Wednesday 23 September 2009

Muslimnya ramai...tapi....

Pada hari ini tiada open house di buat sebab kelas dah mula balik. Tapi nanti hari Sabtu ada lagi sambungannya. Mungkin kali ni grand sikit kot sebab di kongsi oleh lebih 5 family, buat pula di kaikan. Tapi bukan itu yang nak di jadikan topik perbincangan pada kali ni, cuma ia sebagai pembuka bicara dan nak inform bahawa penduduk muslim nagaoka ni memang ramai sehinggakan buat open house aje lebih dari 5 hari. kat Malaysia pun rasanya tak semeriah ini bagi sesetengah tempat.

Pada hari raya pertama, saya berpeluang untuk beramah mesra dengan muslim dari negara2 lain. Bila berkumpul atas nama agama ni memang jumlah tu akan bertambah berbanding kalau berkumpul atas nama sesuatu bangsa. Jadi ambil la kesempatan untuk nak berkenal-kenalan. kalau sebelum ini, nampak pun hanya kelibat aje. Tapi kali ni bertegur sapa dan sembang2. Bila dah berkenal-kenalan tu, barulah tau yang ada di antara mereka ini sudahpun menetap di Jepun lebih dari 8 tahun, 9 malah 10 tahun setelah mereka berkahwin dengan lelaki Jepun. Dari segi jumlah muslimnya memang nampak ramai, tp AJK masjid perlu buat kerja extra sikit nampaknya. .....sebab....

Kebanyakan muslimat dari Indonesia berkahwin dengan lelaki Jepun sedang mereka tidak muslim. Statusnya bagaimana?. Saya sendiri pun tak pandai nak jawab. Anak-anak mereka pula bagaimana?. Islam ke, budha ke, kristian ke?. Saya pun tak tau. Tapi bila buat majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya, mereka datang bersama anak2 sedang si suami tak tahu ke mana pergi nya walaupun hari raya baru ni jatuh pada hari cuti. Bila melihat keadaan ini, saya dan beberapa AJK lain cuba2 mengintai peluang untuk terus rapat dengan mereka dan cuba untuk panggil mereka dan anak2 untuk join program2 anjuran kami. Dengan harapan, bila hubungan jadi makin erat, maka mudah untuk nak ajak mereka datang ke majlis2 ilmu yang di susun.

Suatu masa dulu (awal tahun ini), Pak Nana dan Pak Taslim dari Indonesia datang ke sini. Mereka bukan sahaja menyumbangkan idea untuk penubuhan masjid Nagaoka, tetapi juga ilmu dan pengalaman masing2 dalam mengembangkan agama Islam. Pak Nana begitu menonjol dalam perkongsian ini, beliau begitu istiqamah seringkali memberi nasihat pada kami berkaitan agama dan dakwah. Bukan sahaja hadir pada setiap kali mesyuarat untuk masjid, tetapi menjadi pencetus untuk mesyuarat tersebut walaupun mereka hanya datang ke sini untuk 3 bulan.

Untuk Ramadhan ini pula, seorang lagi tetamu bernama Nizar yang datang dari Amerika Syarikat untuk latihan syarikatnya selama sebulan. tetapi beliau ini hanya sempat bersama ketika hujung minggu sahaja kerana tinggal agak jauh dari Gidai dan tidak berkenderaan pula. Beliau juga ada memberi beberapa pandangan yang cukup baik berkenaan dengan perkembangan dakwah Islam di Nagaoka ini. Antaranya;

i. Kelas pengajian Al-Quran dan fekah untuk muslimat
ii. Kelas pengajian hujung minggu untuk kanak2 yang lebih tersusun. Siap dengan silibus dan buku yang khas untuk digunakan ketika pembelajaran
iii. Kenakan caj pada kelas yang di anjurkan agar ibu bapa tidak dengan mudah escape dari hadir ke kelas.

Itulah harapan saya dan AJK lain juga ketika mula2 mesyuarat untuk masjid ini dahulu. Saya telah pun mulakan dengan kelas pengajian IQRA untuk anak2. Kerana pada ketika itu bunyi macam ramai yang mahukan kelas itu di adakan. tetapi akhirnya sekarang hanya tinggal 3 org sahaja anak2 yang di hantar ke kelas tersebut. Ni baru di kalangan org Malaysia yang duduk hampir dengan Gidai, yang sama2 meeting dan gesa untuk adakan kelas IQRA, ustaznya pun org Malaysia. kalau nak panggil org Indonesia yg tinggal lebih jauh dari Gidai. apa motivasi untuk mereka datang. ? berbanding baito yang diorang buat dapat duit lagi. Orang malaysia sendiri pun tak nampak macam perlukan kelas ini. Mungkin sebab ibu bapa org malaysia blh ajar anak2 mereka sendiri. Tak kisahlah. Bagi saya, sebagai org yang di pertanggungjawabkan saya perlu sediakan kelas ini. Bukan itu sahaja, kuliah ilmu untuk ibu bapa juga perlu saya sediakan. Sebagai santapan rohani pengimbang untuk hidup bahagia di akhirat insyaAllah.

Berkenaan mengenakan caj tu pun saya tak pasti nak laksanakan atau tidak. Perlu mesyuarat balik. Mungkin persepsi org berbeza berkenaan caj ni. Kekadang memang perlu juga letakkan caj untuk elakkan org dari anggap "sesuatu yang percuma atau murah, pastinya tidak berkualiti".

Sediakan silibus?. Pada saya buku IQRA pun dah bersilibus. Ada dari buku 1-6. Entahlah..banyak perkara yang perlu di fikirkan untuk pembangunan dakwah Islam dan Muslim di Nagaoka ni. Inilah antara perjuangan saya yang masih belum selesai!! Ya Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat. Bantulah kami Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin.

Wassalam.

No comments: