Tuesday 14 July 2009

Sibuk Tahap Gaban!!


(Cerita bersiri kanak-kanak yang saya gemari ketika umur saya 6 tahun. Pada tahun lepas TV Jepun ada menyiarkan temubual hero siri ini yang sudahpun mencecah umurnya 52 tahun )
"Aku sibuk tahap gaban sehari dua ni!!! " itu hanya salah satu ungkapan biasa yang kita dengar. Ada yang sibuk macam Ultraman dan pelbagai jenis karakter sibuk lagi. Apa signifikannya ungkapan sibuk dengan "hero" pujaan kanak2 ini?. Jawapannya mudah, hero2 ini tidak ada masa rehat langsung!. Setiap siri yang di tonton pastinya ada adegan berlawan dengan orang jahat atau makhluk jahat. Maka sebab itu hero2 ini tidak ada langsung masa rehat. Sibuk sampai sudah.

Kalau itulah situasi sibuknya, memang kita sebagai manusia biasa ini (bukan Gaban, Power Rangers, Ultraman dsb) tak berkesudahanlah sibuk jenis ini. Begitu jugalah kalau kita hanya meletakkan tujuan dunia sahaja untuk hidup, maka kita akan sibuk sampai mati.

Berikut adalah sumber dalil naqli yang berkenaan:

(Sahih Bukhari) Volume 8, Book 76, Number 429: Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying, "The heart of an old man remains young in two respects, i.e., his love for the world , amusements and luxuries) and his incessant hope."

Ada juga yang saya dengar dari kuliah2 (x jumpa matan hadisnya lagi). Manusia ini bila di beri satu lembah emas, dia akan mahukan lembah emas yang kedua.

Kemudian dalam ceramah Ustaz Ismail Kamus selalu di sebut. Manusia ini kalau ada RM2000, mesti di fikirnya macammana nak jadikan nya RM4000. Kalau ada 2 juta, mesti di fikirnya macammana nak jadikan 4 juta. Begitulah seterusnya. Dengan erti kata lain, manusia tidak akan berhenti untuk mencari harta kerana nafsu sentiasa mahukan harta untuk memuaskan nafsu itu.

Apa yang ingin saya sampai di sini ialah, kiranya kita meletakkan matlamat hidup kita hanya untuk mendapatkan habuan dunia..hati kita tidak akan puas. Selama mana kita hidup, selagi itulah kita akan terus menerus bekerja untuk mendapatkan habuan tersebut. Dengan kata lainnya.."Kerja ni (kerja mencari habuan dunia) sampai mati pun tak habis". Masalahnya, setelah kita bekerja bersusah payah sampai umur tua, bila pula masanya kita nak merasa semua kemewahan yang kita kumpul itu?. Itupun nasib baik juga sempat tua, kalau mati awal...lagilah rugi.

Orang selalu berusaha, bekerja bersusah payah untuk sesuatu yang akan dia tinggalkan (hartanya) tapi tak bekerja bersungguh2 untuk sesuatu yang dia nak bawa ke dalam kubur (amalan baik).

Wassalam

Monday 13 July 2009

Jadual dan kesibukan


(Si kecil ini turut hadir pada sesi kuliah agama di Masjid Niigata, Sabtu lepas).

Perkataan "sibuk" seringkali menjadi alasan bilamana kita bertemu dengan rakan2 yang sudah lama tidak kelihatan. Samada sibuk dengan study, kerja, rumah tangga, bisnes, appoitment dan pelbagai jenis sibuk yang lain. Secara tidak sedar, sebenarnya kita sedikit sebanyak sedang di "tarik" ke arah pengurusan masa yang kurang efisien.

Bukanlah saya seorang yang mahir untuk berbicara mengenai pengurusan masa. Diri yang kerdil ini juga sedang belajar untuk menjadi muslim yang pandai menguruskan diri sendiri dengan masa yang Allah peruntukkan. Suka saya ingatkan di sini bahawa, semua manusia diperuntukkan masa yang sama setiap hari, iaitu 24jam. Tetapi kerja buat manusia lah yang menjadikan seseorang itu "sibuk" atau tidak.

