Monday 30 March 2009

Melayan kerenah anak di Jepun, satu cabaran

Lebih setahun setengah yang lalu saya menetap di Gyotoku, Ichikawashi. Pada masa tu satu blok apartment (10 unit rumah) di sewa oleh pihak Embassy bagi menempatkan semua pegawai dan keluarga yang datang utk sambung post-grad di Jepun. Tapi untuk lebih tepat, tempat tu kira macam "persinggahan sementara" atau sebagai batu loncatan untuk lebih mengenali tempat-tempat belajar lain yang lebih "cocok" dgn diri sendiri. Kebetulan pula masa tu kami masih belajar di sekolah bahasa jepun yang di wajibkan oleh JPA utk attend. Bagi saya perasaan bercampur baur memang ada masa belajar di sekolah tu. Tapi syukur alhamdulillah, Allah bagi rezeki untk saya datang ke Jepun dan belajar bahasa di situ. Walaupun masih belum fasih berbahasa Jepun, tp sekarang paling tidak pun sudah boleh berurusan di kaunter2 bank atau kerajaan seorang diri.

Semasa di Gyotoku, rumah saya di tingkat atas. Walaupun keseluruhan rumah dihuni oleh orang melayu, tp kita tidak boleh membiarkan anak terlalu aktif seperti mana di Malaysia. Mungkin kerana struktur bangunan tu tak sama macam di Malaysia. Sepanjang menghuni di sana, pernah 2 kali jiran datang menegur kerana anak saya terlalu bising. Anak saya bukan jenis suka menjerit, tetapi mungkin kerana suka berlari dalam rumah yang sempit dan kemudian di tambah pula dengan melompat dari futon (tilam) yang dilipat ke atas lantai tatami tu menyebabkan jiran pening kepala. Apa yang boleh saya buat hanyalah memohon maaf pada jiran tersebut. Bila saya tegur Fauzan(pada ketika itu berusia 3 tahun), kesan yang boleh di lihat ialah dia berlari menggunakan hujung jari kaki sahaja bagi mengelakkan bunyi yang kuat. Saya tak ajar pun, tp entah macammana dia figure out sendiri. So dia still berlari. Nak buat macammana, takkan nak halang dia dari berlari2 sedangkan memang itu masa untuk dia berlari dan aktif.

Kesian juga kalau saya nak halang perkembangan tahap aktif kanak2 macam Fauzan tu. Bukan saya tak bawa dia berjalan2 di taman, tapi kalau dah musim sejuk, kita sendiri pun tak tahan. Sini yang rasa panas nye hanya pada musim panas, lain pada tu suhu dalam 10-20 darjah celcius. Mmenag tak sama langsung dengan Malaysia. Walaupun nampak macam dia boleh tahan suhu macam tu, cuma kita la risau.

Bila fikirkan macam tu, saya beli macam2 permainan yang boleh bagi dia gembira bermain dan dalam masa yang sama tidak bising. Dari sekecil2 mainan 100yen sampailah ke PS2. Beli ajelah, saya tak rasa rugi pun beli mende alah tu, walaupun masa saya beli tu harganya 14,800yen.

Sekarang bila dah pindah ke Nagaoka, cabarannya lebih hebat. Rumah yang saya sewa dikelilingi oleh orang jepun. tapi nasib baik nya sebab saya dapat cari rumah bawah. so kalau anak saya melompat lebih sikit pun, orang atas takdelah pening kepala sangat. tapi mengikut kata kawan2 yang pernah tinggal di sini dulu, jiran2 ada yang kibishi sikit pasal bising2 ni. katanya dulu masa anaknya menangis pun jiran tu datang marah2.

