Friday 15 May 2009

Pemeriksaan kesihatan di Gidai

Setelah hampir setahun berada di bumi Nagaoka dan sekarang dah pun melalui musim bunganya. Pemandangan memang cantik. Betapa indah ciptaan Allah utk di nikmati dan betapa tuntutan untuk sama2 merenung kehebatan penciptaan Allah yang seterusnya membawa kepada membesarkan kehebatan Allah sebagai sang Pencipta yang Maha Agung.

Tidak mungkin sesuatu yang dijadikan Allah itu sia-sia. Begitulah kita di tuntut bilamana melihat kebesaran ciptaan Allah kita secara spontan menyebut :

Subhanallah. Maa kholaqta haaza bathila, subhanaka faqina 'azaabannar.

Maksudnya : Maha Suci Allah, tidak Engkau jadikan ini dgn sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, maka hindarkan lah kami dari azab neraka.

Setidak-tidaknya pemandangan hijau dan bunga-bunga yang ada di sini memberikan kenyamanan pada mata yang melihat. Melihat pada awan, bukit, gunung ganang sedikit sebanyak dapat membantu melepaskan rasa sempit di dada. Samada "sempit" dgn tugasan sebagai pelajar mahupun sebagai apa jua status di sini. Satu status yang tidak lari dari kita ialah status sebagai seorang Muslim.

Pada hari Rabu hingga Jumaat yang lepas, pihak Universiti telah mengadakan pemeriksaan utk kesemua pelajar dan kakitangannya. Apa yang menarik ialah mereka menggunakan teknologi IT sepenuhnya. Sebelum ini saya ketika di pejabat, kami memperkenalkan E-Meeting, iaitu mesyuarat tanpa kertas minit mesyuarat dan semua dokumen di akses dari server melalui teknologi wireless. Di sini satu lagi kegunaan wireless yang sebelum ini saya tak pernah pun terlintas akan aplikasinya.

Hasilnya, satu kaedah pemeriksaan kesihatan bersepadu yang dapat menjimatkan masa dan keputusan yang diperolehi adalah cepat dan tepat.

Bermula dari seawal 8.50pagi saya dan kawan2 lain beratur untuk mendapat pemeriksaan. Walaupun kaunter di buka hanya pada pukul 9 pagi, tp sudah kelihatan ramai pelajar beratur sebelum itu. Malah ada di kalangan pelajar jepun yang datang seawal itu. Ada di antara perbualan mereka yang saya terdengar " Eh awal pulak kau bangun hari ni?...kalau tetiap hari macam ni kan ke bagus..! Ke kau tak tidur dari semalam utk pemeriksaan ni? " Itu translation yang saya buat berdasarkan pemahaman Nihongo saya yang agak terbatas ni.

Apapun, pemeriksaan ini walaupun tidak ada kerahan, blh di katakan kesemuanya mengambil bahagian. Saya tidaklah pula mengambil bahagian dalam mengambil kedatangan, tp secara mata kasar masing2 bercakap mengenai perkara berkaitan pemeriksaan kesihatan ini dalam tempoh 3 hari ni. Dan ini membuktikan mereka alert mengenai perkara ini.

Bila masuk ke dewan, saya dan Azahari masuk utk pemeriksaan BMI. Mulanya diukur ukurlilit pinggang. Nak check "mengandung" ke tidak gamaknya..he heh. Kemudian tinggi dan berat. Kita tak perlu bagitau apa2, semua mesin yang ambil input dan semua input di masukkan ke dalam server secara wireless. Apa yang di perlukan hanya kad pelajar. Selesai ambil ukuran tinggi dan berat, pergi pula ke kaunter pemeriksaan mata. Di sana ada dua kaedah pemeriksaan. Manual dan auto. saya pergi ke kaunter auto, dan di sana ada 2 mesin pemeriksaan mata ni. Di kaunter auto, kita tekan butang "start", mesin tu secara automatik memaparkan imej utk kita jawab. Kalau di Malaysia, selalunya kita di uji dengan huruf, tp di sini dgn arah. Atas, bawah, kiri atau kanan (u - maknanya atas, n-maknanya bawah). ruang untuk penentuan arah tu xde lah sebesar huruf tu. cukup kecil. Cukup sekadar membezakan antara satu dgn yang lain.

