Friday, 15 January 2010

Salji oh salji

Pusingan kedua salji turun dengan begitu lebat di Nagaoka ini selepas pusingan pertama salji turun pada pertengahan bulan lepas di mana ia turun tanpa henti selama berhari-hari. Kereta wish yang saya beli tu dah di panggil "Kereta sodok" sebab tersodok salji sehinggakan ada skru yang dah tercabut di bahagian mud guard nya. Nak buat macammana, kalau orang kata "tak sayang kereta ke?..." jawapan saya memang saya sayang, tapi itulah antara "tanggungjawab" kereta, membawa saya dan sesiapa yang menaikinya ke mana sahaja. Ikut selera pemandu. Bukan tak berhati-hati semasa memandu, tapi kalau dah saljinya begitu tebal, jalan yang dua lorong pun dah jadi satu lorong....terpaksalah redah juga. Kalau dah sayang sangat ke kereta tu, tak nak bagi calar, letak je lah kat tempat parking. Nak lebih rasa selamat, balut dan selimut sekali. Tapi itu pun tak menjamin keselamatan kereta kita juga sebab kereta saya pernah di sagat oleh jiran ketika tengah parking!.

(Saya bergambar di sebelah kereta yang di litupi salji)

Salji kali ini turun dah berhari-hari tanpa henti. Semalam cuba-cuba pergi ke lab selepas hampir sebulan "bercuti" untuk jaga baby, tetapi usaha untuk mencari parking di Gidai hampir sia-sia kerana banyak tempat di penuhi dengan salji. Malah ada kereta yang parking sehari semalam sahaja dah tenggelam dek kerana salji. Hebat sungguh kuasa Allah menurunkan salji sehinggakan penduduk-penduduk sini pun pening nak buang salji takde tempat. Pun begitu. ada juga yang seronok dengan salji yang banyak macam ni.

Kelmarin dulu, bila melihat tuan rumah (oya san) membersihkan salji di lapangan parking, saya turut turun. Kesian pula dan tak sampai hati bila tengok dia buat kerja sorang-sorang. Dah la perempuan, tua, kerja sorang-sorang di tengah salji. Saya tak tahulah pulak adakah ianya tanggungjawab tuan rumah untuk bersihkan salji di tempat parking miliknya. Tetapi tuan rumah bersihkan salji di setiap kereta yang ada di tempat parking miliknya. 2 jam bersihkan salji, seronok pun ada sebab sambil-sambil bersihkan salji sambil-sambil berbual dengan jiran jiran yang turut sama bersihkan salji. Jiran cukup baik, bukan setakat bagi pinjam sodok dan pelbagai alatan lain, malah tolong bersihkan salji atas kereta saya. Selepas 2 jam bersihkan salji, masuk rumah baru perasan yang jari kaki dah pun bengkak-bengkak.

Hari ni cadangnya nak main salji dengan anak-anak di tepi rumah. Keliling rumah saya ni, saljinya dah hampir paras pinggang. Fauzan dah banyak kali minta saya buatkan rumah salji untuk dia. InsyaAllah, cuba juga lah nak penuhi hajat dia tu.

Sebenarnya di musim salji yang macam ni ada 1001 satu peluang untuk meraih pahala di samping alasan yang biasa kita dengar untuk tidak tunaikan solat juga. Bersyukurlah kita menjadi orang Islam dan mengecap nikmat iman kerana dengan apa jua situasi pun kita mampu meraih pahala yang Allah sediakan bagi mereka yang inginkannya dan mencarinya. Kalau kita mengaku orang Islam tetapi bukan sahaja tidak tunaikan solat, malah sedikit pun tidak membantu bersihkan jalan yang di penuhi salji, silap hari bulan kita boleh jadi orang yang lebih teruk dari orang Jepun. Setidak-tidaknya mereka membantu membersihkan jalan-jalan dari salji.

Sumbangkan lah sedikit masa dan tenaga kita, setidak-tidaknya bersihkan ruang parking jiran-jiran kita.

Friday, 25 December 2009

Kedatangan yg di tunggu-tunggu



Selepas beberapa lama mendiamkan diri utk menulis dalam blog ini, kini setelah segala assignment di hantar dan tiada lagi tanggungan tugasan atau zemi, barulah rasa lega sikit untuk kembali update blog yg sudah sekian lama tidak di usik. Kalau singgah ke blog sendiri ni pun hanyalah sekadar nak tgk blog2 org lain dah di update ke belum. Selalunya yg selalu sangat saya singgah ialah blog UZAR dan Saifulislam. Banyak info yang blh di perolehi dari kedua - dua blog ni.