Di sini selain dari koleksi patung Po-oh, saya beli juga barang2 mainan yang lain. Basikal pun ada beli untuk Fauzan. walaupun kecil, tp dia memang suka naik basikal. Kekadang bila cuaca agak panas (bila ada nampak matahari), ada juga ajak dia kayuh di luar. Dalam rumah pun sekarang dah ada game Wii. Minggu lepas beli satu lagi game "Family Trainer". Harganya 6080yen. Memang agak mahal, tapi saya rasa berbaloi sebab Fauzan boleh berlari, melompat dan pelbagai jenis "sukan" dengan game tu. Kiranya sekarang dah blh nampak dia berpeluh macam dulu selepas main game tu 1 jam. saya bukan nak promote game, tp bagi saya game ni dapat lebih eratkan saya dgn dia sebab ada game yang perlukan kerjasama 2 player.
(Antara permainan yang Fauzan selalu main. Tepi tu ada "dapur mainan", tepi sebelah sini ada PS2, kotak Wii ada tepi TV besar tu tp x nampak dalam gambar ni)
Kalau ikutkan Fauzan, bangun tidur je dah sebut nak main Wii. Tapi saya buat syarat sebelum main Wii tu kena mengaji dulu sampai pandai, then baru boleh main. Alhamdulillah, so far dia ikut dan dia dah boleh kenal huruf2 Alif Ba Ta tu semua.

Tetiap hari dalam rumah di Jepun ni jalan hentak kaki sikit pun bunyi kuat, tu yang tetiap hari Fauzan kena marah tu. Tak nak la ada "rekod buruk" dgn jiran Jepun ni. Dengan Fauzan pun taknak la sampai dia pendam rasa marah pada saya. Tapi akhirnya Fauzan la selalu kena marah.Kesian Fauzan. Tapi sekarang bila main Wii ni, kami lapik karpet supaya tak bunyi kuat sangat.

Carilah apa jalan sekali pun untuk tidak menyekat perkembangan akal kanak2 dan dalam masa yang sama mereka bergembira. Dalam masa mereka bergembira tu cuba didik diorang. Entahla, mungkin cara saya betul, atau mungkin juga tidak. Orang kata nak didik anak bukan dgn satu cara aje, so buatlah kot mana pun, janji anak tu jadi anak yang baik.

Wassalam.

Saturday 28 March 2009

Rakan seperjuangan yang sudah pulang

Dalam bulan ini, bermula pertengahan bulan sehingga sekarang "demam" konvokesyen memang terasa. walaupun majlis konvo di Jepun ni tidaklah sehebat di Malaysia, tp perasaan mereka yang terlibat memang jelas kelihatan. yang amat jelasnya ialah persiapan diorang mengemas barang2.

Actually bukan konvo tu sangat rasanya, tp bagi mereka yang dah bertahun2 belajar di sini dah lama memendam rindu dendam terhadap suasana di Malaysia. Saya yang baru setahun setengah di sini pun teramat la terasanya, apatah lagi mereka yang dah 4-5 tahun duduk di sini. Bagi pelajar Master mungkin sekitar 2 atau 3 tahun je, tp bagi pelajar Bachelor ni..dgr citernya diorang dari peringkat Diploma lagi dah ada kat sini. so rata2 diorang kat sini 4-5 tahun. Satu tempoh masa yang amat lama. Jadi tidak hairan lah kalau mereka yang pandai mengambil peluang menjadi "orang kaya" kerana rajin membuat "baito" (part-time).

Kami sekeluarga pun actually tidak ketinggalan untuk meraikan kejayaan diorang ni, so hari tu adalah juga buat sedikit majlis makan2. walaupun baru kenal dalam 4-5 bulan, tetapi ikatan ukhuwah tu rasa macam adik beradik dah. Sedih rasanya nak berpisah. Maklum ajelah, bila duduk berjauhan dari keluarga ni, siapa saje org Muslim yang berdekatan, itulah keluarga kita. dan memang kami di sini terasa ikatan tu. Kalau ada sakit demam, even masalah kewangan sekali pun...blh di kowtim.. Cuma kekadang saya agak hairan bila ada sebahagian ni bila ada masalah mengambil pendekatan mendiamkan diri dalam bilik. Kalau sehari dua oklah, mungkin nak mententeramkan diri, tapi kalau sampai dah berbulan2...apa citer?. Sampaikan solat Jumaat pun tak boleh datang!

dan satu lagi yang mungkin sebahagian kita terlepas pandang, terutamanya di Nagaoka ni, kebanyakan pelajar postgrad dari malaysia yang sambung belajar di sini adalah dari KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dengan ayat lebih mudah nya diorang ni lecturer la. So adik2 undergrad, rebutlah peluang, tanyalah diorang ni sebab bidang yang diorang ajar di Malaysia tu adalah juga bidang yang adik2 undergrad belajar di sini. so kalau ada yang tak berapa faham, rajin2 kan lah mulut tu tanya. Kalau sekali dua telefon tu maybe la diorang sibuk, tp takkan la memanjang sibuknya. pasti akan ada masanya utk diorang luangkan masa.

