 petang. So saya akan hantar seawal mungkin dan ambil selewat mungkin. Biar dia main puas2 kat sekolah dia tu. Rasanya budak2 ni bahasa bukan penghalang utk diorang bermain bersama2. Beberapa point penting untuk nak dikongsi sama-sama ialah seperti di bawah:

1. Rutin harian pelajar2 di sekolah
Macam yang pernah saya tuliskan sebelum ini, saya withdraw Fauzan dari sekolah yang mula2 dulu sebab diorang ada buat sembah2 tokong Buddha setiap hari. Sekolah baru ni sensei kata memang takde apa2 perkara berkaitan dengan agama. Even ada beberapa event yang diorang jadikan prgoram tahunan tu sensei tanya saya blh atau tidak Fauzan join. Saya kata kalau ianya hanya lah adat org2 Jepun, ia tidak menjadi masalah. Tp kalau ianya mirip kepada agama, tolong pastikan Fauzan tak buat. Sensei pun cakap, kalau dia nak buat apa2, dia akan maklumkan kepada saya dulu.OK lah kalau macam tu. Lagipun program bulanan yang diorang rancang, diorang dah bagi siap2 kepada mak ayah utk tgk setiap awal bulan.

2. Makanan yang disediakan
Menu untuk sebulan beserta dengan bahan2 mentah dinyatakan dalam sekeping kertas kepada ibu bapa setiap awal bulan. Memang sudah macam tidak dapat lari, menu "buta" iaitu babi ada dalam hidangan mereka hampir setiap hari. Semasa pertemuan pertama dengan pihak sekolah lagi pun saya dah bgtau awal2, Fauzan tidak blh makan sebarang "niku" atau daging yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian Hermy (jurubahasa pada hari tu) tambah lagi, bukan setakat makanan yg nampak terang2 daging, tp kalau ada dalam coklat ke, jajan2 ape ke, tu pun tak leh. So pihak sekolah bersetuju untuk asingkan makanan Fauzan dari semua tu. Pagi ni masa hantar Fauzan ke sekolah, saya belikan "shokupan" slice bread yang selalu kami makan. Pihak sekolah memang ada sediakan untuk pelajar2 nya, cuma saya tak tau, shokupan yang disediakan tu ada "nyukazai" atau tak, dan kalau ada dari haiwan ke dari tumbuhan?. Untuk mengelakkan dari was2, lebih baik saya sediakan sendiri.

3. Bayaran yang di kenakan
Bab bayaran ni memang mahal kalau dibandingkan dengan kengkawan fauzan di sekolah yang lain. Pertamanya sebab Fauzan masuk dah di tengah2 semester pengajian, keduanya dia masuk di sekolah swasta dan yang ketiganya duit bantuan dari City Hall (kerajaan tempatan) tak sempat nak proses lagi. Jadi buat masa ni terpaksalah saya sediakan bayaran dalam 30,000 yen sebulan. Barang2 lain seperti alat tulis dan segala mak nenek tu kira lain. Nasib baik pakaian seragam sekolah blh bagi pinjam. Kalau tak jenuh juga nak kena beli.

Apa bezanya Youchien (tadika) dan Houikuen (pusat asuhan)?
Kalau bagi keluarga yang suami dan isterinya bekerja atau belajar (tiada siapa untuk nak tgk anak di rumah), Houikuen la wajar di pilih. bayaran pun memang teramat murah, tapi itu bagi pelajar2 macam kebanyakan student Malaysia di sini. Anak blh dihantar seawal 7.30 pagi dan blh di ambil selewat 6.30 petang. Umur yg blh di hantar ialah seawal 4 bulan sehingga 6 tahun.

Youchien pula, hanya ambil pelajar yg berumur 3 tahun ke atas. Bab bayaran sebenarnya ia tgk pada pendapatan tahunan keluarga. So tak perlu risau kalau nak masukkan anak2 ke private ke, city hall punya ke, kerajaan pusat punya ke. Bayaran akan jadi sama sahaja masuk ke mana pun. Cuma kalau macam saya sbg student, hantar Fauzan ke private youchien, kena kerja lebih sikit la kalau nak dapatkan bantuan kewangan kerajaan jepun. Kena isi borang bagai2, turun naik city hall. Tp berurusan dengan pejabat kerajaan Jepun amat mudah. Asal kita ikut checklist nya, senang dan cepat dia proses, InsyaAllah. Of course bagi mereka yang tidak mahir berbahasa Jepun, bawalah jurubahasa untuk membantu.

(Makan sarapan dulu sebelum ke sekolah)

(Berpakaian seragam sekolah lengkap untuk pergi ke sekolah)


Actually Fauzan bangun pukul 4 pagi lagi untuk nak ke sekolah. Jenuh suruh dia tidur balik.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami di sini. Ameeenn.

