Friday 25 December 2009

Kedatangan yg di tunggu-tunggu



Selepas beberapa lama mendiamkan diri utk menulis dalam blog ini, kini setelah segala assignment di hantar dan tiada lagi tanggungan tugasan atau zemi, barulah rasa lega sikit untuk kembali update blog yg sudah sekian lama tidak di usik. Kalau singgah ke blog sendiri ni pun hanyalah sekadar nak tgk blog2 org lain dah di update ke belum. Selalunya yg selalu sangat saya singgah ialah blog UZAR dan Saifulislam. Banyak info yang blh di perolehi dari kedua - dua blog ni.

Berkenaan isi kali ni, saya nak luahkan betapa gembiranya saya bila Allah kurniakan kepada saya seorang lagi putera. Bukanlah kerana jantina tu, tetapi kerana kurniaan dan jg amanah ini amat memberi erti kepada saya. Di kala ada pasangan yg lama berkahwin tetapi masih belum di kurniakan anak, saya pula Allah berikan setakat ini 3 orang di mana 2 orang lahir di Jepun. Pengalaman kali ini lah yg paling tidak dapat saya lupakan setakat ini kerana ia menuntut kesabaran yg cukup tinggi. Masakan tidak, dalam keadaan masih ada tugasan yang belum di hantar, anak sulung dan anak kedua di pertanggungjawabkan kepada saya sepenuhnya bila isteri tercinta bersabung nyawa melahirkan anak ketiga kami pada 22hb Disember baru ni.

Alhamdulillah, pada tgh malam 21hb tu isteri saya dah mula sakit perut dan terasa perlu syukur kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana pada malam tu Allah permudahkan banyak perkara. Bermula dari kawan utk translate, kawan untuk jaga anak2, ribut salji yang "rehat" seketika pada malam tu, jalan yang dah clear dari salji sehinggalah kepada kereta yg terpasang lampu secara automatik!. Sampai di hospital, rupanya nurse kata dah buka 9cm. saya tak taulah buka tu macam mana rupa, saya cuma faham bila nurse bgtau saya yg kalau buka macam tu memang baby dah nak keluar sesangat. Mengangguk sambil senyum buat2 sebab terharu tgk isteri yg sedang mengharung sakit nak bersalin tu.

Baby kali ni sebenarnya dah terlewat 2 hari dari jangkaan. Kalau pengalaman abang dan kakaknya dulu keluar awal 10 hari. Mungkin sebab ruang dalam perut ibunya kali ni dah besar sikit, so dia selesa la kot dok dalam tu lama2. lagipun kalau keluar masa salji tengah lebat ni, susah pulak ibu dan ayah nak bawa ke spital. Apa pun syukur pada Allah sebab segala ketentuan Allah itu ada hikmahnya dan jelas kelihatan apa yang Allah dah aturkan tu memang cantik. Itulah yang di katakan, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.
(Antara kawan-kawan yang banyak membantu kami - Aina dan Ati selain Fariza, Kak Siti dan Family, Kak Naha dan Family, Naim, Hermy dan ramai lagi warga MADINA...jazakumullah)
Saat berada dalam labor room tu memang mendebarkan. Anak-anak yang di tinggalkan kat rumah tu pun tawakkal dan serah pada Allah aje. Walaupun dah call member untuk tolong pegi ambik, kita tak pasti member tu blh datang ke takleh datang. Isteri yg seringkali sebut "sakit" ni saya cuba tenangkan. Ingatkan nak buat lawak masa tu blh tenangkan dia, rupanya tak...kena marah lagi ada la..so kepada para suami jgn cuba buat lawak masa isteri sedang sakit nak bersalin. Saya ajarkan isteri mengucap syahadah sebaik sahaja dia duduk atas katil untuk bersalin tu. Selawat, tahlil, takbir...dan beberapa ayat yg rasa2 sesuai untuk situasi seperti tu. Takleh nak baca ayat panjang2. Mula baring atas tempat tu pukul 1 pagi, dan baby keluar jam 1.40. Alhamdulillah selepas tgk baby yang masih biru, air mata mula bergenang melihat keagungan dan kebesaran Allah. Rezeki anak yang Allah kurniakan kepada saya juga sebagai amanah untuk saya tunaikan.

(Muhammad Faiz yang berusia 1 hari)
Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya dan isteri untuk sama-sama mendidik anak-anak kami menjadi para pejuang agama Allah yang suci ini, berakhlak dengan akhlah Islam, bertutur dgn perkataan Islam dan menjadi insan yang soleh dan solehah serta blh mendoakan kebaikan untuk kami ketika kami di alam barzakh nanti. Amin!

(Abg Fauzan dan Kak Fatin yg dah tak sabar-sabar menanti kedatang adik Faiz)

Sunday 15 November 2009

Fauzan ke sekolah baru

Kalau di ikutkan mahu terus tulis berkenaan sekolah baru Fauzan dan apa yang saya dah rancang untuk tulis tu, tp memandangkan isteri demam 2 hari tak larat nak bangun. Saya terpaksa ambik alih tugas tu sementara. Hari Jumaat tu saya pulak demam sehingga la ke hari ni dan dalam tempoh yang sama juga, Fatin Najwa pun demam. Suhunya kekadang mencecah 39.5 celcius. Fauzan aje seperti biasa, "mangli" dengan penyakit. Mungkin mewarisi ayahnya yang suatu ketika dulu takut dengan ubat dan hospital. Sebut aje nak kena makan ubat, terus sihat. Tak taulah, buat masa ni dia masih sihat, esok lusa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi nampak gaya bukan family kami aje di Nagaoka ni yang jadi macam tu, rakan2 yg lain pun dengarnya ramai yang kuarantin dalam rumah sebab influenza ni. Hujan pun dah masuk hari ketiga tak henti2 lagi ni. Nak ke sekolah pun rasa liat.

Sekolah baru Fauzan namanya "Nagamine Youchien". Rasanya Fauzan aje student antarabangsa yang ada kat situ kot. Sebab selalunya kalau ada org luar juga di situ, sensei akan bagitau. Waktu persekolahan ialah dari 9 pagi sampai 2.30 petang, tapi blh hantar seawal 8 pagi dan blh pegi ambil selewat 3.40 petang. So saya akan hantar seawal mungkin dan ambil selewat mungkin. Biar dia main puas2 kat sekolah dia tu. Rasanya budak2 ni bahasa bukan penghalang utk diorang bermain bersama2. Beberapa point penting untuk nak dikongsi sama-sama ialah seperti di bawah:

1. Rutin harian pelajar2 di sekolah
Macam yang pernah saya tuliskan sebelum ini, saya withdraw Fauzan dari sekolah yang mula2 dulu sebab diorang ada buat sembah2 tokong Buddha setiap hari. Sekolah baru ni sensei kata memang takde apa2 perkara berkaitan dengan agama. Even ada beberapa event yang diorang jadikan prgoram tahunan tu sensei tanya saya blh atau tidak Fauzan join. Saya kata kalau ianya hanya lah adat org2 Jepun, ia tidak menjadi masalah. Tp kalau ianya mirip kepada agama, tolong pastikan Fauzan tak buat. Sensei pun cakap, kalau dia nak buat apa2, dia akan maklumkan kepada saya dulu.OK lah kalau macam tu. Lagipun program bulanan yang diorang rancang, diorang dah bagi siap2 kepada mak ayah utk tgk setiap awal bulan.

2. Makanan yang disediakan
Menu untuk sebulan beserta dengan bahan2 mentah dinyatakan dalam sekeping kertas kepada ibu bapa setiap awal bulan. Memang sudah macam tidak dapat lari, menu "buta" iaitu babi ada dalam hidangan mereka hampir setiap hari. Semasa pertemuan pertama dengan pihak sekolah lagi pun saya dah bgtau awal2, Fauzan tidak blh makan sebarang "niku" atau daging yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian Hermy (jurubahasa pada hari tu) tambah lagi, bukan setakat makanan yg nampak terang2 daging, tp kalau ada dalam coklat ke, jajan2 ape ke, tu pun tak leh. So pihak sekolah bersetuju untuk asingkan makanan Fauzan dari semua tu. Pagi ni masa hantar Fauzan ke sekolah, saya belikan "shokupan" slice bread yang selalu kami makan. Pihak sekolah memang ada sediakan untuk pelajar2 nya, cuma saya tak tau, shokupan yang disediakan tu ada "nyukazai" atau tak, dan kalau ada dari haiwan ke dari tumbuhan?. Untuk mengelakkan dari was2, lebih baik saya sediakan sendiri.

3. Bayaran yang di kenakan
Bab bayaran ni memang mahal kalau dibandingkan dengan kengkawan fauzan di sekolah yang lain. Pertamanya sebab Fauzan masuk dah di tengah2 semester pengajian, keduanya dia masuk di sekolah swasta dan yang ketiganya duit bantuan dari City Hall (kerajaan tempatan) tak sempat nak proses lagi. Jadi buat masa ni terpaksalah saya sediakan bayaran dalam 30,000 yen sebulan. Barang2 lain seperti alat tulis dan segala mak nenek tu kira lain. Nasib baik pakaian seragam sekolah blh bagi pinjam. Kalau tak jenuh juga nak kena beli.

Apa bezanya Youchien (tadika) dan Houikuen (pusat asuhan)?
Kalau bagi keluarga yang suami dan isterinya bekerja atau belajar (tiada siapa untuk nak tgk anak di rumah), Houikuen la wajar di pilih. bayaran pun memang teramat murah, tapi itu bagi pelajar2 macam kebanyakan student Malaysia di sini. Anak blh dihantar seawal 7.30 pagi dan blh di ambil selewat 6.30 petang. Umur yg blh di hantar ialah seawal 4 bulan sehingga 6 tahun.

Youchien pula, hanya ambil pelajar yg berumur 3 tahun ke atas. Bab bayaran sebenarnya ia tgk pada pendapatan tahunan keluarga. So tak perlu risau kalau nak masukkan anak2 ke private ke, city hall punya ke, kerajaan pusat punya ke. Bayaran akan jadi sama sahaja masuk ke mana pun. Cuma kalau macam saya sbg student, hantar Fauzan ke private youchien, kena kerja lebih sikit la kalau nak dapatkan bantuan kewangan kerajaan jepun. Kena isi borang bagai2, turun naik city hall. Tp berurusan dengan pejabat kerajaan Jepun amat mudah. Asal kita ikut checklist nya, senang dan cepat dia proses, InsyaAllah. Of course bagi mereka yang tidak mahir berbahasa Jepun, bawalah jurubahasa untuk membantu.

(Makan sarapan dulu sebelum ke sekolah)

(Berpakaian seragam sekolah lengkap untuk pergi ke sekolah)


Actually Fauzan bangun pukul 4 pagi lagi untuk nak ke sekolah. Jenuh suruh dia tidur balik.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami di sini. Ameeenn.