Selesai pemeriksaan mata, saya pergi ke kaunter pemeriksaan tekanan darah. Juga amat mudah untuk dibuat sendiri dan mereka menyediakan 4 mesin. Hanya masukkan tangan dalam mesin, dan tekan butang start. Selesai pemeriksaan tekanan darah, saya pergi ke pemeriksaan air kencing. Selepas selesai pemeriksaan air kencing, pergi pula ke kaunter x-ray. semuanya berjalan dengan cukup lancar dan tak perlu tunggu lama. Paling lama tunggu pun 3-4 minit je. tapi unutk x-ray ni tak tunggu pun. Masuk je dalam bas yang ada mesin x-ray tu, x sampai seminit setel. Then pergi ke kaunter yang terakhir utk dapatkan keputusan. Masa ni barulah kita diberikan laporan dalam bentuk kertas dan kesemua result pemeriksaaan tadi di print.

Bila dah dapat kertas laporan tu ajelah yang sedikit masalah. Semua nya di tulis dalam bahasa jepun dan takde sape pulak nak tolong translate masa tu. Pusing punya pusing terjumpa Hanif. Dia la tolong translate kan. Barulah boleh isi borang soal selidik kesihatan kita tu. Last sekali bila dah isi borang soal selidik tu baru pergi jumpa ngan doktor bertauliah untuk mendapatkan nasihat dan kesimpulan dari result tadi.

Alhamdulillah secara keseluruhannya saya sihat dan BMI pun 21.5. Cuma keadaan mata yang agak membimbangkan. Dalam keluarga saya, hanya tinggal saya seorang sahaja lagi yang tidak memakai cermin mata. Jadi kalau blh nak kekalkan. Tapi melihat kepada result yang diterima memang memerlukan tindakan segera. Bila di tanya pada Hanif (dia dapat 2/2 utk kedua2 belah mata), dia kata pakailah celak. InsyaAllah lepas ni saya akan pakai celak. Lagipun ianya sunnah Nabi, cuma kita je lupa untuk nak buat. Bila dah jadi macam ni baru teringat.

Jadi saya syorkan selagi mana ada sunnah2 nabi yang kita tau dan tidak amalkan, amalkan la sekarang juga. Yang mana masih belum tahu, belajar la untuk ambil tahu dan seterusnya amalkan.

Wassalam.

Monday 4 May 2009

Pengajaran dari ujian

Setelah 2 kali kaki Fatin Najwa di cuci, nampak macam ada tanda2 kesan lecur di kakinya makin kering. Alhamdulillah. Luka yang besar tak berapa nampak sangat. Tapi yang pastinya setiap kali kakinya di cuci, Fatin menangis amat kuat. Saya pun blh faham macammana punya sakit yang di tanggung oleh Fatin Najwa. Tapi itulah suratannya. Fauzan pun sehingga hari ni masih belum sembuh sepenuhnya. Dia belum lagi ada "selera" untuk nak main Wii dgn game2 baru. Selalunya pepagi lagi dia dah sebut nak mengaji. Bila dia sebut nak mengaji tu maknanya dia nak main game la lepas tu.

Tapi apa yang pasti, setiap apa yang Allah jadikan tu ada hikmahnya. Di sini apa yang pasti tidak dapat di nafikan bahawa dalam hidup bermasyarakat kita memerlukan antara satu sama lain. Rakan taulan di sini amat mengambil berat. Bilamana Fatin masuk wad hari tu, kawan2 tidak putus2 datang melawat. Bukan sekadar melawat, mereka datang dgn pelbagai jenis makanan. Betul, makanan disediakan di hospital tapi yang disediakan tu hanya untuk Fatin sahaja sebab pesakit hanyalah Fatin. Ibu yang menjaganya di hospital tu tak di kira sebagai pesakit. Jadi, peneman tidak disediakan makanan. Lagipun kalau di sediakan pun, kebanyakan makanannya tak halal.

Ada sekali tu, Sufian bagi satu set makanan tengahari. Alhamdulillah. Tak perlu lagi saya masak. Orang kata "kawan ketika gembira senang di cari, kawan di ketika susah sukar di cari". Tapi saya kira di sini, kami tidak susah untuk mencari kawan yang benar2 ikhlas membantu. Terima kasih pada Aina sebab dia berikan ubat Jeli Gamat. Rosli dari Green Heights (Ichikawa Ono, Chibaken) yang susah payah pos kan ubat gamat ke sini. Dan ramai lagi kawan2 yang terlalu banyak membantu mendoakan kesihatan Fatin Najwa dan memberikan semangat pada kami.

