Thursday 22 October 2009

Cabaran Membesarkan Anak2

Di usia awal 30an ini membesarkan anak-anak adalah sebagai satu cabaran yg perlu saya tempuhi. Walaupun bukan secara 24x7 kerana tanggungjawab yang lain, tetapi ia dilakukan secara bersama dengan isteri atau ibu kepada anak-anak ini. Dalam kes saya, ibu kepada anak-anak inilah yang memainkan peranan yang amat penting dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami.

Tambahan pula dalam keadaan sekarang, menjadi seorang ayah dan seorang pelajar dalam masa yang sama memerlukan kematangan dalam menguruskan segala hal. Peratusan yang betul perlu di beri perhatian agar tidak ada yang tercicir dari pandangan dan ada pula nanti yang terasa seperti tersisih. Cabaran menjadi pelajar Master tahun 2 ini juga perlukan perhatian yang sewajarnya. Di situlah saya kira sebagai cabaran bagi saya dalam proses untuk mematangkan tahap pemikiran dan meningkatkan lagi kemahiran pengurusan saya. Dalam tempoh ini juga, isteri yang sedang sarat mengandung anak kami yang ketiga juga perlu di berikan perhatian yang sewajarnya.

Kalau diikutkan keadaan saya yang dikelilingi zemi dan tugasan-tugasan pelajaran, mahu saja saya terus berada di lab untuk menyiapkannya.

Kalau diikutkan sangat kehendak anak-anak yang sentiasa ajak saya berjalan bersiar-siar dan bermain-main, mahu aje saya terus menerus menjelajah dari satu padang ke satu padang, dari satu taman permainan ke satu taman permainan yang lain.
(meluangkan masa bersama ahli keluarga di ladang anggur)

Kalau di ikutkan kemahuan isteri saya yang sedang sarat mengandung itu, mahu saja saya dipintanya untuk terus berada di rumah menemaninya.

Kalau diikutkan keperluan saya sebagai pengerusi surau (Masjid Nagaoka) untuk menguruskan perihal masjid dan aktivitinya, nampak macam semua itu mustahil untuk saya lakukan. Bak kata orang melayu "macam tak cukup tangan"lah. tetapi itu hanya telahan manusia sebab kalau diberi tangan yang lebih pun, belum tentu kita dapat lakukan semunya secara serentak.

Bercakap mengenai membesarkan anak-anak, tugas ibu bapa bukan sekadar nak membesarkan mereka sahaja. Kalau membesarkan anak-anak, blh juga diberi maksud memberi makan anak-anak hingga badan jadi besar. Itu saya kira bukan sikap yang baik bagi para ibu bapa. Tugas sebenar ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak, kalau haiwan ternakan tak mengapa lah sebab lagi besar, lagi sihat..lagi mahal harganya!. Tugas sebenarnya ialah membesarkan dan yang lebih penting ialah mendidik anak-anak menjadi manusia yang soleh dan solehah. Mengenal Allah sebagai Pencipta dan Pemilik alam ini.


Wassalam.

Thursday 15 October 2009

First Gakkai di Urasa

Buat pertama kalinya saya di arahkan utk attend dan buat presentation di salah sebuah seminar di Urasa. Ianya telah di wajibkan oleh supervisor saya sebagai salah satu syarat untuk grad Master di sini. Saya rasa kebanyakan lab di Gidai ni ada syarat yang macam ni. Memang satu pengalaman yang baik bagi saya walaupun persediaan untuknya tu agak perit pada permulaannya.