Wednesday 11 November 2009

Mencari "Sekolah Baru" Fauzan

Semenjak bulan 4 yg lalu, setelah kami kensel kemasukan Fauzan ke Houikuen, blh di katakan hampir setiap hari Fauzan akan tanya bila dia nak masuk sekolah. Maka setiap kali itulah kami terpaksa mencipta berbagai alasan yang blh di terima akal Fauzan. Seperti yg pernah di tulis di beberapa entri dalam blog ini, pencarian houikuen yang lain juga tidak menampakkan hasil yang memuaskan. Semasa satu musim cuti yang lalu saya bawa mereka ke salah satu tempat "berkumpul" ibu-ibu yg takde apa nak buat di rumah sambil menjaga anak kecil. Juga di salah satu houikuen yg ada di nagaoka ni. Pada masa tu pun sebenarnya hati ni rasa nak menangis sebab dok asyik cakap kat Fauzan.."nanti Fauzan belajar sekali la dengan kawan-kawan yang ada kat sekolah ni". Walhal, kami ke sana bukanlah untuk hantar dia ke sekolah tu pun. sekadar "menumpang" untuk nak bagi Fauzan puas hati.

Tapi ternyata dia tidak berpuas hati. Saya kemudiannya hantar dia ke KUMON. walaupun terpaksa bayar 6300 yen sebulan untuk belajar Bahasa Inggeris. Itu pun saya tak kisah asal Fauzan dapat rasakan suasana dia bersekolah. Rupanya setelah lebih 6 bulan dia bersekolah di KUMON, dia tidak dapat merasai "persekolahannya" itu. Sebabnya, dia tak de kawan2. Di KUMON, pelajar2 datang dan pergi ikut masa masing2. Dan setiap budak, belajar sendiri2 selama setengah jam sahaja. Bila setiap kali kami pergi dan ambil dia di KUMON, dia akan rasa amat gembira kalau ada mana-mana budak yang tegur dia. Dia akan cakap pada kami, "tadi Fauzan ada kawan!". Tapi kalau minggu depannya dia berjumpa lagi budak yang sama, tp budak tu tak tegur dia, dia akan rasa sedih dan bagitau pada kami, "Kawan Fauzan tak nak kawan ngan Fauzan!" Walhal kekadang budak2 tu tegur sepatah aje pun. Bukan bersembang.

Pada Sabtu yang lepas, saya tergerak hati untuk meneruskan lagi usaha mencari sekolah Fauzan sebab sekarang ni hampir setiap hari dia sebut nak ke sekolah baru. Hati ibu bapa mana yang tak terasa!. Jadi kami pergi ke satu pameran untuk kanak-kanak di Haibu Nagaoka bersama Naim sebagai jurubahasa. Ingatkan banyak pilihan atau booth yg cerita pasal pendidikan kanak2 kt situ, tp rupanya ia hanyalah pameran pelbagai. Kaedah mengurut bayi, renovation rumah yang sesuai untuk "kids friendly" dan lain2. Jadi terasa macam tak kesampaian juga hajat tu. Nasib baik sebelum pada tu, Hermy ada bg buku dari City Hall berkenaan pendidikan kanak2. Termasuk la maklumat berkenaan Houikuen dan Youchien. jadi selepas keluar dari pameran tu kami terus ke Youchien yang berhampiran dengan rumah.

Akhirnya....kami jumpa sekolah baru untuk Fauzan!.

Sambungannya akan ditulis pada entry yang akan datang, insyaAllah. dalam entry akan datang saya akan cerita beza Houikuen dan Youchien, bayaran2 yg terlibat, syarat2 untuk dapat reduce bayaran bulanan dan pelbagai lagi.

Monday 2 November 2009

Fauzan dan adik...+ adik nya

Minggu lepas, semasa bawa isteri untuk pemeriksaan perut dan kandungan saya agak terkejut dengan tindakan spontan yang dibuat oleh Fauzan. Selalunya saya tak bawa dia masuk sekali dalam bilik rawatan. Dia hanya ditinggalkan main sorang-sorang kat luar bilik di Hospital Red Cross, Nagaoka (dikhabarkan antara yang terbaik di Hokuriku). Tetapi pada hari tu, mungkin nurse yang bertugas tu dah biasa panggil semua "tentera" pesakit masuk ke dalam bilik rawatan, jadi Fauzan turut di panggil masuk sekali. Bila masuk ibunya macam biasa akan bersedia untuk di ukur besar perut dan baring atas katil pesakit. Saya cukup terharu bila melihat Fauzan masuk aje dalam bilik tu dan tengok ibunya terbaring atas katil untuk pemeriksaan, dia angkat tangan dan berdoa "Ya Allah selamatkanlah ibu Fauzan dan adik Fauzan dalam perut ibu tu, mudahkanlah urusan ibu!". Saya yang ketika itu sedang mendukung Fatin hanya tergamam dan bergelinang juga mata melihat Fauzan berdoa. Syukur pada Allah kerana kurniakan Fauzan dan saya mohon agar Allah faqih kan dia dalam agama.

Saya tak pasti samada Fauzan faham atau tidak keseluruhan doa tu, tp dengan kemahiran dia bertutur seawal 11 bulan, saya rasa macam dia faham apa yang dia cakap. Kekadang memang geram dengan kelaku dia yang selalu sakat Fatin, tetapi dia memang sebenarnya seorang anak yang baik, abang yang penyayang. Bila selalu marah2, atau tak ikut kehendak dia kekadang rasa menyesal pun muncul. Kekadang saya terfikir..."kiranya aku tak sempat untuk bahagiakan dia sewaktu dia sedang membesar, bagaimana?". "Kiranya Allah ambil nyawa aku sewaktu aku sering mengatakan "ayah sibuk!" kepada dia, bagaimana?" itulah yang selalu saya fikirkan bila dia ajak main, saya gagahkan juga. Kalau tak dapat lama pun, sekadar 3-4 minit sementara nak tunggu nasi siap di hidang atau sewaktu melepas penat balik dari lab. Balik dari Lab memang penat otak, tapi layan ajelah. Dia pun bukan minta banyak, sekadar jadi pembaling bola kecil yg sememangnya ada dalam rumah. Kekadang tu dia minta tendang bola pada dia je.

(Fauzan adalah seorang abang yang baik!)

Ada sekali tu saya kata..."Ayah tak nak main la, Fauzan main la sorang. Fauzan kan pandai main sorang2!." Lalu dia menjawab.."Tak best main sorang2. Ayah main la sama ngan Fauzan. Ayah tendang gini je. (sambil menunjukkan aksi yang perlu saya lakukan)". Kekadang Fauzan saambung ayat tu dengan katanya..."Kesian Fauzan, takde sape nak main ngan Fauzan!". Tu yang membuatkan saya kekadang WAJIB untuk saya penuhi permintaan dia. Memang dia amat seronok kalau dapat main dengan saya. Mungkin juga sebab selalunya dia fikir saya dan ibunya hanya menumpukan perhatian pada adiknya Fatin aje kot.

Sengaja kekadang sebelum tidur saya dan ibunya ajak Fauzan sembang2. Kami rasa macam blh sembang dengan Fauzan yang "besar" kerana kepetahannya bercakap. Kawan2 di sini pun ramai yang cakap yang Fauzan ni kalau sembang macam orang besar. Masa yang amat berharga ini terasa amat bahagia!. Fauzan pun dapat luahkan apa yang dia nak cakap. Kekadang kami beritahu rasional kenapa kami marah atau pukul dia dan dia pun cakap "hmmmm...iye". Selepas habis sesi berbual, dia akan bagitau yang dia nak tidur dulu. Selepas membaca doa, kami akan cium pipi dan dahinya sambil cakap, ayah saaaaayang Fauzan!, ibu saaayang Fauzan! dan selalunya juga la dia akan minta untuk kami cium banyak. Maksudnya kena cium lama2. Buat ajelah..dah dia suka. Saya pun terasa amat bahagia dapat cium dia sebelum tidur. Dalam masa dia tidur2 ayam tu kalau saya tak sempat ulik dia pun, saya akan usap rambut dia dan bisikkan pada telinga dia.."Fauzan jadi budak baik ye, patuh perintah Allah, dengar cakap ibu, dengar cakap ayah, jaga adik2, hafal Quran, jadi Doktor Islam yang baik! "seperti biasa dia akan kata "hmm..." pada setiap kata kami tadi. Sehinggalah dia betul2 tidur.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah.."hargailah masa kanak2 anak2 kita. Mainlah dengan mereka kerana inilah masa mereka untuk bermain. Kalau kita nak tunggu sehingga kerja kita habis, memang sampai mati pun kerja kita tak akan habis. Masa anak2 kita kecil hanya sekali dan ianya tidak dapat diulang. Luangkan masa sebaiknya untuk mereka. Kalau masa kecil kita tak luangkan masa dengan mereka, dan mereka lebih suka kepada kawan2, esok2 bila diorang dah besar jangan terkejut kalau mereka lebih suka khabarkan rahsia dan masalah mereka kepada kawan2 instead kita yang menjadi ibu bapa mereka kerana kita tidak pun menampakkan yang kita concern pada mereka masa mereka kecil."

Moga Allah bagi kekuatan untuk saya didik anak2 jadi org yang faqih dalam agama.

Wassalam.

Thursday 22 October 2009

Cabaran Membesarkan Anak2

Di usia awal 30an ini membesarkan anak-anak adalah sebagai satu cabaran yg perlu saya tempuhi. Walaupun bukan secara 24x7 kerana tanggungjawab yang lain, tetapi ia dilakukan secara bersama dengan isteri atau ibu kepada anak-anak ini. Dalam kes saya, ibu kepada anak-anak inilah yang memainkan peranan yang amat penting dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami.

Tambahan pula dalam keadaan sekarang, menjadi seorang ayah dan seorang pelajar dalam masa yang sama memerlukan kematangan dalam menguruskan segala hal. Peratusan yang betul perlu di beri perhatian agar tidak ada yang tercicir dari pandangan dan ada pula nanti yang terasa seperti tersisih. Cabaran menjadi pelajar Master tahun 2 ini juga perlukan perhatian yang sewajarnya. Di situlah saya kira sebagai cabaran bagi saya dalam proses untuk mematangkan tahap pemikiran dan meningkatkan lagi kemahiran pengurusan saya. Dalam tempoh ini juga, isteri yang sedang sarat mengandung anak kami yang ketiga juga perlu di berikan perhatian yang sewajarnya.

Kalau diikutkan keadaan saya yang dikelilingi zemi dan tugasan-tugasan pelajaran, mahu saja saya terus berada di lab untuk menyiapkannya.

Kalau diikutkan sangat kehendak anak-anak yang sentiasa ajak saya berjalan bersiar-siar dan bermain-main, mahu aje saya terus menerus menjelajah dari satu padang ke satu padang, dari satu taman permainan ke satu taman permainan yang lain.
(meluangkan masa bersama ahli keluarga di ladang anggur)

Kalau di ikutkan kemahuan isteri saya yang sedang sarat mengandung itu, mahu saja saya dipintanya untuk terus berada di rumah menemaninya.

Kalau diikutkan keperluan saya sebagai pengerusi surau (Masjid Nagaoka) untuk menguruskan perihal masjid dan aktivitinya, nampak macam semua itu mustahil untuk saya lakukan. Bak kata orang melayu "macam tak cukup tangan"lah. tetapi itu hanya telahan manusia sebab kalau diberi tangan yang lebih pun, belum tentu kita dapat lakukan semunya secara serentak.

Bercakap mengenai membesarkan anak-anak, tugas ibu bapa bukan sekadar nak membesarkan mereka sahaja. Kalau membesarkan anak-anak, blh juga diberi maksud memberi makan anak-anak hingga badan jadi besar. Itu saya kira bukan sikap yang baik bagi para ibu bapa. Tugas sebenar ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak, kalau haiwan ternakan tak mengapa lah sebab lagi besar, lagi sihat..lagi mahal harganya!. Tugas sebenarnya ialah membesarkan dan yang lebih penting ialah mendidik anak-anak menjadi manusia yang soleh dan solehah. Mengenal Allah sebagai Pencipta dan Pemilik alam ini.