Bila Fatin dah keluar wad pula, kawan2 tadi ramai yang pergi bercuti di luar Nagaoka. Kebetulan pula tol 1000yen je. So langkah panjang la sikit. Di sini, kami yang tinggal menjadi "penjaga Nagaoka" agak kesunyian. Ahli jemaah surau pun takde. Tapi Alhamdulillah Abg Mus dan family nya tak ke mana2. Kak Naha la yang telah bersusah payah mencuci kesan lecur pada kaki Fatin. Selalunya kami ke rumah Abg Mus, tp bila Fauzan demam ni, Abg Mus bawa Kak Naha datang ke rumah untuk cuci kaki Fatin tu. terharu betul dengan kesudian mereka untuk bersusah payah membantu kami ni.
(Kak Naha sedang mencuci luka lecur pada kaki Fatin Najwa)
Antara pengajaran yang blh di ambil ialah saya, walaupun seorang lelaki perlu kepada kemahiran memasak. walaupun saya sudah mempunyai isteri yang blh menjaga makan minum saya tapi dalam keadaan2 seperti ini kemahiran tu amat penting.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak blh hidup dengan sendiri. Saling perlu memerlu antara satu sama lain. Dan perlu di ingat bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak beri sesuatu ujian yang kita tidak mampu lakukan atau harungi.

Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua dengan balasan yang setimpal atau lebih baik.

wassalam

Sunday 3 May 2009

Cuti "Golden Week" yang penuh ujian

Semenjak seminggu yang lalu saya begitu teruja untuk menghadiri program yang di anjurkan oleh IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun). Sebelum ini saya dah tak berkesempatan utk join atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan. Namun pada kali ini, program yang di anjurkan sempena cuti "Golden Week" ini juga tidak dapat saya sertai.

Pada 29hb April, kami sekeluarga dan kengkawan yang lain pergi bersiar2 di Echigo Hillside park utk melihat antara kehebatan ciptaan Allah, bunga tulip yang pelbagai jenis. Dikhabarkan lebih 112 jenis. Selepas pulang ke rumah, ada lah buat sikit2 jamuan untuk makan2 dgn kengkawan. Pada jam 8 malam, satu kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. Air panas yang baru aje mendidih dan di kacau dgn teh Lipton telah di tarik jug nya oleh Fatin Najwa!. Saya sungguh tak menyangka perkara ini akan berlaku. Namun segalanya adalah ketentuan Allah. saya sendiri tak sanggup untuk melihat kesan melecur pada kedua2 kaki Fatin Najwa. Malam itu juga saya dengan bantuan kawan yang pandai berbahasa Jepun bawa Fatin ke Unit Kecemasan, Hospital Red Cross.

Tangisan dan jeritan Fatin menambahkan lagi rasa menyesal dan terharu dengan apa yang terjadi. Sudah pasti pada saat itu, saya mula terfikir akan apakah iktibar yang blh di ambil dari kejadian ini. Sudah pasti ada hikmahnya apabila sesuatu itu berlaku. Sehingga hari ini, saya masih mencari di mana "rahsia" itu. tapi yang sudah pastinya saya tidak dapat sertai program IPIJ yang dah lama saya nak hadir tu.

Selepas 3 malam Fatin berada di wad dgn temani ibunya, semalam dia dah blh keluar. Nasib baik masa tu Hanif ada untuk nak jadi translator. Dr nak ajar cara2 cuci luka dan nasihat2 yang lain. Masa tu saya angguk je la. Bila dah balik kerumah, baru fikir pulak sape berani nak cuci luka Fatin.?. Saya sendiri memang rasa seriau, takut dsb. Then nasib baik teringat Kak Naha, isteri Abang Mus yang sebelum ini kerja sebagai nurse di hospital. So pagi tadi dengan pertolongan dia, kaki Fatin Najwa telah di tukar balutannya dgn selamat. Begitulah rasanya utk tempoh 3-4 hari ni. Nasib baik Abg Mus dan familynya tak ke mana2 cuti ni. Kalau tidak..jenuh juga kami nak mencuci luka melecur kaki Fatin tu.

Malam tadi pulak, Fauzan asyik muntah2. dan pagi ini dia demam. asal makan atau minum sikit je terus muntah. Mungkin perubahan suhu yang begitu mendadak yang menyebabkan dia tak tahan. Dan sudah pasti ini juga ujian yang sedang Allah berikan kepada kami berdua suami isteri sebagai ibu bapa kepada anak2 ini. Esok kalau Fauzan masih terus-terusan muntah, kena cari alternatif untuk cari klinik yang buka. Dr di hospital hari tu pesan dah, kemungkinan klinik semua tutup sebab cuti panjang ni. Anyway, tgk la esok camne. Kalau Allah takdirkan sembuh, tak perlulah ke klinik. Setakat ni dah bagi dia minum ubat. harap2 dia akan sembuh cepat.

Cuti panjang kali ni nampaknya Allah nak uji dengan pelbagai ujian seperti ini. Harap kami dapat tempuhinya dengan penuh sabar dan dapat mengambil iktibar dari ujian2 ini.

Wassalam.