Wednesday 11 November 2009

Mencari "Sekolah Baru" Fauzan

Semenjak bulan 4 yg lalu, setelah kami kensel kemasukan Fauzan ke Houikuen, blh di katakan hampir setiap hari Fauzan akan tanya bila dia nak masuk sekolah. Maka setiap kali itulah kami terpaksa mencipta berbagai alasan yang blh di terima akal Fauzan. Seperti yg pernah di tulis di beberapa entri dalam blog ini, pencarian houikuen yang lain juga tidak menampakkan hasil yang memuaskan. Semasa satu musim cuti yang lalu saya bawa mereka ke salah satu tempat "berkumpul" ibu-ibu yg takde apa nak buat di rumah sambil menjaga anak kecil. Juga di salah satu houikuen yg ada di nagaoka ni. Pada masa tu pun sebenarnya hati ni rasa nak menangis sebab dok asyik cakap kat Fauzan.."nanti Fauzan belajar sekali la dengan kawan-kawan yang ada kat sekolah ni". Walhal, kami ke sana bukanlah untuk hantar dia ke sekolah tu pun. sekadar "menumpang" untuk nak bagi Fauzan puas hati.

Tapi ternyata dia tidak berpuas hati. Saya kemudiannya hantar dia ke KUMON. walaupun terpaksa bayar 6300 yen sebulan untuk belajar Bahasa Inggeris. Itu pun saya tak kisah asal Fauzan dapat rasakan suasana dia bersekolah. Rupanya setelah lebih 6 bulan dia bersekolah di KUMON, dia tidak dapat merasai "persekolahannya" itu. Sebabnya, dia tak de kawan2. Di KUMON, pelajar2 datang dan pergi ikut masa masing2. Dan setiap budak, belajar sendiri2 selama setengah jam sahaja. Bila setiap kali kami pergi dan ambil dia di KUMON, dia akan rasa amat gembira kalau ada mana-mana budak yang tegur dia. Dia akan cakap pada kami, "tadi Fauzan ada kawan!". Tapi kalau minggu depannya dia berjumpa lagi budak yang sama, tp budak tu tak tegur dia, dia akan rasa sedih dan bagitau pada kami, "Kawan Fauzan tak nak kawan ngan Fauzan!" Walhal kekadang budak2 tu tegur sepatah aje pun. Bukan bersembang.

Pada Sabtu yang lepas, saya tergerak hati untuk meneruskan lagi usaha mencari sekolah Fauzan sebab sekarang ni hampir setiap hari dia sebut nak ke sekolah baru. Hati ibu bapa mana yang tak terasa!. Jadi kami pergi ke satu pameran untuk kanak-kanak di Haibu Nagaoka bersama Naim sebagai jurubahasa. Ingatkan banyak pilihan atau booth yg cerita pasal pendidikan kanak2 kt situ, tp rupanya ia hanyalah pameran pelbagai. Kaedah mengurut bayi, renovation rumah yang sesuai untuk "kids friendly" dan lain2. Jadi terasa macam tak kesampaian juga hajat tu. Nasib baik sebelum pada tu, Hermy ada bg buku dari City Hall berkenaan pendidikan kanak2. Termasuk la maklumat berkenaan Houikuen dan Youchien. jadi selepas keluar dari pameran tu kami terus ke Youchien yang berhampiran dengan rumah.

Akhirnya....kami jumpa sekolah baru untuk Fauzan!.

Sambungannya akan ditulis pada entry yang akan datang, insyaAllah. dalam entry akan datang saya akan cerita beza Houikuen dan Youchien, bayaran2 yg terlibat, syarat2 untuk dapat reduce bayaran bulanan dan pelbagai lagi.

Monday 2 November 2009

Fauzan dan adik...+ adik nya

Minggu lepas, semasa bawa isteri untuk pemeriksaan perut dan kandungan saya agak terkejut dengan tindakan spontan yang dibuat oleh Fauzan. Selalunya saya tak bawa dia masuk sekali dalam bilik rawatan. Dia hanya ditinggalkan main sorang-sorang kat luar bilik di Hospital Red Cross, Nagaoka (dikhabarkan antara yang terbaik di Hokuriku). Tetapi pada hari tu, mungkin nurse yang bertugas tu dah biasa panggil semua "tentera" pesakit masuk ke dalam bilik rawatan, jadi Fauzan turut di panggil masuk sekali. Bila masuk ibunya macam biasa akan bersedia untuk di ukur besar perut dan baring atas katil pesakit. Saya cukup terharu bila melihat Fauzan masuk aje dalam bilik tu dan tengok ibunya terbaring atas katil untuk pemeriksaan, dia angkat tangan dan berdoa "Ya Allah selamatkanlah ibu Fauzan dan adik Fauzan dalam perut ibu tu, mudahkanlah urusan ibu!". Saya yang ketika itu sedang mendukung Fatin hanya tergamam dan bergelinang juga mata melihat Fauzan berdoa. Syukur pada Allah kerana kurniakan Fauzan dan saya mohon agar Allah faqih kan dia dalam agama.