Wassalam.

Thursday 15 October 2009

First Gakkai di Urasa

Buat pertama kalinya saya di arahkan utk attend dan buat presentation di salah sebuah seminar di Urasa. Ianya telah di wajibkan oleh supervisor saya sebagai salah satu syarat untuk grad Master di sini. Saya rasa kebanyakan lab di Gidai ni ada syarat yang macam ni. Memang satu pengalaman yang baik bagi saya walaupun persediaan untuknya tu agak perit pada permulaannya.

Bermula pada sebelum cuti musim panas lagi, Prof dah pun bagitau bahawa saya dan beberapa org lagi rakan lab akan buat presentation di Urasa. Di anjurkan oleh Nihon University. tapi bila dah bagitau tu masa dekat2 dengan cuti, so tak berapa ambik endah sangat. Cuti is Cuti!. So sebulan cuti yang di beri memang di gunakan sepenuhnya. Bila dah hujung2 cuti tu baru la rasa "insaf"..he heh. ..Baru la mengadap balik semua reference paper. terasa macam nak mula dari zero balik. Bukan apa, saya masih lagi belum ada tajuk research yang tetap. Buat selama ni pun dok main "rasa-rasa..begini...begitu". Bila rujuk kepada Prof pun dia kata dia tak mahir tentang Computer Network, so it is up to you!. Itu antara jawapan yang selalu saya dapat. Bukan saya tak pernah bagi penerangan pasal computer network ni. Blh di katakan setiap zemi saya selitkan sedikit sebanyak pasal network. Sekadar info umum tentang apa yang saya nak buat dengan log network yang saya ada. Mungkin penerangan saya tak jelas, atau saya tak fokus pada data yang saya ada. Saya kena baiki lagi pada zemi akan datang.

Berbalik kepada Gakkai di Urasa ni, ia memang menarik sebab inilah kali pertama saya present di luar lingkungan kenalan. Bertolak seawal 10.30 pagi dari Gidai. Majlis bermula jam 2.30 petang. Perjalanan pun sebenarnya ambil masa dalam 1 jam aje. Di pertengahan jalan, kami singgah makan Soba di salah sebuah kedai soba yang eksklusif. Di sebabkan tak bawa kamera masa tu, so takleh la ambik gambar kedai tu. Tapi memang cantik la kedai tu sendiri dan pemandangan sekelilingnya. Urasa memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi sebab ianya sendiri di kelilingi oleh bukit2 dan gunung2.

Di pejabat bukan tak pernah buat presentation. Malah dah 6 kali. Seminar R&D dan Technical Convention peringkat Jabatan. Tu kira yang besar juga la. yang kecik2 masa di Vienna dulu dan mesyuarat bulanan di unit pun bukan tak biasa. Tapi itu semua di dalam lingkungan rakan sepejabat. Mereka kenal saya dan saya kenal mereka hampir kesemuanya.

Presentation di buat pada 10hb Oktober yang lalu di Nihon University, Urasa. Peserta dalam 21 orang sahaja. Persembahan dalam BI hanya ada 2 orang iaitu saya dan rakan saya dari Bangladesh. Seperti biasa kalau buat presentation dalam BI ni kebarangkalian utk mendapat feedback dari peserta lain amat2 kecil. Nasib baik ada prof yang blh berbahasa inggeris ni bertanya soalan. Sebenarnya saya pergi ke gakkai tu dengan harapan dapat cadangan dan komen berkenaan research yang saya nak buat ni, tp nampaknya hajat saya tak kesampaian. Terpaksalah saya mencari sendiri hala tuju research saya selepas ni..hu..hu..
(Kalau bagi presentation dalam BI di hadapan peserta Nihonjin, buat jokes dalam BI tak di galakkan...nampak macam lawak bodoh je nanti sebab diorang tak berapa faham sangat BI)

Bukanlah Prof tak bagi bimbingan langsung, dalam kes ni saya sendiri pun tak jumpa punca kat mana nak tanya dalam bentuk dia blh bantu. Malah, Prof saya memang orang yang suka membantu. Itu sebab saya lebih suka pergi cari rakan2 lain. Pak Hendri, Post Doctoral yang buat research di Gidai yang juga graduate dari Gidai, Althaff Irfan, pelajar PhD dari Sri Lanka. Mereka inilah yang sering saya rujuk untuk perkara berkaitan research saya. Sekarang ni saya nak tambah sorang lagi...heh he Sofian...pelajar PhD dari UTHM. Memandangkan saya nampak macam ada beberapa method yang blh saya pelajari dari dia. Syukran Jazila...jazakallahu khairan pada semua yang byk membantu saya.

Wassalam.

Thursday 1 October 2009

Bersedekahlah walaupun dengan separuh kurma

Pada Ramadhan yang lalu kutipan untuk projek pembinaan masjid Nagaoka telah pun mencecah 1 juta yen. Ada 3 individu yang telah beri 100k yen setiap seorang yang mempercepatkan lagi jumlah tersebut di capai. Dari awal tahun projek ini di lancarkan, sehingga hari sebelum Ramadhan, kutipan hanya dapat sekadar 500k yen sahaja, tetapi bila tamat sahaja bulan Ramadhan jumlah ini telah menjadi melebihi 1 juta yen. Dengan erti kata lain, hanya sebulan Ramadhan blh dapat melebihi kutipan 8 bulan sebelum ini. Inilah antara kelebihan bulan Ramadhan saya kira. Orang Islam akan jadi lebih pemurah dari bulan2 lain kerana inginkan ganjaran yang telah Allah sediakan.

Pada Hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang lalu menyaksikan kutipan yang cukup mengejutkan bilamana pihak AJK Masjid hanya mensasarkan sekitar 70k yen sahaja, tetapi apabila di buka tabung derma di dapati duit Yen yang di masukkan ialah 220k yen (atau mungkin lebih sebab duit syiling kami tak kira). Ianya satu sejarah bukan sahaja bagi AJK masjid tetapi yang mungkin lebih terkejut ialah tabung tu sendiri..he heh. Apapun syukur Alhamdulillah, Allah gerakkan hati hambanya untuk terus bersedekah dan moga Allah memberi ganjaran yang setimpal atau lebih baik dari apa yang telah mereka berikan.

Selepas tamatnya bulan Ramadhan, kutipan untuk projek masjid menyaksikan penurunan apabila pihak bendahari meletakkan sasaran 26k yen, tetapi kutipan yang berjaya di peroleh ialah 20k yen sahaja. Alhamdulillah, walaupun duit banyak habis ketika menyambut hari raya (blh pakai ke istilah ni di Jepun? sebab di sini org tak sibuk nak beli baju raya, kuih raya, hias rumah, main mercun dan yang sewaktu dengannya), namun momentum Ramadhan dalam bab bersedekah ini masih ada. Cuma momentum solat jemaah nampak macam semakin kendur. InsyaAllah nanti kita di entry yang lain.

Selepas bermesyuarat sebelum Ramadhan dulu, ahli mesyuarat telah pun bersetuju untuk mengutip duit dari pelajar2 sebanyak 2k yen seorang utk menjayakan projek masjid ini. 1k untuk pembinaan masjid dan 1k lagi untuk pengurusan masjid. Semua ahli mesyuarat nampak bersetuju. Sengaja kita cetuskan idea sebegini sebab kebanyak masjid2 lain di Jepun pun memang melaksanakan kaedah ini bagi mempercepatkan proses pembinaan masjid. Ianya amat berbeza di Malaysia sebab di sini tiada peruntukan kerajaan untuk membina masjid. semua adalah hasil usaha sendiri. Tambahan pula bagi kami di sini yang kebanyakannya adalah pelajar. Tapi ada juga yang dapat duit tambahan, buat part time masa cuti sekolah. Kekadang duit part time blh dapat banyak, ikut tahap rajin la dan peluang.

Bagi mereka yang suka menderma atau bersedekah ini, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka salah seorang yang sedekah walaupun sedikit. Malah ada pihak yang buat projek jualan makanan dan sebahagian hasil keuntungan mereka sedekahkan untuk pembinaan masjid ini. Baarakallah. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, tabung lalu depan mata pun, boleh buat2 tak nampak aje.

Duit 5 yen ni kalau jatuh, tak ambil dah. Tapi bila nak masukkan dalam tabung derma kekadang rasa macam RM50!. Tepuk dada, tanya iman.

Saya menyeru untuk diri saya dan sesapa yang singgah di blog ni, biasakan diri kita untuk bersedekah. Banyak ayat Quran dan hadis yang menceritakan kelebihan bersedekah ini. Antara mafhum hadis yang selalu dok dengar ni ada yang menyebut sedekah yang lebih baik ialah kepada isteri dan anak2 kamu.

kalau tak tau di mana nak sedekah, layarilah http://nagaokamasjid.wordpress.com di sini kami ceritakan latarbelakang projek masjid Nagaoka dan aktiviti yang di jalankan.

Wassalam.

Wednesday 23 September 2009

Muslimnya ramai...tapi....

Pada hari ini tiada open house di buat sebab kelas dah mula balik. Tapi nanti hari Sabtu ada lagi sambungannya. Mungkin kali ni grand sikit kot sebab di kongsi oleh lebih 5 family, buat pula di kaikan. Tapi bukan itu yang nak di jadikan topik perbincangan pada kali ni, cuma ia sebagai pembuka bicara dan nak inform bahawa penduduk muslim nagaoka ni memang ramai sehinggakan buat open house aje lebih dari 5 hari. kat Malaysia pun rasanya tak semeriah ini bagi sesetengah tempat.

Pada hari raya pertama, saya berpeluang untuk beramah mesra dengan muslim dari negara2 lain. Bila berkumpul atas nama agama ni memang jumlah tu akan bertambah berbanding kalau berkumpul atas nama sesuatu bangsa. Jadi ambil la kesempatan untuk nak berkenal-kenalan. kalau sebelum ini, nampak pun hanya kelibat aje. Tapi kali ni bertegur sapa dan sembang2. Bila dah berkenal-kenalan tu, barulah tau yang ada di antara mereka ini sudahpun menetap di Jepun lebih dari 8 tahun, 9 malah 10 tahun setelah mereka berkahwin dengan lelaki Jepun. Dari segi jumlah muslimnya memang nampak ramai, tp AJK masjid perlu buat kerja extra sikit nampaknya. .....sebab....

Kebanyakan muslimat dari Indonesia berkahwin dengan lelaki Jepun sedang mereka tidak muslim. Statusnya bagaimana?. Saya sendiri pun tak pandai nak jawab. Anak-anak mereka pula bagaimana?. Islam ke, budha ke, kristian ke?. Saya pun tak tau. Tapi bila buat majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya, mereka datang bersama anak2 sedang si suami tak tahu ke mana pergi nya walaupun hari raya baru ni jatuh pada hari cuti. Bila melihat keadaan ini, saya dan beberapa AJK lain cuba2 mengintai peluang untuk terus rapat dengan mereka dan cuba untuk panggil mereka dan anak2 untuk join program2 anjuran kami. Dengan harapan, bila hubungan jadi makin erat, maka mudah untuk nak ajak mereka datang ke majlis2 ilmu yang di susun.