Bermula pada sebelum cuti musim panas lagi, Prof dah pun bagitau bahawa saya dan beberapa org lagi rakan lab akan buat presentation di Urasa. Di anjurkan oleh Nihon University. tapi bila dah bagitau tu masa dekat2 dengan cuti, so tak berapa ambik endah sangat. Cuti is Cuti!. So sebulan cuti yang di beri memang di gunakan sepenuhnya. Bila dah hujung2 cuti tu baru la rasa "insaf"..he heh. ..Baru la mengadap balik semua reference paper. terasa macam nak mula dari zero balik. Bukan apa, saya masih lagi belum ada tajuk research yang tetap. Buat selama ni pun dok main "rasa-rasa..begini...begitu". Bila rujuk kepada Prof pun dia kata dia tak mahir tentang Computer Network, so it is up to you!. Itu antara jawapan yang selalu saya dapat. Bukan saya tak pernah bagi penerangan pasal computer network ni. Blh di katakan setiap zemi saya selitkan sedikit sebanyak pasal network. Sekadar info umum tentang apa yang saya nak buat dengan log network yang saya ada. Mungkin penerangan saya tak jelas, atau saya tak fokus pada data yang saya ada. Saya kena baiki lagi pada zemi akan datang.

Berbalik kepada Gakkai di Urasa ni, ia memang menarik sebab inilah kali pertama saya present di luar lingkungan kenalan. Bertolak seawal 10.30 pagi dari Gidai. Majlis bermula jam 2.30 petang. Perjalanan pun sebenarnya ambil masa dalam 1 jam aje. Di pertengahan jalan, kami singgah makan Soba di salah sebuah kedai soba yang eksklusif. Di sebabkan tak bawa kamera masa tu, so takleh la ambik gambar kedai tu. Tapi memang cantik la kedai tu sendiri dan pemandangan sekelilingnya. Urasa memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi sebab ianya sendiri di kelilingi oleh bukit2 dan gunung2.

Di pejabat bukan tak pernah buat presentation. Malah dah 6 kali. Seminar R&D dan Technical Convention peringkat Jabatan. Tu kira yang besar juga la. yang kecik2 masa di Vienna dulu dan mesyuarat bulanan di unit pun bukan tak biasa. Tapi itu semua di dalam lingkungan rakan sepejabat. Mereka kenal saya dan saya kenal mereka hampir kesemuanya.

Presentation di buat pada 10hb Oktober yang lalu di Nihon University, Urasa. Peserta dalam 21 orang sahaja. Persembahan dalam BI hanya ada 2 orang iaitu saya dan rakan saya dari Bangladesh. Seperti biasa kalau buat presentation dalam BI ni kebarangkalian utk mendapat feedback dari peserta lain amat2 kecil. Nasib baik ada prof yang blh berbahasa inggeris ni bertanya soalan. Sebenarnya saya pergi ke gakkai tu dengan harapan dapat cadangan dan komen berkenaan research yang saya nak buat ni, tp nampaknya hajat saya tak kesampaian. Terpaksalah saya mencari sendiri hala tuju research saya selepas ni..hu..hu..
(Kalau bagi presentation dalam BI di hadapan peserta Nihonjin, buat jokes dalam BI tak di galakkan...nampak macam lawak bodoh je nanti sebab diorang tak berapa faham sangat BI)

Bukanlah Prof tak bagi bimbingan langsung, dalam kes ni saya sendiri pun tak jumpa punca kat mana nak tanya dalam bentuk dia blh bantu. Malah, Prof saya memang orang yang suka membantu. Itu sebab saya lebih suka pergi cari rakan2 lain. Pak Hendri, Post Doctoral yang buat research di Gidai yang juga graduate dari Gidai, Althaff Irfan, pelajar PhD dari Sri Lanka. Mereka inilah yang sering saya rujuk untuk perkara berkaitan research saya. Sekarang ni saya nak tambah sorang lagi...heh he Sofian...pelajar PhD dari UTHM. Memandangkan saya nampak macam ada beberapa method yang blh saya pelajari dari dia. Syukran Jazila...jazakallahu khairan pada semua yang byk membantu saya.

Wassalam.