Semalam masa di surau, bila Helmi cakap pasal sabjek yang dia kata susah..rupanya Abg Sukre memang mengajar bidang tu di UTHM. So apa lagi..ambik la peluang yang ada ni.Begitu juga org lain di mana juga anda berada, kalau tau aje sesapa "lecturer" yang datang sambung belajar di tempat tuan2, ambil la peluang ini.

Semoga apa yang saya tulis di sini juga saya dapat amalkan.

buat mereka yang sudah pun pulang, berbaktilah kepada agama, bangsa dan negara dengan ilmu yang telah tuan/puan perolehi di Jepun ini. Kita bukan belajar engineering aje di Jepun ni, tetapi erti kehidupan dan pengalaman. yang mana yang baik di jadikan teladan dan yang mana buruk jadikan sempadan.

Wassalam

Tuesday 24 March 2009

Bercuti di Tokyo......balik kampung

Aktiviti semasa di "kampung"




Perjalanan balik kampung ke Ichikawashi memang memenatkan tetapi saya rasakan amat berbaloi. Berbekalkan rasa seronok untuk berjumpa dgn kawan2 di tempat mula saya sampai di Jepun dan kawan yang satu opis dan satu kejiranan di Malaysia.

Sewaktu mula sampai, kami terus di jemput untuk ke Green Height, Ichikawa Ono. Jadi kami terus menuju ke sana. Semasa 2 jam pertama perjalanan lagi sebenarnya Ridzuan dah call untuk nak tanya kami di mana untuk nak pastikan kami memenuhi jemputan. Jadi sewaktu sampai di Ono tu rasa macam VIP la pulak. Diorang siap bantu untuk setelkan parking kete. Maklum ajelah parking di Jepun ni antara masalah besar saya rasa.

Sebaik saja sampai, kengkawan ajak makan. Memang kalau ikutkan perut ni sungguh lapar. angin dah sampai ke kepala. Tapi bila sampai, saya punya rasa seronok langsung hilang rasa lapar tu. Selesai bersalaman dan berpelukan dgn kengkawan saya pegi jamah juga nasi dan buah-buahan. Banyak tu tak banyak jugalah, lepas 2-3 pinggan makan saya pegi sambung bersembang ngan kengkawan yg semenjak dari tadi asyik mengipas makanan BBQ. Ridzuan risau saya letih, jadi dia selalu ajak saya masuk rumah utk merehatkan badan. Selesai solat baru saya masuk ke rumah dia. Fauzan bila daha jumpa kengkawan, saya pun x tau ke mana dia main. Lepas dah masuk waktu maghrib baru dia masuk rumah Ridzuan.

Lepas Maghrib tu Ridzuan pegi ambil pula kerang. Saya dah tak lalu nak makan. Kenyang dah rasanya. Lagipun kalau takat semangkuk je kerang tu memang tak cukup saya makan. :D Seronok tgk dia dan anak2 makan. Terasa seperti berada di Laman Dillenia pulak. Rindunya saya pada kenangan di Dillenia!.

Sepanjang berada di Ichikawa, aktiviti memang agak penuh. Malam asyik memenuhi jemputan makan di rumah kawan2. Rumah Tuan Syed Nahar di Omote Sando pun saya pegi bersama ngan family. Family Ridzuan pun ikut sama. Dialah jadi co-pilot. Perjalanan 30km mengambil masa 1 jam dgn kereta dari Ono ke sana lancar. memang navi amat berguna!. Rumah lain yang kami pergi untuk makan malam ialah rumah Sazali, rumah Mizan dan rumah Rosli. Terima kasih pada tuan rumah kerana menyediakan makan malam yang cukup lazat dan menyelerakan. Bila dok di Gyotoku, rumah kak Saloma la menjadi port untuk "mengeteh"..he heh.. memang best!. Lepas ni kak saloma dah nak balik, takde la port untuk nak ngeteh.