Suatu masa dulu (awal tahun ini), Pak Nana dan Pak Taslim dari Indonesia datang ke sini. Mereka bukan sahaja menyumbangkan idea untuk penubuhan masjid Nagaoka, tetapi juga ilmu dan pengalaman masing2 dalam mengembangkan agama Islam. Pak Nana begitu menonjol dalam perkongsian ini, beliau begitu istiqamah seringkali memberi nasihat pada kami berkaitan agama dan dakwah. Bukan sahaja hadir pada setiap kali mesyuarat untuk masjid, tetapi menjadi pencetus untuk mesyuarat tersebut walaupun mereka hanya datang ke sini untuk 3 bulan.

Untuk Ramadhan ini pula, seorang lagi tetamu bernama Nizar yang datang dari Amerika Syarikat untuk latihan syarikatnya selama sebulan. tetapi beliau ini hanya sempat bersama ketika hujung minggu sahaja kerana tinggal agak jauh dari Gidai dan tidak berkenderaan pula. Beliau juga ada memberi beberapa pandangan yang cukup baik berkenaan dengan perkembangan dakwah Islam di Nagaoka ini. Antaranya;

i. Kelas pengajian Al-Quran dan fekah untuk muslimat
ii. Kelas pengajian hujung minggu untuk kanak2 yang lebih tersusun. Siap dengan silibus dan buku yang khas untuk digunakan ketika pembelajaran
iii. Kenakan caj pada kelas yang di anjurkan agar ibu bapa tidak dengan mudah escape dari hadir ke kelas.

Itulah harapan saya dan AJK lain juga ketika mula2 mesyuarat untuk masjid ini dahulu. Saya telah pun mulakan dengan kelas pengajian IQRA untuk anak2. Kerana pada ketika itu bunyi macam ramai yang mahukan kelas itu di adakan. tetapi akhirnya sekarang hanya tinggal 3 org sahaja anak2 yang di hantar ke kelas tersebut. Ni baru di kalangan org Malaysia yang duduk hampir dengan Gidai, yang sama2 meeting dan gesa untuk adakan kelas IQRA, ustaznya pun org Malaysia. kalau nak panggil org Indonesia yg tinggal lebih jauh dari Gidai. apa motivasi untuk mereka datang. ? berbanding baito yang diorang buat dapat duit lagi. Orang malaysia sendiri pun tak nampak macam perlukan kelas ini. Mungkin sebab ibu bapa org malaysia blh ajar anak2 mereka sendiri. Tak kisahlah. Bagi saya, sebagai org yang di pertanggungjawabkan saya perlu sediakan kelas ini. Bukan itu sahaja, kuliah ilmu untuk ibu bapa juga perlu saya sediakan. Sebagai santapan rohani pengimbang untuk hidup bahagia di akhirat insyaAllah.

Berkenaan mengenakan caj tu pun saya tak pasti nak laksanakan atau tidak. Perlu mesyuarat balik. Mungkin persepsi org berbeza berkenaan caj ni. Kekadang memang perlu juga letakkan caj untuk elakkan org dari anggap "sesuatu yang percuma atau murah, pastinya tidak berkualiti".

Sediakan silibus?. Pada saya buku IQRA pun dah bersilibus. Ada dari buku 1-6. Entahlah..banyak perkara yang perlu di fikirkan untuk pembangunan dakwah Islam dan Muslim di Nagaoka ni. Inilah antara perjuangan saya yang masih belum selesai!! Ya Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat. Bantulah kami Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin.

Wassalam.

Kemeriahan Eidul Fitri Di Nagaoka







Bermula pada malam tu lagi, kami setia menunggu pengumuman penyimpan mohor besar Raja2. Nak tunggu pengumuman dari radio IKIM, lambat. terpaksa la telefon sanak saudara di malaysia. Bukannya apa, nak standby samada nak bertakbir ke atau nak solat terawih lagi malam tu. Selepas dapat maklumat lebih kurang 9.15 malam(waktu sini), kami terus menuju ke rumah Abg Sukri atas jemputan khas utk bertakbir di rumah dia. Kebetulan pulak, malam tu kami terpaksa solat di rumah Sofian di Danci. Kaikan, tempat selalu solat tu dah di tempah oleh pelajar2 Thailand.

Makan ala-kadar je di rumah abg Sukri, bertakbir sampai 10.30 malam. sakan betul bertakbir. Rasanya kat Malaysia pun tak pernah bertakbir macam ni ..heh he...Isteri saya pun menanti "green light" utk teruskan agenda memasak. Malam tu, dia masak ayam masak kurma utk jamuan hari raya keesokan harinya. Actually tugas memasak memang telah di bahagi2 kan sebelum tu lagi. so semua org ada tugas masing2 dalam menyediakan juadah utk sambutan Hari Raya tu.

Pagi tu selepas solat Subuh di kaikan, check PA system dan sediakan apa yang patut utk tempat solat. Dalam pukul 6 pagi balik ke rumah utk siapkan anak isteri pulak. Anak2 pun bangun awal pada hari tu. Dalam pukul 7.50am dah pergi ke kaikan semula utk sambutan hari raya. Nasib baik mek ada pos baju2 raya. So raya kali ni (kali ke-3 di Jepun) blh la pakai baju raya baru. Isteri saya lagi banyak baju raya dia. Biarlah, asalkan dia bahagia. Sampai di Kaikan, cepat2 cari Hanif untuk bayar zakat fitrah. Sengaja nak ambik sunat, bayar zakat sebelum solat sunat hari raya. Takbir raya pun dengan penuh semangat, sampai aje masa yang di tetapkan iaitu 8.45am, saya stop kan takbir utk teruskan agenda seterusnya iaitu solat sunat Eidul Fitri. Di imamkan oleh Zaim dan kemudian di ikuti khutbah yang di sampai kan oleh Fahmi. Sengaja ambik org bujang utk ambik tanggungjawab ni.

Selesai solat, rupanya masih ada lagi yang masih belum sampai. tp nak buat camne, kita dah banyak kali buat pengumuman. Bersalam-salaman, bermaafan. Memang meriah la, cuma takde la pasang lagu raya sebab ada juga bangsa lain yang datang beraya kat sini. Berkumpul atas dasar Islam, bukan atas dasar melayu..he he, so takleh la nak pasang lagu raya versi melayu je. Nanti kang, ada pulak yang nak request pasang lagu raya versi bangladesh, pakistan, thailand, indonesia..dan lain2....jenuh tu. Tapi tanpa muzik dan lagu pun, sambutan tetap meriah. Saya rasa inilah sambutan hari raya yang paling meriah sepanjang saya berada di Jepun. Pada saat saya menulis ni sudahpun hari raya yang ke empat, tp sambutannya masih belum habis. InsyaAllah hari Sabtu ni pun ada lagi. Esok dan lusa stop kejap sebab ramai yang ada kelas. InsyaAllah nanti letakkan gambar2 yang berkenaan. Buat masa ini, layan ajelah gambar yang ada ni.

Wassalam.

Thursday 17 September 2009

Ramadhan yg semakin meninggalkan kita

Pada hari ini sudahpun masuk hari yang ke 28 Ramadhan. Begitu cepat rasanya masa ini berlalu. Mungkin juga kerana pada masa ini homework pun x banyak, assignment pun xde sebab baru masuk semester baru. Jadi segalanya rasa begitu pantas. Cuma kali ni bila ambik subjek Decision Behavior Theory tetiap minggu ada shukudai (homework). Rasa taihen sikit, chotto tsukarete...tp menarik. Ilmu mengkaji berkaitan bagaimana manusia membuat keputusan, dan ianya nak di matematikkan. Itupun sampai satu tahap, sensei kata manusia mampu buat keputusan yang lebih kompleks tanpa di duga. Itulah kelebihan manusia yang Allah jadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Berbalik kepada Ramadhan kali ini. Memang sambutan pada kali nampak ada kelainannya. Sehingga ke saat2 akhir ini pun adik2 undergrad memenuhi ruang solat ketika solat zohor dan isyak. Sungguh tenang rasa hati, walaupun saya tak luahkan kepada diorang. Rasanya kalau lepas ni kalau saya balik ke Malaysia for good pun, blh balik dengan rasa yang tenang dan puas sebab ada org yang blh menghidupkan surau dan amalan2 nya. Solat zohor tu kekadang dapat 3 saf. Harap keadaan seperti ini dapat kekal selepas Ramadhan ini. Tetapi memang secara jujurnya, adik2 yang baru datang (kohai) kali ini samada perempuan ataupun lelaki lebih 90 % org2 yg terpaut hatinya dengan surau kot. Apa sahaja program yang di rancang menjadi mudah dengan penglibatan diorang. Semua perkara di bincang di surau setiap hari. Itulah kelebihan yang ada pada umat islam bila bertemu sekurang2 5 kali sehari. Banyak perkara blh di bincang selalu.

(Gambar Abg Sukri dan Kak Siti handle program riadah. Pasangan suami isteri ni "org kuat" di sini)

Majlis berbuka puasa pun mendapat sambutan yang menggalakkan. Cuma kehadirannya masih muka yang sama. Kalau bertambah pun, saudara2 muslim dari Indonesia yang dah kahwin dengan org sini. Sampai sekarang saya masih belum dapat beramah mesra dengan diorang, apatah lagi nak dapatkan maklumat penuh pasal diorang sebagai rekod muslim di Nagaoka ni. Sebab diorang datang dengan anak2 tanpa suami. Lepas berbuka je terus balik. So tak sempat lah nak sembang2. Satu lagi yang mungkin blh di buat selepas ini ialah wakil dari negara2 lain juga perlu menjadi tanto untuk masak. Setakat ini hanya Malaysia dan Indonesia je yg jadi ketua masak pada setiap hujung minggu tu. kalau dapat di buat, biarlah Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan pun blh masak menu diorang utk berbuka puasa ramai2. Rasanya itu lebih meriah!.
(Gambar majlis berbuka puasa, sebahagiannya makan dalam tempat solat sebab tak cukup tempat)
Tadarus Al-Quran yang dibuat setiap malam di sini alhamdulillah walaupun tak sempat utk habis 30 juzuk, tp sebagai permulaan saya kira dah cukup bagus dengan hanya 11 juzuk setakat ini. Adik2 undergrad pun ramai yang join. Cuma yang undergrad 3 nen sei aje yang ramai. Yang 4 nen sei sibuk baito la, report la, bagai2!. Takpelah, kita dah sediakan medium utk diorang asah balik bacaan Quran, tp kalau diorang tak nak takkan saya nak paksa. Maybe selepas ini, pihak muslimat pun boleh di libat kan sama dengan tadarus ni. Tp diorang buat sesama diorang la di belakang tabir. Yang penting, bacaan Quran tu di perbetulkan. Kalau nak dibuat di luar bulan Ramadhan bukan tak boleh, tp kekadang sibuknya bertimpa2 (alasan....yg tak kunjung habis).