Thursday 1 October 2009

Bersedekahlah walaupun dengan separuh kurma

Pada Ramadhan yang lalu kutipan untuk projek pembinaan masjid Nagaoka telah pun mencecah 1 juta yen. Ada 3 individu yang telah beri 100k yen setiap seorang yang mempercepatkan lagi jumlah tersebut di capai. Dari awal tahun projek ini di lancarkan, sehingga hari sebelum Ramadhan, kutipan hanya dapat sekadar 500k yen sahaja, tetapi bila tamat sahaja bulan Ramadhan jumlah ini telah menjadi melebihi 1 juta yen. Dengan erti kata lain, hanya sebulan Ramadhan blh dapat melebihi kutipan 8 bulan sebelum ini. Inilah antara kelebihan bulan Ramadhan saya kira. Orang Islam akan jadi lebih pemurah dari bulan2 lain kerana inginkan ganjaran yang telah Allah sediakan.

Pada Hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang lalu menyaksikan kutipan yang cukup mengejutkan bilamana pihak AJK Masjid hanya mensasarkan sekitar 70k yen sahaja, tetapi apabila di buka tabung derma di dapati duit Yen yang di masukkan ialah 220k yen (atau mungkin lebih sebab duit syiling kami tak kira). Ianya satu sejarah bukan sahaja bagi AJK masjid tetapi yang mungkin lebih terkejut ialah tabung tu sendiri..he heh. Apapun syukur Alhamdulillah, Allah gerakkan hati hambanya untuk terus bersedekah dan moga Allah memberi ganjaran yang setimpal atau lebih baik dari apa yang telah mereka berikan.

Selepas tamatnya bulan Ramadhan, kutipan untuk projek masjid menyaksikan penurunan apabila pihak bendahari meletakkan sasaran 26k yen, tetapi kutipan yang berjaya di peroleh ialah 20k yen sahaja. Alhamdulillah, walaupun duit banyak habis ketika menyambut hari raya (blh pakai ke istilah ni di Jepun? sebab di sini org tak sibuk nak beli baju raya, kuih raya, hias rumah, main mercun dan yang sewaktu dengannya), namun momentum Ramadhan dalam bab bersedekah ini masih ada. Cuma momentum solat jemaah nampak macam semakin kendur. InsyaAllah nanti kita di entry yang lain.

Selepas bermesyuarat sebelum Ramadhan dulu, ahli mesyuarat telah pun bersetuju untuk mengutip duit dari pelajar2 sebanyak 2k yen seorang utk menjayakan projek masjid ini. 1k untuk pembinaan masjid dan 1k lagi untuk pengurusan masjid. Semua ahli mesyuarat nampak bersetuju. Sengaja kita cetuskan idea sebegini sebab kebanyak masjid2 lain di Jepun pun memang melaksanakan kaedah ini bagi mempercepatkan proses pembinaan masjid. Ianya amat berbeza di Malaysia sebab di sini tiada peruntukan kerajaan untuk membina masjid. semua adalah hasil usaha sendiri. Tambahan pula bagi kami di sini yang kebanyakannya adalah pelajar. Tapi ada juga yang dapat duit tambahan, buat part time masa cuti sekolah. Kekadang duit part time blh dapat banyak, ikut tahap rajin la dan peluang.

Bagi mereka yang suka menderma atau bersedekah ini, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka salah seorang yang sedekah walaupun sedikit. Malah ada pihak yang buat projek jualan makanan dan sebahagian hasil keuntungan mereka sedekahkan untuk pembinaan masjid ini. Baarakallah. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, tabung lalu depan mata pun, boleh buat2 tak nampak aje.

Duit 5 yen ni kalau jatuh, tak ambil dah. Tapi bila nak masukkan dalam tabung derma kekadang rasa macam RM50!. Tepuk dada, tanya iman.

Saya menyeru untuk diri saya dan sesapa yang singgah di blog ni, biasakan diri kita untuk bersedekah. Banyak ayat Quran dan hadis yang menceritakan kelebihan bersedekah ini. Antara mafhum hadis yang selalu dok dengar ni ada yang menyebut sedekah yang lebih baik ialah kepada isteri dan anak2 kamu.

kalau tak tau di mana nak sedekah, layarilah http://nagaokamasjid.wordpress.com di sini kami ceritakan latarbelakang projek masjid Nagaoka dan aktiviti yang di jalankan.

Wassalam.