Berkenaan isi kali ni, saya nak luahkan betapa gembiranya saya bila Allah kurniakan kepada saya seorang lagi putera. Bukanlah kerana jantina tu, tetapi kerana kurniaan dan jg amanah ini amat memberi erti kepada saya. Di kala ada pasangan yg lama berkahwin tetapi masih belum di kurniakan anak, saya pula Allah berikan setakat ini 3 orang di mana 2 orang lahir di Jepun. Pengalaman kali ini lah yg paling tidak dapat saya lupakan setakat ini kerana ia menuntut kesabaran yg cukup tinggi. Masakan tidak, dalam keadaan masih ada tugasan yang belum di hantar, anak sulung dan anak kedua di pertanggungjawabkan kepada saya sepenuhnya bila isteri tercinta bersabung nyawa melahirkan anak ketiga kami pada 22hb Disember baru ni.

Alhamdulillah, pada tgh malam 21hb tu isteri saya dah mula sakit perut dan terasa perlu syukur kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana pada malam tu Allah permudahkan banyak perkara. Bermula dari kawan utk translate, kawan untuk jaga anak2, ribut salji yang "rehat" seketika pada malam tu, jalan yang dah clear dari salji sehinggalah kepada kereta yg terpasang lampu secara automatik!. Sampai di hospital, rupanya nurse kata dah buka 9cm. saya tak taulah buka tu macam mana rupa, saya cuma faham bila nurse bgtau saya yg kalau buka macam tu memang baby dah nak keluar sesangat. Mengangguk sambil senyum buat2 sebab terharu tgk isteri yg sedang mengharung sakit nak bersalin tu.

Baby kali ni sebenarnya dah terlewat 2 hari dari jangkaan. Kalau pengalaman abang dan kakaknya dulu keluar awal 10 hari. Mungkin sebab ruang dalam perut ibunya kali ni dah besar sikit, so dia selesa la kot dok dalam tu lama2. lagipun kalau keluar masa salji tengah lebat ni, susah pulak ibu dan ayah nak bawa ke spital. Apa pun syukur pada Allah sebab segala ketentuan Allah itu ada hikmahnya dan jelas kelihatan apa yang Allah dah aturkan tu memang cantik. Itulah yang di katakan, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.
(Antara kawan-kawan yang banyak membantu kami - Aina dan Ati selain Fariza, Kak Siti dan Family, Kak Naha dan Family, Naim, Hermy dan ramai lagi warga MADINA...jazakumullah)
Saat berada dalam labor room tu memang mendebarkan. Anak-anak yang di tinggalkan kat rumah tu pun tawakkal dan serah pada Allah aje. Walaupun dah call member untuk tolong pegi ambik, kita tak pasti member tu blh datang ke takleh datang. Isteri yg seringkali sebut "sakit" ni saya cuba tenangkan. Ingatkan nak buat lawak masa tu blh tenangkan dia, rupanya tak...kena marah lagi ada la..so kepada para suami jgn cuba buat lawak masa isteri sedang sakit nak bersalin. Saya ajarkan isteri mengucap syahadah sebaik sahaja dia duduk atas katil untuk bersalin tu. Selawat, tahlil, takbir...dan beberapa ayat yg rasa2 sesuai untuk situasi seperti tu. Takleh nak baca ayat panjang2. Mula baring atas tempat tu pukul 1 pagi, dan baby keluar jam 1.40. Alhamdulillah selepas tgk baby yang masih biru, air mata mula bergenang melihat keagungan dan kebesaran Allah. Rezeki anak yang Allah kurniakan kepada saya juga sebagai amanah untuk saya tunaikan.

(Muhammad Faiz yang berusia 1 hari)
Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya dan isteri untuk sama-sama mendidik anak-anak kami menjadi para pejuang agama Allah yang suci ini, berakhlak dengan akhlah Islam, bertutur dgn perkataan Islam dan menjadi insan yang soleh dan solehah serta blh mendoakan kebaikan untuk kami ketika kami di alam barzakh nanti. Amin!

(Abg Fauzan dan Kak Fatin yg dah tak sabar-sabar menanti kedatang adik Faiz)