Kuliah subuh pun setakat ini alhamdulillah. Rasanya x pernah miss lagi. Bukan buat banyak pun, sekadar baca buku Riyadhussalihin je. Yang mana rasa blh hurai, dihuraikan. Yang mana rasa x blh nak hurai baca sekadar untuk tahu ajelah adanya hadis berkenaan sesuatu perkara. Kekadang orang ingat nak kena jadi ustaz baru blh baca kitab2 agama ni. Tu satu perkara yang tak berapa tepat. Kalau takat nak baca, apa salahnya. Lagipun dalam kitab Riyadhussalihin tu, antaranya macam yg di baca pagi tadi, ada hadis yang sebut tentang cara2 makan dan minum. Perkara yang kita buat setiap hari. Sebelum ni kalau kita minum sekali teguk habis segelas, walhal dalam hadis sebut kena berhenti-henti dan kemudian bernafas di luar gelas. Semua ni maybe kita dah amalkan pun, tp x di niatkan nak ikut sunnah nabi. Rugi la kat situ.

Harap amalan2 ni dapat diteruskan selepas Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini dapat memberi kesan kepada hati2 kita semua insyaAllah.

Wassalam.

Tuesday 15 September 2009

Memori Ramadhan di Nagaoka

Pada tahun ini sambutan puasa sudah pun masuk kali ke 3 di negara matahari terbit. Ianya tidak lah sesukar mana kalau nak di bandingkan dengan tempat2 lain yang mungkin lebih susah dari sini. Di sini, makanan halal senang untuk di perolehi, teman2 Muslim yang lain pun ramai. Jadi keseronokan menyambut Ramadhan di sini memang amat menarik untuk di kongsi bersama.

Kalau Ramadhan tahun lepas saya hanya sekadar pengikut segala program yang telah di atur oleh Jawatankuasa yang dilantik, tetapi pada kali ini ia sedikit berbeza bila saya sendiri yang perlu mengatur program bagi memenuhi bulan yang penuh kemuliaan ini. Seboleh mungkin setiap saat di bulan Ramadhan ini mahu di isi dengan amalan kebajikan bagi meningkatkan saham akhirat. Bukan untuk diri sendiri tetapi pada jemaah Muslim yang ada di Nagaoka ini. Memang tidak dapat di nafikan tanggunggjawabnya itu tidak lah semudah yang di sangka. Tambahan pula dengan ilmu yang sekadar di buku, tidak di hati memang agak sukar untuk menjalankan tugas ini. Walau bagaimanapun, jawatan yg diberi ini bukanlah suatu kebanggaan pun bagi diri saya malah saya terima ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya laksanakan dengan penuh teliti dan baik

Kalau di Malaysia, setiap kali bulan Ramadhan tiba solat Terawih di semua surau akan penuh pada 10 malam yang pertama, Bahkan kekadang melimpah. Di sini pun tiada beza sangat. Cuma ia tidaklah hanya pada 10 pertama. Blh la klau nak di katakan turun naik sebab kekadang orgnya ramai sampai dapat 3 sof dan kekadang x muat sehinggakan terpaksa buat jemaah yang kedua, kekadang tu 5 org aje pun ada. Pelajar2 di sini yang di dominasi oleh budak bujang, tidak hairan perkara macam tu berlaku. Tetapi paling tidak, mereka ini saya beri tugas untuk jadi imam dan bilal bagi solat terawih. Ada yang persoalkan kenapa saya buat begitu. Tp bagi saya, ini ajelah peluang untuk saya nak train mereka ini jadi imam dan bilal. kalau tidak di masa ini tak taulah bila lagi nak blh. Itupun bila di lantik jadi bilal, tangan pegang kertas pun terketar2. Yang di lantik jadi imam pun tak kurang juga ketarnya. Nasib baik tak rebah aje pada rakaat pertama tu. Tu dalam keadaan imam yang di lantik tu terdiri dari bekas pelajar sekolah agama masa di peringkat sekolah menengah dulu. Secara umumnya saya blh bagi kesimpulan awal, mereka ini memang blh di latih untuk jadi imam, cuma entah kenapa mereka seolah cuba "melarikan diri" dari title pelajar sekolah agama. (nanti kita cerita lain kali utk hurai bab ni insyaAllah)

Bila program solat terawih saya susun sekian rupa, ada tetamu yang datang dari luar Nagaoka memberikan pendapat dan menegur saya selaku pengerusi surau di sini. Antara yang di tegur:

1. Bacaan Bismillahirrahmanirrahim pada permulaan surah Al-Fatihah, tidak sepatutnya di jahr kan.
2. Selawat kepada Nabi di antara 2 terawih, katanya "not recommended"
3. Zikir selepas solat, tak perlu di baca kuat-kuat.
4. Imam yg di pilih, fahamkah diorang akan maksud ayat yang di baca?.

Saya faham yang org yg menegur ini sudah pastinya bukan di kalangan bermazhab Syafie. Tetapi sebagai seorang muslim yang berpegang pada mazhab, saya rasa tidak selayaknya kita mengatakan mazhab kita yang paling betul dan mazhab lain kurang tepat hanya kerana kita memegang mazhab lain. Kerana setiap imam mazhab menyatakan sesuatu bukan dengan nafsu, tetapi dengan ilmu. Percanggahan pada mazhab ini hanya lah pada perkara cabang, bukan perkara pokok. Perbezaan yang seperti ini adalah rahmat di kalangan umat Islam.

Tp sebagai persediaan untuk kita semua, bersedialah dengan ilmu dengan apa yang kita buat sebagai amalan. Setidaknya2 kita beramal berdasarkan ilmu, bukan hanya dengan ikut-ikutan.

wassalam.

Tuesday 8 September 2009

Bawa balik kereta dari Jepun Part 2

Lepas dah kena tegur utk sambung baru nak sambung..he heh.

sampai ke Niigata East Port, kebetulan waktu rehat makan tengahari diorang. Jadi terpaksalah kami menunggu. Standardnya kalau waktu rehat xde siapa pun blh kacau, tp kalau waktu kerja kekadang kita blh aje pun kacau. Matahari ketika tu cukup terik. Kering tekak di buatnya. Jam dah menunjukkan jam 12.20 tengahari, zohor pun dah masuk. Jadi kami pakat untuk pegi solat di masjid West Port. Jarak x jauh mana pun, tp entah nak di jadikan cerita siap blh terlajak pulak. jenuh main pusing2 kat atas jalan. Terlepas nak solat jemaah di masjid tu sekali dengan jemaah tempatan. Masa kami sampai di masjid tu, kelihatan para jemaah dah berpusu-pusu keluar. Ramai juga org yang datang solat jemaah walaupun waktu zohor. Sejuk mata memandang walaupun masa tu cuaca panas terik. Sudah pasti, kebanyakan mereka ada org Pakistan.

Selesai solat jamak qasar di situ, kami kembali ke East Port semula. Person in-charge tu dah pun menunggu kami di pejabatnya. Bila dah jumpa dan dia pun bawa kami ke gudang tempat barang2 tadi perlu di masukkan. Kami nampak pekerja2 di gudang tu dah pun menunggu dalam 10 org siap dengan sarung tangan masing2. Buka aje pintu lori, x sampai 3 minit semua 42 kotak tadi telah siap di letak atas "pelet". Betul ke tak ejaan tak tau la..heh heh.

Dari segi prosedurnya saya belum berhajat nak tulis secara detail lagi di sini. Tp cukup la sekadar nak bagi tau, persediaan untuk nak balik tu pun blh tahan renyahnya. Barang2 yg nak di masukkan dalam kotak, perlu di senaraikan dengan betul, siap dengan estimate berapa jumlah harga barang2 yang ada dalam kotak tu. InsyaAllah kalau ada kesempatan dan dah dapat maklumat cukup tentang borang2 yg di perlukan utk persediaan nak balik, saya akan post lagi di sini. Antara nya ;
i. serah plat kereta utk import
ii. dapatkan export certificate
iii. dapatkan plat palang utk bawa kereta ke port
iv. tiket balik dari embassy

dll lagi.

insyaAllah.

Wassalam

Wednesday 2 September 2009

Bawa balik kereta dari Jepun

Pada 27hb Ogos baru ni saya dan kawan2 pergi ke Urasa untuk membantu rakan yang akan balik ke Malaysia setelah tamat pengajian mereka selama setahun di IUJ. Lori dia dah booking siap2, driver dia "order" dari Nagaoka sebab nak bawa lori ni kena org ada lesen sini. Kalau international license tak pasti pulak blh ke tak. Lagipun member saya tu, lesen jepun pun xde lesen antarabangsa pun dah tamat tempoh. Jadi untuk mengelakkan dari apa-apa kejadian yang tak di ingini lebih baik ambil langkah selamat dengan tidak memandu tanpa lesen.

Saya dan seorang lagi member bertolak dari Nagaoka ke Urasa seawal 7 pagi. Xde masalah sangat sebab sekarang bulan Ramadhan dan subuh pun masuk seawal 3.30am lebih kurang pada masa tu. So selepas subuh tak perlu la tidur balik. Sesampai di sana, kami tgk barang pun xde la banyak sangat. dalam 42 kotak je. Lori di sewa di Muikamachi, lebih kurang 10 minit dari rumah kawan saya tu. Bayaran asalnya dalam 15k yen, tp di sebabkan di introduce oleh satu kedai lain, so dapat diskaun. Kena bayar dalam 13k yen je. Rupanya tak susah mana pun nak sewa lori ni. Cukup dengan hanya menunjukkan lesen jepun. (By default, lesen kereta biasa ni blh bawa lori sehingga 3 tan kalau tak silap).

Load barang yang 42 kotak tu pun tak susah mana. Bunyi kotak pun tak banyak, pulak tu ringan2 je. Ada jiran Indonesia pulak bantu, lagi mempercepatkan kerja. Then dari Urasa balik ke Nagaoka dulu sebab nak ambik satu lagi kereta untuk di hantar balik. Maknanya kami pada hari tu hantar barang2 dan 2 buah kereta, Honda Stream 1.8 dan Mercedez Benz yg macam kancil sikit tu. Enjin 1.8 juga rasanya. Dari Nagaoka ke Niigata East Port jarak dalam 81km. ..

nanti sambung balik, anak2 dah bangun...

Wednesday 19 August 2009

"Dakwah" dari kawan Buddha

Kelmarin satu pengalaman baru telah saya dapat dan serba sedikit memberikan saya sedikit pengajaran. Pertemuan di Teku-teku, taman permainan kanak-kanak tempat saya selalu bawa anak2 main rupanya tidak habis di situ. Seorang ibu yang saya temui di situ meminta nombor telefon saya. Katanya hanya untuk datang dan berziarah. Tanpa ragu saya memberikan nombor saya. Appointment pun di buat, katanya dia akan datang pada hari Rabu jam 1 petang. Maka petang semalam pertemuan telah berlangsung di rumah saya.

Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk nak menjemput org datang, apatah lagi yang nak datang ni orang Jepun dalam keadaan rumah macam tongkang pecah. Tu pada pandangan dia je sebenarnya, bagi saya xde la selerak mana pun. Jadi saya jemput org tu masuk rumah. Selepas sedikit intro pasal family masing-masing, dalam hati saya dok bermain...."dia ni nak ajak masuk direct selling ke apa ni, nampak beg macam ada katalog je...!". Selepas terdiam "pause" seketika, perempuan tadi mengeluarkan sesuatu dari dalam beg dia.