Siang pula, isteri saya mengambil peluang untuk shopping. Hari Selasa kami pergi ke Nippori untuk beli kain cotton. Katanya kain cotton jepun kat situ murah dan bermutu. Saya bukannya pandai sangat. Mek pun meniaga kain dah bertahun-tahun, tp bab pilih kain yang cantik ni sampai la ni saya tak pandai. Balik dari Nippori tu singgah di Shalimar di Akihabara kejap untuk makan tengahari. Dapat la lepas rindu nak makan roti nan di shalimar tu. Hari Khamis pergi Costco. Mulanya bajet sikit je untuk beli barang, tapi last2 hampir 30k yen juga la habis. Hari Rabu saya pegi Embassy kejap sebelum pergi jumpa kawan lama semasa di UUM dulu. Abdul Rahman Mat. Tapi pertemuan tu sekejap aje sebab Abg mat ada appointment lain ngan sensei dia.

Masa nak pergi Nippori tu kami parking kereta di Saty, Myoden. masa balik kami singgah kejap di Saty tu untuk bagi peluang Fauzan main. Ingatkan parking di Saty tu murah, tp bila nak bayar..terkejut juga sebab kena 2200 yen. Nak tak nak kena bayar la juga.hu hu uhu..Tulah..di Jepun ni rasanya parking la masalahnya. Bayar untuk parking tu mahal. Kalau silap letak, kena saman. Ada saya dengar member kena saman parking sampai 10k yen sekali kena.

Balik kampung sesungguhnya memang padat dan memenatkan. Tapi saya kira yang lebih penting ialah ikatan ukhuwah yang perlu di pereratkan dan ziarah yang perlu untuk mengeratkan silaturrahim itu.

Wassalam.

Perjalanan "Balik Kampung"

Perjalanan Balik Kampung Gyotoku


Pada 15hb Mac, satu lagi sejarah bagi diri saya yang tidak mungkin dapat dilupakan. Dari Nagaoka drive keta ke Chibaken, Ichikawashi tanpa mengantuk selama 9 jam. Rasanya itu rekod saya yang paling lama. Selalu kalau kat Malaysia, masuk 3 jam je mata ni rasa dah berat dah. Walaupun jarak antara Nagaoka dgn rumah lama hanya 288km sahaja, tetapi ia telah mengambil masa yang agak lama. Mungkin antara sebabnya ialah had laju di Jepun ni hanya 40-60km/j sahaja di Federal Hiway dan 80km/j di atas Hiway. Anyway saya tak naik hiway masa nak “balik kampong” kali ni. Saja nak tgk pemandangan sepanjang perjalanan dan memang berbaloi. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik.


Bertolak seawal 6.35 pagi dari Nagaoka untuk “balik kampung”. Isteri saya dari malam tadi lagi sibuk membuat persiapan untuk jalan jauh ni. Memang persiapan macam nak balik kampung la. Selalu dari Nilai balik Kota Bharu pun ambik masa lebih kurang 9 jam juga, so persiapan kali ni pun kena lebih kurang camtu la. Tambah pula, dulu bertiga sekarang dah berempat. Banyak sikit la checklist tu. Di Malaysia, masa nak balik kampung, servis kereta tu masuk dalam checklist tapi di sini tak di buat pulak. Entahla..rasa macam konfiden je dgn kereta ni. Lagipun awal bulan dulu dah pun di hantar untuk servis. Buat masa ni “isi perut” Wish ni tak habis explore lagi. Tayar sparenya pun tak tgk kat mana lagi.

Masa nak bertolak tu, salji turun di Nagaoka dan selama perjalan 1 jam pertama salji turun dgn agak lebat terutama bila nak sampai di Urasa. Selepas pada Urasa tu relax la sikit sebab salji dah tak lebat dah. Tayar kereta masih pakai tayar untuk salji, kengkawan dah pesan jangan tukar sehingga masuk bulan 4 sebab di Nagaoka ni salji turun tak menentu. Ye la..diorang pengalaman tinggal di Nagaoka bertahun2, so wajar la ikut nasihat diorang tu.

