Sunday 25 January 2009

Menempuh alam pengajian

Ingin kembali menulis di sini. Selalunya selepas aje solat subuh setiap hari aku akan mengadap laptop ni sampai Fauzan bangun. Tak selalu dapat lama2 depan laptop ni sebba Fauzan ni bangun awal. Memang sejak dari kecil lagi dia bangun awal. Yelah..sekarang pun dia tak besar mana, tp maksud aku dari tak blh berjalan, sehinggalah sekarang nak kejar pun dah tak mampu sebab lari laju sgt. Umur baru nak masuk 4 tahun!.

Rutin setiap pagi yang seperti ini kekadang membawa bosan bila berita2 dalam akhbar harian di Malaysia yang di baca tiada yang menarik. Dengan setiap hari melihat berita dari negara tercinta penuh dengan masalah. Dan yang terbaru aku baca..."Mat Rempit kepala angin" yang memaparkan mat rempit sekarang berbangga bila sambil merempit, melakukan sex atas motor!. Sungguh sesuatu yg menjijikkan. Bila manusia bertindak tidak dengan menggunakan akal dan panduan agama, maka benarlah seperti apa yang termaktub di dalam Al-Quran, manusia akan jadi lebih teruk dari binatang.

Kembali pada tajuk kali ini, sudah hampir 5 bulan aku di Nagaoka ni utk sesi pengajian Master ni. Walaupun sebelum ini dah setahun belajar bahasa jepun di ABK, namun masih belum mampu bercakap jepun sepetah adik2 Undergrad. Entahlah di mana silapnya. Latih tubi yg di beri semasa di ABK dulu memang banyak, tp mungkin ia lebih kepada kemahiran menulis dan mengingat. Aku hanya "bercakap" Jepun bila dalam semester kedua di ABK bilamana kami ditempatkan dalam kelas yang majoritinya org Taiwan. Diorang yang datang ke sini dengan duit sendiri dan kebanyakan mereka ni tak mahir berbahasa Inggeris. Jadi tidak dapat tidak masing2 kenalah bercakap dalam bahasa Jepun.

Aku kira 4 bulan bersama diorang tu la yg membuatkan aku sedikit sebanyak berani utk bercakap dalam bahasa jepun. Dan sekarang, nak kata petah sangat tu takdelah, tp kalau nak pegi City Hall atau bank sorang-sorang tu kira lepas la jugak. Kekadang kita perlukan keadaan "terpaksa" ni utk memaksa kita bercakap atau praktis apa yang telah kita pelajari!.

Di peringkat Master di Nagaoka University of Technology ni, setiap minggu ada "zemi" (perkataan bahasa Inggeris yg di pinjam dari "Seminar"). Actually ia adalah presentation utk progress report setiap pelajar. Ada lab yang buat setiap minggu, ada yang setiap bulan. Macam lab aku ni, aku kena present progress report setiap bulan. Kira ikut turn la. Setiap kali zemi, 2 org student akan present. Berbalik kepada masalah bahasa jepun ni, walaupun aku dah setahun belajar bahasa jepun tapi bila kengkawan lab present ternganga juga la di buatnya. Diorang baca je apa yang diorang buat. Dah la perkataan tu "senmon no kotoba" bukan perkataan untuk kegunaan harian, lagila lambat aku nak cari translationnya. Kengkadang aku buat tak kisah je apa yang diorang present tu sebab aku sibuk mencari makna setiap perkataan yang diorang dah tulis dalam papar presentation tu.

Setiap minggu 5 hari aku di lab, masa terpulang. Bila nak pegi, bila nak balik ikut suka. Kalau lab lain, ada yang "kibishi". Masuk pukul 8 pagi, balik 8 malam. Nasib baik jugak aku tak masuk lab macam tu. Sensei aku ni kira "yasashii" jugak la. Student tak datang lab pun dia tak pernah kata apa. Tak taulah kalau dia "kata" dalam bentuk result..he heh..Tapi ini hanya berlaku bila takde kelas. Kalau musim ada kelas, masa kena ikut waktu kelas la. Waktu senggang antara kelas je yg blh duduk dalam lab ni.

Tuesday 13 January 2009

Salji...di Echigo Hillside Park










Salam.....hari Isnin lepas kitorg gi main salji kat echigo park...family Abg Syukri, family Sufian, family Jais....kebetulan pulak hari tu cuti umum kat Jepun ni....hhmmm cuti bagi meraikan remaja yang melangkau masuk umur 20 tahun...Jepun ni setakat yang diperhatikan la, cuti meraikan upacara keagamaan tak banyak. Kebanyakkannya cuti yg lebih kepada adat. Tu sebab diorang ni "sembahyang" hanya pada tahun baru. Oklah nak citer ckit...cuti untuk golongan muda yg berumur 20thn tu....sebenarnya..lepas je umur remaja Jepun yg genap 20thn ni...baru "dpt lesen" utk minum arak dan merokok. Itulah bezanya antara agama dan adat.