Ianya adalah sebuah buku yang kebanyakkannya tertulis kanji. Kanji "Dai" atau besar aje yang saya blh baca. Then dia terangkan beberapa term yang saya tak pernah dengar dalam bahasa jepun. Disebabkan intro pun saya dah tak faham, dia jenuh cari cara untuk nak bagi saya faham. Saya berikan dopod saya yg ada kamus English-Japanese kepada dia untuk mencari apa perkataan yang nak diberitahu tu. AKhirnya dia terjumpa..."Buddha". So dia terangkan lah tentang agama buddha kepada saya. Kalau dilihat pada pakaian yang dia pakai sikit pun x nampak dia ni macam tok sami. Kalau sami buddha biasanya kan botak. Ini perempuan, pakai skirt pendek lagi.

Dia intro dalam 5 minit pasal Buddha atau persatuan dia ni, saya terus menyambut dengan senyuman setiap patah perkataan yang dia cakap. Antara sebabnya ialah saya x berapa faham!. Tapi buat2 faham ajelah. Maybe dalam 60 % aje kot yang saya faham. Kemudian tiba giliran saya pula. Pada masa ini baru terasa betapa mempelajari bahasa Jepun bila berada di Jepun adalah amat mustahak. Saya hanya menceritakan pasal rukun iman sahaja kepadanya pada pusingan pertama ini. Cerita tentang Allah dan sifat2 nya. Memang dia tak faham sebab Tuhan orang Islam tak boleh di lihat!. Pada masa ni saya terasa amat sukar untuk teruskan penerangan kerana takut dgn bahasa jepun yang lintang pukang ni, maknanya pun lari dan akhirnya dia buat tafsiran yang silap tentang Allah. Saya ceritakan tentang syurga, neraka, hari kiamat dan Al-Quran sambil menunjukkan padanya naskhah Al-Quran yang memang kami bawa dari Malaysia.

Pada pusingan kedua, dia ajak saya "sembahyang" 2 kali aje sehari. Try la dulu katanya, nanti power kita akan bertambah sedikit demi sedikit dan kita akan menjadi "shiawase". Tenang, gembira etc. So saya pun cabut waktu sembahyang yang memang saya tampal kat atas tempat tv. Bila saya tunjukkan pada dia, terkejut sungguh nampaknya dia. Begitu detail waktu sembahyang orang Islam. 5 kali sehari pulak tu. Kalau dia 2 kali "sembahyang" pun power akan meningkat, org Islam yang buat 5 kali sehari....amacam?. :D. Dia tanya saya, tak pernah terlupa ke untuk waktu sembahyang ni?. saya kata semenjak kecil sampai sekarang saya x pernah terlupa untuk sembahyang. Nampak air muka dia dan gaya respon dia....uwah...sugoi!. Saya kata itu kewajipan setiap org Islam, 5 kali sehari WAJIB. Then dia tanya budak2 pun wajib juga ke, sembahyang, pakai tudung ni? sekali lagi saya mengerut dahi camne nak jawab dalam bahasa jepun. Istilah baligh memang sah dia tak faham, so saya pusing ayat lama juga la untuk penerangan tu dan akhirnya dia kata dia faham la. Harap2 dia faham betul.

Then dia sambung lagi soalan pada saya, apa yang menyebabkan saya "shiawase" kalau jadi Muslim. Saya kata bagi seorang muslim target kita mendapatkan redha Allah. Kita buat apa yang ALlah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contohnya macam makan babi. Tu aje contoh yang teringat dalam otak saya masa tu. Then bahagia pula bukanlah dengan adanya kereta besar, rumah besar, harta yang banyak, tetapi bahagia terletak dalam hati. Bila kita makin hampir dengan Allah, hati kita makin bahagia. Itu sebab Muslim kena sembahyang 5 kali sehari untuk nak merapatkan diri dengan Allah semoga jadi makin bahagia di samping baca dan ambil pelajaran apa yang ada dalam kitab Al-Quran ni (sambil pegang dan tunjuk pada dia Al-Quran tu).

Perbualan ni ambil masa lebih kurang 1 jam dan kalau nak tulis semuanya di sini, tak siap pulak paper saya untuk nak gi gakkai awal bulan depan..he heh. Tapi apapun sedikit pengajaran yang dapat saya kutip dan ingin di kongsikan bersama:

1. Orang agama lain berdakwah untuk agama mereka tak kira tempat dan masa, tapi kita?
2. Saya lihat perempuan ini pun masih muda (22 tahun) tapi seolah macam di train untuk promosi agama dia pada orang lain. Kita?
3. Bila kita duduk di negara asing yang menggunakan bahasanya sendiri, belajar la bahasa tempat tu untuk mudah kita sampaikan dakwah samada secara sengaja atau tanpa di sedari.
4. Carilah peluang untuk menceritakan betapa hebatnya kuasa Allah dan kebenaran Islam dan kemudian susulilah dengan doa dengan harapan Allah memberikan hidayah pada mereka.

Tugas dakwah bukan terletak pada bahu jemaah tabligh sahaja, tapi pada semua muslim. dan dakwah kita bukan hanya pada sesama muslim sahaja tetapi juga non-muslim yang kabur tentang maklumat sebenar tentang Islam.

Wassalam.

Tuesday 18 August 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Ramadhan sudah hampir tiba. Samada kita sempat atau tidak ia tetap akan tiba. Diam tak diam, sudah kali ketiga saya dan keluarga berpuasa di Jepun. Memang ia pengalaman yang sungguh berharga. Disamping waktu berbuka dan sahur yang cukup berbeza dgn Malaysia, suasana sambutan Ramadhan juga ada bezanya.

Sewaktu kali pertama berpuasa di bumi Jepun ni iaitu semasa di Chiba. Masa tu dah hampir nak raya pun. Kalau ikutkan hati nak tangguh dulu datang ke sini, tp dah jadual di susun begitu oleh JPA, so datang jugalah. Baki Ramadhan ketika itu hanya seminggu sebelum datangnya Syawal. Awal2 sampai di Chiba, masih belum tahu di mana kedai2 yang jual bahan mentah. Ayam dan daging halal dan sebagainya. Jadi menu pun tak la sesedap di Malaysia. Dalam bulan Ramadhan saya tak kisah sangat pasal menu. Nasi putih dengan telur kicap pun jadi. Padanlah dengan kita yang x pandai masak ni. Nak minta lebih2 pada isteri pun x best juga. Dia pun sama letih macam saya mengemas barang2. Cuma amalan bertukar2 juadah pada masa tu tak lah sehebat di Malaysia sebab org yang puasa pun tak lah seramai di Malaysia.

Puasa tahun kedua saya di sini penuh satu bulan di Nagaoka. Di sini suasana Ramadhan memang berbeza. Terasa seolah di Malaysia gayanya. Sebab penduduk Melayu di sini hampir 100 org. Amalan bertukar juadah, majlis berbuka puasa seminggu 2 kali (Sabtu dan ahad), solat tarawih berjemaah. Suasana tu blh la mengingatkan kita pada suasana di Malaysia. yang bestnya persiapan utk majlis berbuka puasa seminggu sekali tu. kami dari awal pagi sampai la dekat waktu berbuka puasa akan bertungkus lumus bergotong royong dgn ahli kumpulan yang telah di tetapkan. Masa tu la ada lebih sikit masa utk beramah mesra sesama "ahli keluarga" di sini. Waktu berbuka puasa memang ramai yang datang. Cuma yang tak best nya ada juga yang culas masa solat maghrib. tunggu tempat makan dari waktu berbuka sehingga la makan lepas solat maghrib tu. lepas habis sesi makan, terus balik. Jangan kata solat tarawih berjemaah, Isyak pun takde kat situ.

Tahun ini satu cabaran bagi saya bila kena susun jadual imam dan bilal serta program berkaitan. So kali ni saya nak susun supaya aci boleh semua lelaki muslim terlibat untuk menghidupkan Ramadhan samada jadi imam, bilal ataupun dalam tadarus selepas solat tarawih. Harapannya agar kami semua dapat merasakan bahawa tanggungjawab menaikkan nama baik muslim di sini bukan terletak di bahu "AJK Masjid" sahaja tp pada semua muslim yang lain. Serta hubungan silaturrahim sesama kami di sini akan lebih erat di samping proses tarbiyah rohani dapat di lakukan sepanjang bulan Ramadhan di sini.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mohon maaf pada semua yang mengenali kami sekeluarga atas segala salah silap yang samada sengaja atau x sengaja di lakukan.

Wassalam

Saturday 15 August 2009

Cuti2 Jepun dan anak2

(Gambar ketika mandi di Daigenta, Yuzawa)

Cuti musim panas kali ni rasanya banyak juga program yang telah di ikuti. Tapi yang paling bestnya ialah masa yang diluangkan bersama dengan anak isteri. Setelah bertungkus lumus dalam menyiapkan assignment sebelum ini dan Fauzan pun setiap hari bila saya balik ke rumah dia akan tanya "ayah dah habis assignment ke?..". Tak pernah lekang dari mulut dia bila setiap kali saya muncul di pintu rumah. Mungkin dia amat teringin nak main sama2.

Fauzan pun dah semakin besar. Umurnya dah pun 4 tahun lebih. Akalnya pun dah semakin bijak, Fatin pun sama. apa yang abangnya buat, dia pun sama nak ikut buat. Masa-masa bersama anak2 ini memang tidak dapat di beli di mana2 pun. Kekadang ada org kata dan saya pun kekadang ada jg cakap macam ni.."alah..nantilah". Perkataan yang macam ni kalau di cakap pada anak2 sebaya Fauzan dia pastinya akan ingat dan akan tuntut setiap hari. itu sebab bila dia ajak main dan saya pula bagi alasan tunggu assignment semua siap, dia akan tanya setiap hari tu. Apapun untuk para ibu bapa, bila dah janji dgn anak2 cubalah seboleh mungkin untuk tunaikan janji tu. kekadang kita buat janji tu untuk nak "lepaskan diri". tapi bagi anak2 diaorg tetap akan ingat dan tuntut.

Pada kali ni, cuti di beri 1 bulan. Dari awal bulan 8 sehingga hujung bulan. memang kali ni, kebanyakan program di cetus oleh Abg. Sukri. rasanya kalau takde "mastermind" aktiviti ni, silap2 dok main kot dalam nagaoka ni ajelah. Nak jalan jauh2, isteri tgh sarat mengandung. Apapun setakat ni, rasanya perasaan bahagia tu datang sebab dapat masa2 emas bersama dgn keluarga dan seterusnya dapat bermain2 dgn anak2. Fauzan yang selalu dok sebut2 utk pegi main tu rasanya sedikit tertunai. kalau di ikutkan sgt dia ni, memang tetiap hari ajak pegi main di Teku Teku (tempat main yang di sediakan oleh City hall)

Tengoklah, kalau ada masa nanti akan saya letakkan satu persatu program yg telah di jalankan beserta dgn gambar2 nya. apa yang penting kali ni saya cuma nak share kan :

1. Bila buat janji dgn anak2, tunaikanlah.

2. Luangkan masa dgn anak2. Bukan maksudnya terus tinggalkan urusan2 lain.

3. Berlaku adil dgn anak2. Maksudnya, bila kita larang mereka main dalam rumah berilah alternatif untuk mereka. Selalunya kita sering kata "jangan!" dan marah2, tp kita tidak beri option utk mereka, sedangkan pada masa peringkat umur ini memang mereka suka utk bermain.