Perjalanan menggunakan jalan “bawah” takde la susah mana sangat kalau takde navi pun, tp untuk beginner macam saya ni elok la pakai navi. Ikut route 17 je. Sampai dah takde route 17 baru ikut route 122, then route 289 sampai la ke Chibaken, Ichikawashi. Masa masuk Tokyo tu memang gabra, takut tersilap masuk lorong, tambah2 kalau lorong tu lorong untuk nak ke hiway pulak. Jenuh la nak patah balik. Bila sampai di tengah Bandar tu, berkesempatan juga tgk Mat Rempit jepun. Ada 2 buah motor tu buat aksi di atas jalan raya, tp..rasanya diorang takleh celen mat rempit kita. Maybe sebab diorang naik motor besar, mana blh nak buat aksi lebih2, nanti tergolek jenuh nak angkat balik motor tu. Mat rempit Malaysia guna pun motor kapcai bikin…habis2 pun Rx-Z, kalau jatuh masih mampu angkat lagi. Saya bukan nak bangga pulak dgn mat rempit ni, tp setakat yang saya nampak bezanya mat rempit tu tak buat aksi masa kereta tgh sesak. Diorang duduk depan sekali masa traffic light merah, then bila traffic light hijau, diorang pecut untuk berada di depan semua kenderaan dan masa tu la diorang tayang “kehebatan” diorang.

Apa pun..”merempit membahayakan keselamatan pengguna jalan raya!” kalau takat nak mati sorang, takpelah juga. Ni nanti kalau mati pun menyusahkan orang juga. Dah la masa merempit tu menyusahkan orang dah.

Wednesday 11 March 2009

Pakej rangsangan untuk ke surau

Sekarang sudah lebih 2 minggu surau di Halal House dibuka untuk di imarahkan. Alhamdulillah setakat ini walaupun kehadiran di surau tu tidak la sampai terpaksa solat di luar, tetapi jemaah tetap ada sebagai menunaikan fardhu kifayah solat berjemaah tu. Banyak faktor yang saya rasa kehadiran di surau tu masih belum di tahap yang memuaskan.

i. Pelajar-pelajar undergrad masih bercuti dan berada di kampung halaman.
ii. Pelajar PhD yang sama-sama "buka" surau tu pun baru balik ke kampung halaman.
iii. Pelajar Master sedang sibuk untuk persiapan graduasi diorang.

Surau di sini memang mengharapkan pelajar2 je. Orang2 Islam yang bekerja di sini amat jarang kelihatan. Selalunya diorang ni keje outstation banyak. kalau nak jumpa pun hari Jumaat di Kaikan sewaktu solat Jumaat. Itupun kira nasib baik dapat jumpa. Ada juga student melayu Islam yang "memencilkan" diri dok dalam bilik, solat Jumaat pun tak datang. Kekadang jarak dari surau ngan bilik tu tak sampai pun 40 meter, dalam satu bangunan. Entahlah...sukar untuk dirungkai kenapa pelajar2 kita jadi macam tu. Bukan tak pernah di terapkan nilai2 Islam. Paling2 tidak pun orang kata jadi "Ahli Sunat Wal Jumaat". datang solat jemaah pada solat sunat hari raya dan solat Jumaat, tp ni solat jumaat pun tak datang..nak panggil apa lagi?.

Kalau TPM sekarang dok isytihar pakej rangsangan ekonomi, kami di sini sedang memikirkan "pakej2" untuk merangsang orang untuk datang ke surau. Dulu sewaktu mula2 buka surau Halal House heater untuk sinki pun xde. Org yang datang dan kemudian nak ambik wudhu terpaksa ambik ngan air sejuk (sebab sekarang musim sejuk). Kemudian pihak AJK beli heater bagi menarik org datang dan memudahkan tetamu ambil wudhu.

Kemudian, karpet pun alhamdulillah ada orang bermurah hati sedekah. Heater dalam bilik pun sama. Kelmarin bila ada student yang nak grad ni kemas2 barang, kami nampak vacum cleaner, kipas dan heater sinki. Terus sambar ajelah daripada mende tu di buang. Almari rak buku pun ada org sedekah. Alhamdulillah sedikit demi sedikit barang2 keperluan untuk surau tu di penuhkan dgn barang2 sedekah dari orang. InsyaAllah moga Allah mengambil itu semua sebagai amal jariah dari pemberi.

satu demi satu "pakej" sedang dan akan di laksanakan agar lebih ramai orang dapat imarahkan surau tu. Cumanya harap jangan sampai pihak AJK perlu sediakan shuttle untuk angkut para jemaah sudahlah.. biarlah para jemaah datang dengan kerelaan hati masing2.

Wassalam.

Sunday 8 March 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..Di Jepun

Semalam (8 Mac 2009) saya rasa telah dapat mencatat rekod sepanjang saya berada di Jepun satu tahun setengah. Buat pertama kalinya saya dapat solat 5 waktu secara berjemaah di surau!.