Saya tak pasti samada Fauzan faham atau tidak keseluruhan doa tu, tp dengan kemahiran dia bertutur seawal 11 bulan, saya rasa macam dia faham apa yang dia cakap. Kekadang memang geram dengan kelaku dia yang selalu sakat Fatin, tetapi dia memang sebenarnya seorang anak yang baik, abang yang penyayang. Bila selalu marah2, atau tak ikut kehendak dia kekadang rasa menyesal pun muncul. Kekadang saya terfikir..."kiranya aku tak sempat untuk bahagiakan dia sewaktu dia sedang membesar, bagaimana?". "Kiranya Allah ambil nyawa aku sewaktu aku sering mengatakan "ayah sibuk!" kepada dia, bagaimana?" itulah yang selalu saya fikirkan bila dia ajak main, saya gagahkan juga. Kalau tak dapat lama pun, sekadar 3-4 minit sementara nak tunggu nasi siap di hidang atau sewaktu melepas penat balik dari lab. Balik dari Lab memang penat otak, tapi layan ajelah. Dia pun bukan minta banyak, sekadar jadi pembaling bola kecil yg sememangnya ada dalam rumah. Kekadang tu dia minta tendang bola pada dia je.

(Fauzan adalah seorang abang yang baik!)

Ada sekali tu saya kata..."Ayah tak nak main la, Fauzan main la sorang. Fauzan kan pandai main sorang2!." Lalu dia menjawab.."Tak best main sorang2. Ayah main la sama ngan Fauzan. Ayah tendang gini je. (sambil menunjukkan aksi yang perlu saya lakukan)". Kekadang Fauzan saambung ayat tu dengan katanya..."Kesian Fauzan, takde sape nak main ngan Fauzan!". Tu yang membuatkan saya kekadang WAJIB untuk saya penuhi permintaan dia. Memang dia amat seronok kalau dapat main dengan saya. Mungkin juga sebab selalunya dia fikir saya dan ibunya hanya menumpukan perhatian pada adiknya Fatin aje kot.

Sengaja kekadang sebelum tidur saya dan ibunya ajak Fauzan sembang2. Kami rasa macam blh sembang dengan Fauzan yang "besar" kerana kepetahannya bercakap. Kawan2 di sini pun ramai yang cakap yang Fauzan ni kalau sembang macam orang besar. Masa yang amat berharga ini terasa amat bahagia!. Fauzan pun dapat luahkan apa yang dia nak cakap. Kekadang kami beritahu rasional kenapa kami marah atau pukul dia dan dia pun cakap "hmmmm...iye". Selepas habis sesi berbual, dia akan bagitau yang dia nak tidur dulu. Selepas membaca doa, kami akan cium pipi dan dahinya sambil cakap, ayah saaaaayang Fauzan!, ibu saaayang Fauzan! dan selalunya juga la dia akan minta untuk kami cium banyak. Maksudnya kena cium lama2. Buat ajelah..dah dia suka. Saya pun terasa amat bahagia dapat cium dia sebelum tidur. Dalam masa dia tidur2 ayam tu kalau saya tak sempat ulik dia pun, saya akan usap rambut dia dan bisikkan pada telinga dia.."Fauzan jadi budak baik ye, patuh perintah Allah, dengar cakap ibu, dengar cakap ayah, jaga adik2, hafal Quran, jadi Doktor Islam yang baik! "seperti biasa dia akan kata "hmm..." pada setiap kata kami tadi. Sehinggalah dia betul2 tidur.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah.."hargailah masa kanak2 anak2 kita. Mainlah dengan mereka kerana inilah masa mereka untuk bermain. Kalau kita nak tunggu sehingga kerja kita habis, memang sampai mati pun kerja kita tak akan habis. Masa anak2 kita kecil hanya sekali dan ianya tidak dapat diulang. Luangkan masa sebaiknya untuk mereka. Kalau masa kecil kita tak luangkan masa dengan mereka, dan mereka lebih suka kepada kawan2, esok2 bila diorang dah besar jangan terkejut kalau mereka lebih suka khabarkan rahsia dan masalah mereka kepada kawan2 instead kita yang menjadi ibu bapa mereka kerana kita tidak pun menampakkan yang kita concern pada mereka masa mereka kecil."

Moga Allah bagi kekuatan untuk saya didik anak2 jadi org yang faqih dalam agama.

Wassalam.