Kalau di Malaysia, budak darjah 1..dah ada dah hisap rokok. Di mana silapnya, sama2 lah fikirkan. Di sini kalau nak beli rokok, memang dia takkan jual utk 20 thn ke bawah kemudian ada mesin jual rokok macam mesin beli air automatik tu. Utk beli rokok dari mesin tu, selain kena masukkan duit utk harga rokok tu, pembeli juga kena masukkan "kad ahli" atau kad yg mengesahkan mereka ini sudahpun 20 tahun. Dengan kata lain, utk mendapatkan kad ni, diorang kena mendaftar. Dan cara ini nampaknya memang berkesan. Bukannya kata takde langsung remaja bawah umur ni merokok, tp xdelah berleluasa sangat....

ops!..citer pasal main salji pulak ye....hari tu memg lebat betul turun salji...ribut saljilah...sejuk tu..xpayah nk cakaplah...memang sejuk giler...ngan angin salji turun kuat...fuh... kami ni cepat2 cari tempat berteduh...terus masuk tempat permainan untuk anak2...bangunan yg dikhaskan utk indoor game utk kanak2. Fauzan apa lagi...terus buka baju sejuk dia..terus gi main...Kalau ikutkan Fauzan memang x nak berhenti main kat dalam tu, tp abang ajak Fauzan gi main salji kat luar pulak...hhmmm ibu ngan Fatin Najwa...kita duk kat dalam je....ye...tapi ku bawa juga Fatin Najwa keluar tengok ayah ngan Fauzan main salji...bestnya....tapi kejap je..sebab...angin salji kuat...sampai sakit matalah..ramai betul org main salji...siap ada kelengkapan baju ngan ski lagi tu...dahsyat betul org Jepun ni....depa siap bawa anak2 main...memang Echigo Hillside Park ni di khaskan utk family pun. Setakat di perati ni, banyak tempat2 main di Jepun ni diorg akan buat sesuai utk family main sama. seronok betul kami tengok..yelah...kita ni baru dapat tengok salji turun depan mata......ihihihhi.YA ALLAH...cantik sungguh ciptaan Mu...

Bagi sesiapa yang rasa nak pegi ke tempat ni, di bawah ada alamatnya;

Echigo Hillside National Government Park
1921-2 Nakayama, Higashikata-machi, Miyamoto
Phone no : 0258-47-8001

Monday 5 January 2009

Party lab abang...








Assalamualaikum, dah masuk tahun baru ye...hhmmmm oklah kita sama2lah tanamkan azam baru...insyaALLAH buat yg terbaik untuk tahun 2009, ni nak citer sikit pasal party lab abang..kat kedai makanan seafood... cantik sangat dalam kedai tu..kitorang apa lagi bergambar lah sekejap sebelum kengkawan lab abang sampai...kawan2 kata kat Jepun ni memang selalu depa buat party akhir tahun (bonenkai)...memang tiap tahun ada..kami ni kali pertamalah join...abang bawalah kami...hehhehehhe..ingat best dan kenyanglah...yelah bayaran seorang dalam 4500yen..anak2 free lah..mahal tu...tapi nk join punya pasal..kami ikutlah...makanan nya...seafoodlah..tapi yg mahal nya sebab ada "minum" untuk kengkawan Jepun nagn prof abanglah. Memang depa minum betul...takut betul aku tengok..sampai merah muka nya...hihihihi masa aku tengok depa tu...abang cuit aku...abang kata jangan tengok org jepun macam tu..sebab depa x suka klu kita tengok dia...kira tu pantang jugalah cara org Jepun ni.
masa kami kat kedai tu..tengah ribut salji kat luar...memang takut lah tengok....prof abang kata ni...biasa..nanti bulan 1 lagi kuat ribut nya..fuh!....subhanalallah..hebat betul kejadian ALLAH..., aku ingat makan kat kedai ni kira kenyanglah...rupa2 nya makanan nya ala kadar je...kami order air buah-buahan je banyak...nk bagi kenyanglah...hhmmm sampai je rumah...Fauzan ngan aku cari makanan lain jg kat rumah hihhihiihi...tapi satu yg nampak bagus nya prof abang...dialah yg arah kan..org Islam yg tak boleh makan certain makanan yang di order, duduk kat tempat yg telah dikhaskan makanannya...bagus betul prof abang tu...dia hormat betul orang lain ni. Bukan setakat tu aje, sebelum ni pun abang pernah citer yang Prof ni masa nak buat program pegi Onsen (kolam air panas tempat berendam) dia siap pesan kat anak muridnya yg jadi organizer, Orang Islam ni takleh nak tunjukkan aurat. So diorang xleh la nak pegi program macam ni. Kalau ikutkan memanglah apa2 program lab ni nakkan semua ahli lab hadir.

...oklah setakat ni dulu ye...