Actually pada hari Sabtu tu lagi saya dah cuba untuk catatkan rekod ni, tetapi agak malang sebab hari Sabtu ni selalunya pelajar PhD yang berkeluarga akan bawa family berjalan2, so solat Maghrib di surau baru Halal House tu saya keseorangan je. Diorang ni mana ada cuti. Dan kebanyakan yang mengimarahkan surau ni pun pelajar2 yang dah berkeluarga ni la. Tp la ni maybe sebab student undergrad ni, bujang dan diorang ramai balik Malaysia..so mana nak nampak diorang lagi. Kecuali Hanif yang setiap hari setiap kali solat 5 waktu, dialah antara yang pertama sampai di surau. Ish..saya kalau ada org tanya sapa org yang baik untuk di buat menantu, saya tanpa ragu akan rekomen si Hanif. :D. Esok dia akan balik Malaysia, tak taulah..harap2 akan ada org lain yang akan ganti dia buat sementara waktu ni.

Kalau nak di ikutkan, ada lagi beberapa org student undergrad ni yang "aktif" datang ke surau. saya secara peribadi kagum dengan diorang. La ni bukan senang dah nak tgk anak muda datang ke surau secara istiqamah ni.

Buat masa ni surau Halal House hanya digunakan semasa cuti hujung minggu je. Hari sekolah, kami solat di U je sebab di situ pun ada surau sementara. InsyaAllah kalau blh nak tambah lagi "attraction" untuk ramai lagi datang dan imarahkan surau tu. ye lah..ini juga seolah simulasi nanti kalau berjaya ada masjid nanti, macam tu jugalah yang akan terjadi. Setakat ni bacaan Yaasin dah berjaya di buat setiap malam Sabtu, bacaan Ma'thurat selepas solat subuh Sabtu dan Ahad. yang lain belum lagi walaupun dah ada perancangannya. Takpe pelan2 dan sikit asal nanti ia akan dapat dibuat berterusan. Setakat ni pun kelas pengajian IQRA berjalan tanpa putus di Kaikan, alhamdulillahHanif dan Najmiah memberi tunjuk ajar dalam kelas IQRA di Kaikan. Itu antara murid2 yang datang mengaji. Fauzan tiada dalam gambar, pegi kacau adik dia sambil tunggu giliran.

Semoga Allah beri rahmat dan petunjuk kepada semua penduduk Muslim di Nagaoka ni dan semoga Allah permudahkan niat baik kami di sini untuk melihat suatu hari nanti Nagaoka bukan sahaja terkenal dgn kilang sake antara yang terbesar di Jepun, tetapi juga masjid dan komuniti muslim yang blh menjadi contoh kepada penduduk Nagaoka khususnya dan Jepun amnya.

Saturday 7 March 2009

Kehidupan pelajar berkeluarga di Jepun

Datang belajar di luar negeri adakalanya rasa seronok, tetapi ada kalanya tidak. Mungkin sebab saya ni "anak mak" :D. Tapi apapun sebenarnya saya rasa bersyukur dgn apa yang telah Allah kurniakan kepada saya. Walaupun saya kahwin dulu parent yang arrange kan, tp Alhamdulillah kami hidup bahagia. Malah saya rasa amat bersyukur di kurniakan seorang isteri yang amat memahami dan banyak menyokong saya samada semasa di Malaysia sebagai kakitangan kerajaan, mahupun di sini sebagai seorang pelajar.

Hidup sebagai pelajar berkeluarga di Jepun bagi saya amat menyeronokkan. Walaupun kadangkala bagi sesetengah org, tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya kepada study tetapi bagi saya kalau diorang takde...lagi saya tak boleh bagi tumpuan. Lagipun kalau diorang ada, lagi banyak aktiviti yang boleh di buat bersama. Saya rasa seronok bila tgk anak isteri saya gembira.

