Wednesday 18 February 2009

Perjuangan membina masjid di Nagaoka


Assalamualaikum;

Kembali ingin menulis sambil menunggu salji yg sudah masuk hari ke 4 turun tanpa henti.

Sudah masuk 5 bulan saya berada di Nagaoka dan setakat ini baru 2 musim yg telah di lalui. Musim panasnya rasa macam sama je kat Malaysia, tp musim sejuknya....subhanallah. Setakat semalam, bila keluar rumah untuk nak bersihkan salji atas kereta salji dah pun berada paras peha. Buat masa ni malas lagi nak angkut gi buang, biar je kat keliling rumah. Kurang-kurang nanti kalau Fauzan ajak main snowboat tu, blh tarik kat belakang rumah je :D.

Selama 5 bulan berada di Nagaoka, memang dapat di lihat pelajar2 Malaysia yang ada di sini memang ramai. Dikhabarkan oleh pihak embassy, di Nagaoka dah digelar pun "Mini Malaysia". Rasanya ada dekat 100 org la kalau campur ngan family semua. Entah2 lebih pun tak tau. Bukan apa, bila buat majlis tak semua dapat hadir. Bukan setakat kuliah maghrib atau solat terawih malah majlis makan2 pun tak semua dapat datang.

Bila melihat jumlah Malaysian di sini dah ramai, campur dgn muslim dari negara lain rasa macam dah wajib bina masjid di sini untuk semua dapat berkumpul dan buat aktiviti keagamaan. Maklum aje, surau sementara yang digunakan adalah milik Universiti dan ianya bilik serbaguna. Sesiapa pun blh guna bilik tu atas dasar "siapa cepat dia dapat". So bila org lain guna, diorang buat parti. kalau takat parti makan nasi ke udon ke takpe le juga. ni dgn "buta niku", arak semua ada dihidangkan. Takkan kita masih nak panggil surau juga macam tu!. Nak marah pun tak boleh sebab tu hak universiti dan universiti pulak kat jepun.

Bila ada sekelompok muslim yang prihatin akan masalah ni, maka kitorg dah pun mulakan mesyuarat secara serius untuk mewujudkan masjid di Nagaoka ni. Bermula pada 11 Januari 2009, kami telah bermesyuarat utk membincangkan pembinaan masjid ini.

So meeting....standard la, tak ramai yang nak datang. Tapi alhamdulillah walaupun tak seramai org yang datang solat Jumaat, tetapi cukup untuk memberikan semangat pada AJK surau yang baru dilantik bagi merealisasikan hasrat murni ini. Masing-masing memberikan idea. Dekat 2 jam juga la meeting. Bukan setakat pembinaan masjid yang dibincangkan, tetapi juga program pengisian masjid tu nanti. Sebagai resolusinya...hari Ahad berikutnya kelas IQRA sudah pun berjalan dan sehingga ke hari ini alhamdulillah masih berjalan. Terima kasih kepada tenaga pengajar volunteer (Hanif dan Najmiah). Harap ia akan berkekalan ke generasi student seterusnya.
Wakil ke 2 utk perbincangan di Niigata (Althaff dari Sri Lanka, Pak Nana dan Hanif)
Satu lagi program yang dirancang iaitu kuliah maghrib bulanan juga dapat dijalankan. Alhamdulillah walaupun kehadiran tidak seramai mana, tetapi bagi kami yang penting selain dari pengisian rohani ikatan ukhuwah antara jemaah yang hadir tu penting. Setiap program pada masa ini tujuannya antara lain ialah untuk nak mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Terima kasih juga pada Pak Nana dari Indonesia, walaupun datang ke Gidai utk tempoh 3 bulan sahaja, tp istiqomah beliau dalam program agama ini cukup memberikan kesan kepada kami. InsyaAllah kuliah maghrib utk bulan depan akan di isi oleh generasi pelapis yang lain!.

Program lain yang dirancang masih belum dapat di jalankan. InsyaAllah dari masa ke masa. kita tak mau ianya di buat sekadar batuk di tangga, sekali buat lepas tu hilang. Antara program yang dirancang (ingat reserve la dulu sehingga ia berjaya di jalankan).


Untuk pembinaan masjid ni kita hantar wakil utk survey tanah/lokasi utk buat masjid, survey mengenai pendaftaran persatuan dan survey masjid2 berdekatan. Alhamdulillah semua wakil2 tersebut menjalankan tugas mereka dengan cukup baik. Survey dan perbincangan dengan wakil masjid di Niigata juga telah 2 kali berlangsung. InsyaAllah kita akan buat lagi perbincangan lanjut berkenaan hal ini. Kenapa banyak sangat perbincangan nak kena buat ? --- Sebab untuk
i. mendaftarkan persatuan "agama" di Gidai memang tidak dibenarkan. dan yang paling penting ialah cara untuk mendapatkan dana bagi membina masjid. Bukan itu sahaja, kita perlukan "kepakaran" utk memilih lokasi yang sesuai untuk masjid ni. Org jepun ni paling pantang kalau bising. Kekadang bila kita buat program, mesti ada yang bawa anak-anak sekali. Budak2 bukan tau nak dok diam. So kita tak mau tu di jadikan alasan utk diorang report polis.

Oklah lain kali sambung lagi pasal nak buat masjid ni. Oh ya..sebelum terlupa, wakil yang telah gi survey tu bagitau ada tanah +- 1000m persegi di jual dengan harga 15.5 juta yen = RM600k dan ada sebuah rumah 3 tingkat yang hendak dijual pada 18 juta yen = RM 720k. So itulah option yang sedang dilihat untuk di buat masjid.

Wassalam