Kalau dalam konteks menjaga perut atau lebih sesuai mungkin di katakan sebagai tabiat makan, ada sumber yang saya kutip dari pengajian di surau2 bahawa 1/3 perut untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk sedikit ruang udara. Itu pembahagian yang kalau di jaga insyaAllah selamat kita dari bahana banyaknya makan. Seperti yang kita maklum, banyak penyakit yang berpunca dari perut.

Bagaimana pula dengan waktu.? Allah menjadikan dan memberikan 24jam yang sama kepada semua manusia. Oleh sebab itu kita tidak membuat pengurusan masa, tetapi yang lebih sesuai disebut ialah pengurusan diri untuk adapt dengan masa yang telah Allah berikan. Bagi mereka yang gagal untuk merancang, maka mereka telah merancang untuk gagal!. Itu satu ungkapan yang seringkali kita dengar. Dalam usaha mengurus diri dalam konteks ini, ISLAM sebagai satu cara hidup telah pun memberi tunjuk ajar di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang maksudnya. "Sesungguhnya solat itu ke atas org mukmin adalah wajib dan mengikut waktu2nya."

Jelas disini, bagi mereka yang melaksanakan solat dengan baik dan pada awal waktu, dia pasti dapat mengurus diri sendiri mengikut waktu. Walau di bumi mana pun dia berada. Kalau di perhatikan, waktu solat di sesuatu negara memang berbeza. Sesuai dengan keadaan berputarnya bumi mengelilingi matahari. Malah di sesebuah negara yang mempunyai 4 musim, perbezaan waktu solat amat berbeza. Suatu ketika kita boleh menikmati waktu subuh selewat jam 5 pagi, namun pada ketika yang lain waktu subuhnya seawal 2.30 pagi. Kiranya kita katakan subuh pada jam 2.30 pagi itu terlalu awal, tidakkah kita terfikir bahawa pada jam 5 pagi matahari sudahpun menerangi bumi seolah jam 9 pagi kalau kita di Malaysia. Itulah kehebatan ciptaan Allah. Di sebabkan itu, seseorang muslim tidak akan terlepas dari melaksanakan tanggungjawab kita yang lain disebabkan masa yang telah Allah kurniakan dan "rules" yang perlu kita ikut iaitu menunaikan solat. Maka di sini solat sebagai satu cara untuk kita lebih cermat mengurus diri.

Selalunya apa yang berlaku, atas status atau jawatan apa pun kita, kita jarang menyusun jadual kita mengikut priority (keutamaan) yang sebenar. Kiranya kita seorang yang berjawatan tinggi dan berkuasa untuk menyusun jadual, susunlah ia bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh syarak. Janganlah sampai waktu untuk solat pun di kesampingkan seolah2 solat itu langsung tidak penting dalam kehidupan seharian. Kalau masa untuk makan kita blh peruntukkan sehingga 1 jam, berilah sedikit masa utk rohani kita mendapatkan makanannya.

Kalau kita seorang pelajar, jadual waktu kuliah sememangnya bukan kita yang susun. Tetapi dalam keadaan2 tertentu, kita mampu untuk "arrange" agar kita mampu untuk memenuhi tuntutan solat ke atas setiap dari kita. Cuma kekadang kita lebih gemar mencari alasan untuk berkata "TIDAK BOLEH" untuk solat berbanding boleh. Di sinilah kelemahan kita.

Tepuk dada, tanya iman. Carilah alasan untuk sentiasa berkata boleh untuk menjalankan tuntutan2 syarak ke atas kita.

Wassalam

Wednesday 1 July 2009

Selasa..perjalanan ke Niigata






Pagi Selasa tu, mek awal pagi lagi bangun dan buat kuih karipap. Sehari sebelum tu lagi saya dah bagitau yang kami semua akan ke Niigata Airport untuk nak extend visa Fatin Najwa. Sengaja nak keluar awal pagi sebab rancangannya nak berhenti sarapan di tepi laut on the way ke Niigata Airport tu.