Sekarang musim cuti bunga, lab pun cuti, kereta pun dah beli...so panjang sikit la langkah.he heh..Rasanya itulah resam hidup family di sini. Rata-rata pelajar yang berkeluarga akan bawa family pegi jalan-jalan. Kalau tak pegi jauh-jauh pun, paling tidak bawa pusing2 pekan pun jadilah. Selalu saya akan bawa pergi naik Depa-to (department store) window shopping dan kemudian ke 2nd Street atau mana2 kedai second hand. Beli patung Po-oh 100yen untuk di buat koleksi. Tu standby sebagai omiyage (buah tangan) utnuk anak2 buah nanti bila balik. Lagipun 100yen je satu. kalau kat malaysia, rasanya patung Po-oh tu mau cecah RM20-30 tu. Tu actually rutin hujung minggu saya di Nagaoka ni sebenarnya..Lagipun rumah yang sempit di Jepun ni menyebabkan rasa agak tidak selesa. Masa tengah semester dulu, dan masa tu xde kereta lagi, saya cuti dan tak keluar ke mana2, saya rasa cukup gelisah. Jadi saya boleh faham perasaan anak isteri saya kalau 5 hari x keluar dari rumah.
Gambar Fauzan dan Fatin Najwa nak pasang permainan yang baru di beli di kedai HardOff - tak sabar2 nak pasang, nak main terus.

Kalau di Malaysia, takde kereta pun blh keluar sebab cuaca "mengizinkan". Di sini kalau xde kereta memang kesejukan la. Kita orang tua maybe xpe, tp anak-anak kesian la. Pakai baju tebal pun bukan tahan sangat.

Sekarang koleksi permainan pun rasanya blh tahan. Selalu kalau ke kedai 2nd hand, kalau tgk ada je barang mainan yang cantik dan sesuai, terus beli. Tetapi kriteria utamanya ialah harga la. Kalau agak2 di Malaysia pun harga lebih kurang, baik beli di Malaysia je. Tp selalunya memang murah sesangat la kalau nak banding ngan Malaysia walaupun selepas convert currency. So saya cadangkan bagi sesapa yang dok di luar negara, rasa2 tak tau nak beli apa sebagai omiyage...cari ajelah mainan untuk budak2 yang murah2. Yang terpakai pun masih elok lagi. Rasanya budak bukan kira sangat yang 2nd hand ke yg baru ke, janji blh main sudah.
Fauzan seronok dapat main dgn permainan yang sudah siap di pasang. Sampai lewat malam dia tunggu saya dan isteri memasangnya, sampai akhirnya "dipaksa" untuk tidur. walaupun rumah kecik je (ni ruang 8 tatami), tp demi untuk nak bagi anak seronok berada dalam rumah, gagah juga la...

Friday 6 March 2009

Sambungan..bila tak hantar anak ke houikuen (nursery)

Pada hari Selasa 3 mac 2009, seperti yang di janjikan kepada pengetua nursery Kibogaoka tu, saya pergi dengan Abg Mus ke sana. Pada mulanya kami pergi tu masa diorang tgh makan tengahari, so terpaksa patah balik. Tapi selepas menyerahkan kembali surat tawaran tu, saya terus balik ke rumah sebab wife ada appointment lain. Ladies club ada buat makan2.

Actually pada pagi tu sebelum pegi kensel kan kemasukan anak di Kibogaoka tu, saya dgn bantuan abg mus dah pegi tanya 3 nursery lain. Kira pagi tu buat survey semula pasal nursery ni. Ada nursery yang memang "laku" sebab bukan sahaja tidak ada kena mengena dgn Buddha, malah sesi pengajiannya juga menarik minat ramai ibu bapa untuk memohon memasukkan anak ke situ. Nama nursery tu Nagamine. Lagipun nursery tu dalam perjalan dari Kitayama ke Gidai. Maybe tu antara sebab ibu bapa terutamanya student Gidai menghantar anak2 mereka ke situ.

Lepas pergi tanya tu, pengetua Nagamine dgn senyuman menyatakan yang nursery nya dah pun penuh. So dia memang tak boleh nak tolong. Katanya, cuba lagi la isi dan hantar borang bulan 11 tahun ni. Mana tau kot ada rezeki. Tapi apa pun kali ni maybe boleh di katakan menjadi perintis utk kohai atau generasi student akan datang yang nak hantar anak2 ke nursery tu. sebelum ni takde pun anak2 Melayu yang di hantar ke situ.