4. Jangan tangguh dan kata "tunggu, nanti lah" perkara yang sepatutnya kita blh buat segera sebab kita tak pasti pada waktu yg kita kata tunggu tu kita masih hidup atau kita masih mampu buat seperti sekarang. Sebagai contoh mudah, bila kita cakap pada isteri.."nanti abang belikan walker utk anak kita". Pada ketika kita cakap tu, anak kita masih belum boleh berjalan dan baru nak belajar berjalan katakan. Tetapi dgn kesibukan dan buat2 sibuk sebagai tambahan, menyebabkan kita lupa untuk beli. sampai ke sudah, walker kita tak beli dan anak pun dah blh berjalan. Kita nampak memang mende ni kecik je, tp perasaan mereka yang terlibat tu kita tak nampak. Tu hanya contoh aje, tp blh la di fikirkan utk situasi2 yang lain.

Begitu juga kalau kita bagi satu contoh lagi bagi mereka yang asyik mengumpulkan harta. Bila kita sehari-hari asyik dengan mengumpul harta dengan harapan hidup akan menjadi lebih senang. Tp tidakkah kita terfikir, bila kita hanya fikirkan kerja dan kumpulkan harta, bila pula masanya kita nak guna harta yang kita kumpulkan tu.?. Selalunya bagi org2 keje ngan kerajaan kita akan pencen pada umur 58 tahun. Itupun kalau masih hidup. Tapi pada masa tu kalau nak pegi main di Disneyland pun takkan sama ketika kita pegi masa umur 28 tahun. Begitu juga kalau nak pergi buat haji, kalau dah mampu ketika usia muda kenapa nak pergi pada usia tua? Ketika usia tua, takut nanti banyak ibadah yang tak larat kita nak buat pulak. So kalau dah mampu, tak perlu la tangguh!. Pergi la buat fardhu haji segera.

Wassalam

Wednesday 5 August 2009

baru sahaja selesai





Selepas agak sekian lama tidak mengemaskini blog ni, barulah sekarang ada masa untuk mengisi ruangan ini. Bukan sebab malas, tetapi kekadang tu idea untuk menulis tak berapa nak keluar. Kalau di ikutkan memang banyak perkara yang nak ditulis, tetapi bila idea byk, masa tu la due date assignment mengejar. So terpaksa la tumpukan pada assignment dulu.

Dalam seminggu ni suasana di Nagaoka terasa seolah sunyi sebab summer vacation dah pun bermula dan adik2 undergrad balik ke kampung halaman di Malaysia sebab cuti di beri selama sebulan ni di tambah pula dengan harga tiket MAS yang murah memang seperti orang mengantuk di sorong bantal. Tapi bagi saya, walaupun harga tiket murah dan cuti, sebenarnya tak berapa menarik saya untuk balik lagi. Awal bulan 9 nanti dah nak kena present paper diluar, so yang tu pun perlu di beri perhatian. Apapun di sebabkan dah 2 minggu saya asyik mengadap assignment dan tugasan study yang lain di lab, jadi bila dah semua report dah hantar ni saya nak rai sikit family. Jadi untuk seminggu dua ni insyaAllah masa akan lebih di tumpu pada keluarga.

Apapun pada dan 3 hb baru ni Nagaoka City mengadakan Hanabi Taikai (persembahan bunga api). Memang grand sungguh!. Bermula dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam. 2 jam yang penuh dengan warna warni. Cumanya pada malam pertama, kami yang pergi tgk hanabi ni di beri "rahmat?peringatan?" dgn turunnya hujan yang lebat. tak kira kecil besar, tua muda semua lenjun. Yang bawa payung pun lenjun juga sebab org teramat ramai bersesak2 dalam hujan. Memang pada kebiasaannya bila program hanabi ni bukan setakat orang tempatan je yang akan memenuhi ruang, malah blh di katakan dari negeri2 bersebelahan pun ada yang datang. Memang penuh la setiap ruang di Nagaoka ni dgn kereta2 plat luar.

Tapi dalam keseronokan melihat hanabi tu, sepatutnya ada beberapa pengajaran yang perlu atau blh di ambil. Antara yang dapat saya fikirkan ialah, perbezaan dari segi pelaksanaannya. Kalau di Malaysia, polis2 kita ramai yang terlibat dgn "membanteras" perhimpunan "haram?"tapi di sini, mereka memerhati kebajikan org tua, wanita dan kanak2 utk sama2 menyaksikan hanabi tu. Walaupun menjaga zebra crossing yang hanya 3 meter, tp mereka ni begitu sabar melaksanakan tugas. Rasanya dah memang itu SOP polis kot, tak kira la kat mana pun.

Pengajaran yang kedua ialah berkenaan persediaan dan pelaksanaannya. Bukan sikit jalan yang jem, tp bila masing2 memainkan peranaan, semuanya berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan sesiapa yang masih belum biasa dgn cara di sini, tempat atau port untuk nak tengok hanabi memang di sediakan oleh pihak PBT. Cumanya ia pada basis first come first serve. Sebab itu ramai yang terpaksa tunggu seawal pagi tu untuk beratur dan cop tempat. Lepas tu pulak kena bergilir jaga tempat tu takut nanti di ambil orang. Bukan senang nak dapatkan spot yang best utk nak tgk hanabi tu.! terima kasih pada adik2 undergrad yang bersusah payah untuk mende ni.

Masa pertunjukan hanabi tu pula pada saya amat sesuai. Bermula pada jam 7.30malam dan pada masa ni, waktu solat fardhu Maghrib masuk pada jam 6.55petang. Jadi sepatutnya memberi ruang masa yang cukup untk menunaikan solat maghrib dulu sebelum ke sana. Harapan saya takde la di kalangan org Islam yang mengabaikan waktu solat ini semata2 nak tgk hanabi yang cuma 2 jam tu. Dari segi pakaian untuk ke sana memangla tiada etika pakaian tertentu, tp kebanyakannya memakai pakaian kebudayaan jepun (Yukata), tetapi ada juga yang saya perhatikan anak melayu Islam kita yang datang ke tempat macam ni dengan memakai seluar pendek!. tudung kepala tu toksah citer la kalau dah seluar pendek yang di pakai. Bukan takde org tegur, tp entahlah...kata sesetengah diorang "hidayah tak sampai lagi!".

Dalam 2-3 minggu kebelakangan ni, rakan2 Madina (Malaysia di Nagaoka) berbincang pasal aurat dan hukum2 berkaitan dalam yahoo group. Actually banyak lagi persoalan2 yang dibincang dalam yahoo group tu. tapi kami ambik setakat ilmu yang ada je, sebab nak hurai panjang2 takut nanti silap pulak. Dalam siri kuliah maghrib di surau pun, kami berbincang mengenai persoalan2 semasa dan persoalan bidaah berpandukan pada buku. kaedah nya mudah aje, setiap persoalan yang tidak dapat di hurai akan di tanya pada mana2 ustaz di malaysia. Dan satu lagi sumber yang menjadi rujukan ialah www.zaharuddin.net

Sekarang baru tau kepentingan belajar bersungguh2 di sekolah agama dulu. Masa dok kat sekolah dulu dok main2! Sekarang, bila dah terdesak macam ni baru tau. Jadi kepada sesiapa yang bercadang untuk sambung belajar atau kerja di luar negeri, paling2 tidak bawa la buku2 agama sebagai rujukan ketika kita menghadapi persoalan2 yang tidak mampu kita jawab sendiri. Bila dah baca buku, tetap juga kena rujuk org yang lebih arif, takut nanti kita buat tafsiran sendiri yang silap. Kekadang saya terfikir, kursus BTN yang di wajibkan pada semua bakal pelajar luar negeri tu patutnya di adakan slot2 agama bagi memantapkan aqidah dan pengetahuan feqah. Jadi takdelah orang yang kalau di Malaysia pakai tudung, tp di luar negara buka tudung konon2 sebab nak ikut fesyen. Tak sedar tu fesyen nak masuk neraka!. Kalau selalu pakai seluar panjang (bagi lelaki) tp di luar negara pakai seluar pendek, kononnya sebab panas. (Macamlah di Malaysia tak panas!).

Bagi sesapa yang ada otoriti dengan kursus BTN tu, cubalah bagi pendapat pada diorang utk isi slot macam ni. Takdelah semua slot citer pasal politik aje.

Wassalam.

Tuesday 14 July 2009

Sibuk Tahap Gaban!!


(Cerita bersiri kanak-kanak yang saya gemari ketika umur saya 6 tahun. Pada tahun lepas TV Jepun ada menyiarkan temubual hero siri ini yang sudahpun mencecah umurnya 52 tahun )
"Aku sibuk tahap gaban sehari dua ni!!! " itu hanya salah satu ungkapan biasa yang kita dengar. Ada yang sibuk macam Ultraman dan pelbagai jenis karakter sibuk lagi. Apa signifikannya ungkapan sibuk dengan "hero" pujaan kanak2 ini?. Jawapannya mudah, hero2 ini tidak ada masa rehat langsung!. Setiap siri yang di tonton pastinya ada adegan berlawan dengan orang jahat atau makhluk jahat. Maka sebab itu hero2 ini tidak ada langsung masa rehat. Sibuk sampai sudah.

Kalau itulah situasi sibuknya, memang kita sebagai manusia biasa ini (bukan Gaban, Power Rangers, Ultraman dsb) tak berkesudahanlah sibuk jenis ini. Begitu jugalah kalau kita hanya meletakkan tujuan dunia sahaja untuk hidup, maka kita akan sibuk sampai mati.

Berikut adalah sumber dalil naqli yang berkenaan:

(Sahih Bukhari) Volume 8, Book 76, Number 429: Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying, "The heart of an old man remains young in two respects, i.e., his love for the world , amusements and luxuries) and his incessant hope."

Ada juga yang saya dengar dari kuliah2 (x jumpa matan hadisnya lagi). Manusia ini bila di beri satu lembah emas, dia akan mahukan lembah emas yang kedua.

Kemudian dalam ceramah Ustaz Ismail Kamus selalu di sebut. Manusia ini kalau ada RM2000, mesti di fikirnya macammana nak jadikan nya RM4000. Kalau ada 2 juta, mesti di fikirnya macammana nak jadikan 4 juta. Begitulah seterusnya. Dengan erti kata lain, manusia tidak akan berhenti untuk mencari harta kerana nafsu sentiasa mahukan harta untuk memuaskan nafsu itu.

Apa yang ingin saya sampai di sini ialah, kiranya kita meletakkan matlamat hidup kita hanya untuk mendapatkan habuan dunia..hati kita tidak akan puas. Selama mana kita hidup, selagi itulah kita akan terus menerus bekerja untuk mendapatkan habuan tersebut. Dengan kata lainnya.."Kerja ni (kerja mencari habuan dunia) sampai mati pun tak habis". Masalahnya, setelah kita bekerja bersusah payah sampai umur tua, bila pula masanya kita nak merasa semua kemewahan yang kita kumpul itu?. Itupun nasib baik juga sempat tua, kalau mati awal...lagilah rugi.

Orang selalu berusaha, bekerja bersusah payah untuk sesuatu yang akan dia tinggalkan (hartanya) tapi tak bekerja bersungguh2 untuk sesuatu yang dia nak bawa ke dalam kubur (amalan baik).

Wassalam

Monday 13 July 2009

Jadual dan kesibukan


(Si kecil ini turut hadir pada sesi kuliah agama di Masjid Niigata, Sabtu lepas).