Pukul 6 pagi lagi dah keluar. Biasanya perjalanan ke Niigata sejauh 76km tu hanya 2 jam kalau lalu jalan bawah. kalau naik hiway dalam 45minit je. Memandangkan saya nak mek dan ayah menikmati pemandangan Nagaoka dan sepanjang perjalanannya, lebih baik lalu jalan bawah. Start aje enjin kereta, navi pun di set. Bila dah pegi sikit sampai ke tengah pekan, terasa macam jalan yg ditunjukkan tu tak mengarah ke laluan tepi laut. Untuk mengelakkan sesat yang lebih parah, saya set balik navi. Kali ni ikut jalan tengah pekan, federal hiway. Kira ok jugalah. Blh mek dan ayah tgk pemandangan juga, walaupun bukan pemandangan tepi laut.

Kami sampai di Niigata tersangat awal. Pejabat imigresen buka pukul 9 pagi. Waktu masa tu baru 7.30 pagi. Jadi saya set balik navi untuk pegi ke taman berdekatan dengan airport. Rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Sampai aje di taman tu, kami pergi ke bangku yang disediakan untuk bersarapan. Ayah pulak sibuk mencari buah Nenas batu. Mek dan ayah kata, nanas batu ni sesuai untuk di buat ubat buasir, saluran peranakan dan sebagainya. Jadi ayah pun kutip buah tu sampai muat 2 plastik beg la. Di Malaysia ayah kata payah nak jumpa buah tu. Bila dah selesai kutip tu baru ayah menjamah kuih yang di bawa.

(ayah baru nak start makan karipap yang mek buat)

(ayah masih dok tengok2 pokok yang ada nanas batu tu..:D)

(Dua beradik ni cukup seronok berjalan dengan opah dan tok an)

Lepas dah sejam dok di taman tu, kami pun menuju ke Narita Airport untuk urusan extend visa tu. Urusan di airport tak lama. Sistem di Jepun ni cukup mudah. Memang masa mula2 dulu dok merungut juga sebab nak macam2 dokumen. Kekadang yang tak lojik pun ada. Tapi sekarang ni, bila nak berurusan dengan jabatan kerajaan Jepun rasa cukup mudah. Asal cukup semua dokumen yang di minta, urusan tak sampai pun 5 minit. Kita tak berapa mahir berbahasa Jepun pun takde masalah.


On the way balik tu, saya cuba cari kedai makan Pakistan. Saja nak bagi mek dan ayah try dan nak tunjukkan tak susah nak cari makanan halal di Niigata ni. walaupun tak banyak kedai yang menyediakan makanan halal, tp tidak lah sampai takde langsung. Tapi..jenuh juga la pusing satu bandar tu untuk nak cari kedai tu. Nak set di navi pun tak tau. Selalu bila letak nombor telefon navi akan tolong carikan. Kali ni letak nombor pun entah ke mana2 la di tunjuknya. Sampaikan bila dah 3 nombor telefon di masukkan pun masih tak betul. Hampir 50km la berjalan pusing bandar Niigata tu. akhirnya cakap pada mek dan ayah, kalau kita tak jumpa juga yang terakhir ni, kita balik terus ajelah. Allah tu Maha Kuasa, waktu saya dah hampir putus asa untuk nak cari kedai tu, ternampak kedai tu di hujung simpang. Alhamdulillah. Setelah hampir sejam pusing2 dapat juga ke kedai tu.

(Mek dan ayah sedang menikmati roti nan, nasi briyani dan kari di kedai makanan Pakistan, Nile)

Mek cukup suka la roti nan tu sehinggakan sampai hari nak balik ke Malaysia tu pun dok sebut2 lagi yang roti nan tu sangat sedap. InsyaAllah mek kalau ada rezeki panjang umur, nanti De bawa lagi mek ke kedai yang ada jual roti nan.

Kami sampai di rumah dalam pukul 2 petang. so sempat la solat zohor di rumah. Petang tu, lepas solat asr dalam pukul 4.30, macam biasa bawa mek dan ayah pusing2 pekan Nagaoka ni. Tempat utama yang dituju ialah kedai barang2 2nd hand.

Wassalam.