Sunday 3 May 2009

Cuti "Golden Week" yang penuh ujian

Semenjak seminggu yang lalu saya begitu teruja untuk menghadiri program yang di anjurkan oleh IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun). Sebelum ini saya dah tak berkesempatan utk join atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan. Namun pada kali ini, program yang di anjurkan sempena cuti "Golden Week" ini juga tidak dapat saya sertai.

Pada 29hb April, kami sekeluarga dan kengkawan yang lain pergi bersiar2 di Echigo Hillside park utk melihat antara kehebatan ciptaan Allah, bunga tulip yang pelbagai jenis. Dikhabarkan lebih 112 jenis. Selepas pulang ke rumah, ada lah buat sikit2 jamuan untuk makan2 dgn kengkawan. Pada jam 8 malam, satu kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. Air panas yang baru aje mendidih dan di kacau dgn teh Lipton telah di tarik jug nya oleh Fatin Najwa!. Saya sungguh tak menyangka perkara ini akan berlaku. Namun segalanya adalah ketentuan Allah. saya sendiri tak sanggup untuk melihat kesan melecur pada kedua2 kaki Fatin Najwa. Malam itu juga saya dengan bantuan kawan yang pandai berbahasa Jepun bawa Fatin ke Unit Kecemasan, Hospital Red Cross.

Tangisan dan jeritan Fatin menambahkan lagi rasa menyesal dan terharu dengan apa yang terjadi. Sudah pasti pada saat itu, saya mula terfikir akan apakah iktibar yang blh di ambil dari kejadian ini. Sudah pasti ada hikmahnya apabila sesuatu itu berlaku. Sehingga hari ini, saya masih mencari di mana "rahsia" itu. tapi yang sudah pastinya saya tidak dapat sertai program IPIJ yang dah lama saya nak hadir tu.

Selepas 3 malam Fatin berada di wad dgn temani ibunya, semalam dia dah blh keluar. Nasib baik masa tu Hanif ada untuk nak jadi translator. Dr nak ajar cara2 cuci luka dan nasihat2 yang lain. Masa tu saya angguk je la. Bila dah balik kerumah, baru fikir pulak sape berani nak cuci luka Fatin.?. Saya sendiri memang rasa seriau, takut dsb. Then nasib baik teringat Kak Naha, isteri Abang Mus yang sebelum ini kerja sebagai nurse di hospital. So pagi tadi dengan pertolongan dia, kaki Fatin Najwa telah di tukar balutannya dgn selamat. Begitulah rasanya utk tempoh 3-4 hari ni. Nasib baik Abg Mus dan familynya tak ke mana2 cuti ni. Kalau tidak..jenuh juga kami nak mencuci luka melecur kaki Fatin tu.

Malam tadi pulak, Fauzan asyik muntah2. dan pagi ini dia demam. asal makan atau minum sikit je terus muntah. Mungkin perubahan suhu yang begitu mendadak yang menyebabkan dia tak tahan. Dan sudah pasti ini juga ujian yang sedang Allah berikan kepada kami berdua suami isteri sebagai ibu bapa kepada anak2 ini. Esok kalau Fauzan masih terus-terusan muntah, kena cari alternatif untuk cari klinik yang buka. Dr di hospital hari tu pesan dah, kemungkinan klinik semua tutup sebab cuti panjang ni. Anyway, tgk la esok camne. Kalau Allah takdirkan sembuh, tak perlulah ke klinik. Setakat ni dah bagi dia minum ubat. harap2 dia akan sembuh cepat.

Cuti panjang kali ni nampaknya Allah nak uji dengan pelbagai ujian seperti ini. Harap kami dapat tempuhinya dengan penuh sabar dan dapat mengambil iktibar dari ujian2 ini.

Wassalam.

2 comments:

Apai said...

"Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan hati kepada sahabatku ini untuk menempuh ujian dan dugaanmu ketika ini".

Macamana keadaan Fatin Najwa sekarang? Aku doakan semuanya akan kembali pulih. Kita sama-sama doa InsyaAllah.

alrijalnajwa said...

"Innalillah hiwainna ilaihirojiun..." Segala ujian dan dugaan itu datang daripada Allah dan kepadaNya lah kita kembali....sabarlah dea...dan sesiapa pun taknak akan musibah yang melanda....ada hikmah yg tersirat...

Mudah-mudahan Insyaalah najwa kebbali kepada keadaannya yang asal nanti. Dea dan imah sabaq la nooo...