Perkataan "sibuk" seringkali menjadi alasan bilamana kita bertemu dengan rakan2 yang sudah lama tidak kelihatan. Samada sibuk dengan study, kerja, rumah tangga, bisnes, appoitment dan pelbagai jenis sibuk yang lain. Secara tidak sedar, sebenarnya kita sedikit sebanyak sedang di "tarik" ke arah pengurusan masa yang kurang efisien.

Bukanlah saya seorang yang mahir untuk berbicara mengenai pengurusan masa. Diri yang kerdil ini juga sedang belajar untuk menjadi muslim yang pandai menguruskan diri sendiri dengan masa yang Allah peruntukkan. Suka saya ingatkan di sini bahawa, semua manusia diperuntukkan masa yang sama setiap hari, iaitu 24jam. Tetapi kerja buat manusia lah yang menjadikan seseorang itu "sibuk" atau tidak.

Kalau dalam konteks menjaga perut atau lebih sesuai mungkin di katakan sebagai tabiat makan, ada sumber yang saya kutip dari pengajian di surau2 bahawa 1/3 perut untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk sedikit ruang udara. Itu pembahagian yang kalau di jaga insyaAllah selamat kita dari bahana banyaknya makan. Seperti yang kita maklum, banyak penyakit yang berpunca dari perut.

Bagaimana pula dengan waktu.? Allah menjadikan dan memberikan 24jam yang sama kepada semua manusia. Oleh sebab itu kita tidak membuat pengurusan masa, tetapi yang lebih sesuai disebut ialah pengurusan diri untuk adapt dengan masa yang telah Allah berikan. Bagi mereka yang gagal untuk merancang, maka mereka telah merancang untuk gagal!. Itu satu ungkapan yang seringkali kita dengar. Dalam usaha mengurus diri dalam konteks ini, ISLAM sebagai satu cara hidup telah pun memberi tunjuk ajar di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang maksudnya. "Sesungguhnya solat itu ke atas org mukmin adalah wajib dan mengikut waktu2nya."

Jelas disini, bagi mereka yang melaksanakan solat dengan baik dan pada awal waktu, dia pasti dapat mengurus diri sendiri mengikut waktu. Walau di bumi mana pun dia berada. Kalau di perhatikan, waktu solat di sesuatu negara memang berbeza. Sesuai dengan keadaan berputarnya bumi mengelilingi matahari. Malah di sesebuah negara yang mempunyai 4 musim, perbezaan waktu solat amat berbeza. Suatu ketika kita boleh menikmati waktu subuh selewat jam 5 pagi, namun pada ketika yang lain waktu subuhnya seawal 2.30 pagi. Kiranya kita katakan subuh pada jam 2.30 pagi itu terlalu awal, tidakkah kita terfikir bahawa pada jam 5 pagi matahari sudahpun menerangi bumi seolah jam 9 pagi kalau kita di Malaysia. Itulah kehebatan ciptaan Allah. Di sebabkan itu, seseorang muslim tidak akan terlepas dari melaksanakan tanggungjawab kita yang lain disebabkan masa yang telah Allah kurniakan dan "rules" yang perlu kita ikut iaitu menunaikan solat. Maka di sini solat sebagai satu cara untuk kita lebih cermat mengurus diri.

Selalunya apa yang berlaku, atas status atau jawatan apa pun kita, kita jarang menyusun jadual kita mengikut priority (keutamaan) yang sebenar. Kiranya kita seorang yang berjawatan tinggi dan berkuasa untuk menyusun jadual, susunlah ia bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh syarak. Janganlah sampai waktu untuk solat pun di kesampingkan seolah2 solat itu langsung tidak penting dalam kehidupan seharian. Kalau masa untuk makan kita blh peruntukkan sehingga 1 jam, berilah sedikit masa utk rohani kita mendapatkan makanannya.

Kalau kita seorang pelajar, jadual waktu kuliah sememangnya bukan kita yang susun. Tetapi dalam keadaan2 tertentu, kita mampu untuk "arrange" agar kita mampu untuk memenuhi tuntutan solat ke atas setiap dari kita. Cuma kekadang kita lebih gemar mencari alasan untuk berkata "TIDAK BOLEH" untuk solat berbanding boleh. Di sinilah kelemahan kita.

Tepuk dada, tanya iman. Carilah alasan untuk sentiasa berkata boleh untuk menjalankan tuntutan2 syarak ke atas kita.

Wassalam

Wednesday 1 July 2009

Selasa..perjalanan ke Niigata






Pagi Selasa tu, mek awal pagi lagi bangun dan buat kuih karipap. Sehari sebelum tu lagi saya dah bagitau yang kami semua akan ke Niigata Airport untuk nak extend visa Fatin Najwa. Sengaja nak keluar awal pagi sebab rancangannya nak berhenti sarapan di tepi laut on the way ke Niigata Airport tu.

Pukul 6 pagi lagi dah keluar. Biasanya perjalanan ke Niigata sejauh 76km tu hanya 2 jam kalau lalu jalan bawah. kalau naik hiway dalam 45minit je. Memandangkan saya nak mek dan ayah menikmati pemandangan Nagaoka dan sepanjang perjalanannya, lebih baik lalu jalan bawah. Start aje enjin kereta, navi pun di set. Bila dah pegi sikit sampai ke tengah pekan, terasa macam jalan yg ditunjukkan tu tak mengarah ke laluan tepi laut. Untuk mengelakkan sesat yang lebih parah, saya set balik navi. Kali ni ikut jalan tengah pekan, federal hiway. Kira ok jugalah. Blh mek dan ayah tgk pemandangan juga, walaupun bukan pemandangan tepi laut.

Kami sampai di Niigata tersangat awal. Pejabat imigresen buka pukul 9 pagi. Waktu masa tu baru 7.30 pagi. Jadi saya set balik navi untuk pegi ke taman berdekatan dengan airport. Rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Sampai aje di taman tu, kami pergi ke bangku yang disediakan untuk bersarapan. Ayah pulak sibuk mencari buah Nenas batu. Mek dan ayah kata, nanas batu ni sesuai untuk di buat ubat buasir, saluran peranakan dan sebagainya. Jadi ayah pun kutip buah tu sampai muat 2 plastik beg la. Di Malaysia ayah kata payah nak jumpa buah tu. Bila dah selesai kutip tu baru ayah menjamah kuih yang di bawa.

(ayah baru nak start makan karipap yang mek buat)

(ayah masih dok tengok2 pokok yang ada nanas batu tu..:D)

(Dua beradik ni cukup seronok berjalan dengan opah dan tok an)

Lepas dah sejam dok di taman tu, kami pun menuju ke Narita Airport untuk urusan extend visa tu. Urusan di airport tak lama. Sistem di Jepun ni cukup mudah. Memang masa mula2 dulu dok merungut juga sebab nak macam2 dokumen. Kekadang yang tak lojik pun ada. Tapi sekarang ni, bila nak berurusan dengan jabatan kerajaan Jepun rasa cukup mudah. Asal cukup semua dokumen yang di minta, urusan tak sampai pun 5 minit. Kita tak berapa mahir berbahasa Jepun pun takde masalah.


On the way balik tu, saya cuba cari kedai makan Pakistan. Saja nak bagi mek dan ayah try dan nak tunjukkan tak susah nak cari makanan halal di Niigata ni. walaupun tak banyak kedai yang menyediakan makanan halal, tp tidak lah sampai takde langsung. Tapi..jenuh juga la pusing satu bandar tu untuk nak cari kedai tu. Nak set di navi pun tak tau. Selalu bila letak nombor telefon navi akan tolong carikan. Kali ni letak nombor pun entah ke mana2 la di tunjuknya. Sampaikan bila dah 3 nombor telefon di masukkan pun masih tak betul. Hampir 50km la berjalan pusing bandar Niigata tu. akhirnya cakap pada mek dan ayah, kalau kita tak jumpa juga yang terakhir ni, kita balik terus ajelah. Allah tu Maha Kuasa, waktu saya dah hampir putus asa untuk nak cari kedai tu, ternampak kedai tu di hujung simpang. Alhamdulillah. Setelah hampir sejam pusing2 dapat juga ke kedai tu.

(Mek dan ayah sedang menikmati roti nan, nasi briyani dan kari di kedai makanan Pakistan, Nile)

Mek cukup suka la roti nan tu sehinggakan sampai hari nak balik ke Malaysia tu pun dok sebut2 lagi yang roti nan tu sangat sedap. InsyaAllah mek kalau ada rezeki panjang umur, nanti De bawa lagi mek ke kedai yang ada jual roti nan.

Kami sampai di rumah dalam pukul 2 petang. so sempat la solat zohor di rumah. Petang tu, lepas solat asr dalam pukul 4.30, macam biasa bawa mek dan ayah pusing2 pekan Nagaoka ni. Tempat utama yang dituju ialah kedai barang2 2nd hand.

Wassalam.

Sunday 28 June 2009

Jadual mek dan ayah..

Pada hari kedua, kebetulan hari tu saya ada kelas. Mek dan ayah, tetap macam biasa, saya ada kelas ke takde kelas ke, mek dan ayah tetap bangun awal. Dari kecil lagi sehinggalah sekarang, mek dan ayah tak pernah bangun lewat pada anak2. Sepanjang hidup saya tak pernah sekali pun saya bangun awal pada mereka. Kalau masa kecik dulu, , bila bangun aje sarapan semua dah siap. Paling awal saya bangun dulu pun bila mek bagi salam ketika habis solat subuh. Ayah memang rutinnya ke surau. Subhanallah, rasa malu pada mereka pun ada bila memikirkan hal ni. Masih belum mampu nak ikut jejak yg satu tu. Usaha dan akan terus berusaha insyaAllah.
(De berdoa agar De mampu didik anak2 seperti mana mek dan ayah didik kami.)

Apapun, pada pagi Isnin tu lepas solat Subuh mek cuba nak siapkan sarapan. Mungkin sebab dah biasa, so rutin ni tetap nak di teruskan walaupun dok di Jepun. Tu yang kami makin segan sebab mek dah nak start memasak sedangkan kami baru nak bangun. So rutin tidur lepas subuh tu tidak lagi di amalkan sepanjang mek dan ayah ada di sini. Selepas bersarapan, saya bersiap ke sekolah sambil memesan, "..petang nanti bila De balik kita gi jalan ye..." So, saya cium tangan mek dan ayah sebelum ke sekolah, lepas tu isteri dan anak2. Bila dok dalam kereta sambil tunggu enjin panas, terasa air mata bergenang. Teringat masa kecik2 dulu bila selalu cium tangan mek dan ayah sebelum pegi sekolah. Rasa bersyukur sebab sampai sekarang saya masih mampu mencium tangan ibu dan ayah!. Terima kasih mek..terima kasih ayah....! Syukur kepada Allah sebab kurniakan pada saya ibubapa macam mek dan ayah!. De jadi seperti mana De sekarang.

Selesai kelas jam 2.30petang, pergi lab sekejap. Kebetulan minggu tu ada assignment yang perlu di hantar. Solat asar lebih kurang 3.30ptg kemudian baru bertolak balik. Sampai rumah dalam pukul 4 petang. Terus ajak mek dan ayah keluar berjalan round2 Nagaoka. Dari pukul 4.30 tu round2 sampai pukul 5.30ptg. Naik supermarket turun supermarket, masuk kedai keluar kedai. Itu ajelah di Nagaoka. :D

Jadual aktiviti mek dan ayah hari Selasa...perjalanan ke Niigata.