Then abg mus ajak pegi tanya nursery lain pulak. Nursery yang kedua tu pun menyambut kami dengan senyuman. Panjang juga abg mus bercerita dgn cikgu tu, dan dia pun faham masalah saya. Cuma bab makanan dia masih tak berapa "terima". Sebab saya minta untuk anak saya membawa bekal dan hanya makan dari makanan yang dibekalkan je. Sensei kata, bab makanan kalau pada hari tu ada menu daging diorang akan asingkan. Tapi dalam kes sup katanya susahlah kalau nak asingkan daging yang kecil2 tu. Kecil ke besar ke, kalau dah daging tu tak halal....tetap tak halal. Anyway, di nursery tu pun takleh masuk juga sebab tempat untuk Fatin Najwa takde. So kedua2nya takleh masuk la.

Kemudian abg mus ajak ke nursery di Sekihara. Di nursery tu pun kami di sambut dgn senyuman. Saya berasa amat berpuas hati walaupun semua nursery yang di tanya tidak dapat menerima anak2 saya disebabkan dah penuh, namun kerana layanan mereka yang cukup mesra tu..saya amat berpuas hati. Di Sekihara ni, sensei tu nampak begitu hampa sebab tak dapat nak tolong kami. Jenuh dia telefon sana-sini utk tanya kan kot2 ada lagi nursery yang "kosong". Memang takde dah yang kosong!.

Bila abg mus tanya lagi dan sembang2 ngan dia, we come to the conclusion and temporary solution for my problem....pihak city hall actually menyediakan "Support Center" untuk di gunakan oleh sesiapa secara percuma. Sensei kata, ibu bapa blh menghantar anak2 ke situ dgn syarat di temani dgn ibu atau ayahnya disitu. So di nursery sekihara tu la kami sekeluarga pergi "melepak" bermula pada hari Rabu hari tu dari 9 pagi hingga 12 tengahari. Blh la jugak Fauzan main dan buat bising semahunya di situ. Mainan pun banyak!. Tetapi yang agak terkilannya, walaupun dah bawa dia ke situ, dia still sebut "ayah, bila nak gi sekolah Fauzan?". Sedih pun ada bila dengar soalan tu. Saya ingatkan dia dah assume tu lah sekolah dia, tapi maybe sebab tempat tu xde budak2 lain, tu yang dia ingat bukan sekolah dia kot.

Anyway, pada hari Rabu tu sampai pukul 10 pagi je di situ. Lepas tu sensei ajak kami ke dewan serbaguna sebab di situ ada di buat sesi senaman. Bagus la program tu pada pendapat saya sebab senaman tu antara lain adalah untuk merapatkan antara anak2 dan ibu bapa. Tak rugi saya ke sana. Fauzan pun main sakan di situ.Gambar Fauzan sedang seronok main!.

walaupun program ni hanya lebih kurang sebulan sekali, tp insyaAllah lepas ni saya akan pastikan untuk mengosongkan jadual nak bawa family ke sini. saya pun boleh juga nak bersenam sekali. Hari tu masa pegi, saya seorang je ayah yang datang, yang lain semua ibu2. Ada yang bawa sorang anak, yang bawa 2 anak...org Jepun ni bukan ramai yang ada ramai anak. 2 tu pun dah kira ramai bagi diorang. selepas ini program ini akan berlangsung pada 22 April, 20 Mei, 3 Jun, 17 Jun, 1 Julai, 15 Julai, 5 ogos, 19 ogos, 2 September, 16 September, 7 Oktober, 21 Oktober, 4 November, 18 November, 2 Disember, 16 Disember untuk tahun 2009. Program ni actually sekali masuk kena bayar 500yen. Tp kira tak mahal la sebab masuk satu family.

Hari Khamis lepas (5 Mac 2009), saya pegi ke Kumon. Pusat tuisyen. nama kumon ni rasanya terkenal untuk belajar bahasa Inggeris, dan lain2 bahasa. Saya pegi survey untuk nak bagi Fauzan belajar BI. tu pun sebagai satu lagi option untuk dia "rasa" belajar tu. Tapi bila saya ke sana, saya expect untuk jumpa dgn sensei BI dna boleh lah cakap2 BI. Tapi rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Jenuh juga..sebab sensei tu sembang sambil pegang kamus BI-Jepun. Last2 saya sembang dalam Nihongo (bahasa jepun) dgn sensei BI Kumon.heh hehe..lucu pun ada. Walaupun terasa agak mahal (6300yen sebulan, 2 kali seminggu, 30 minit setiap sesi), tp saya rasa itu tindakan yang berbaloi sebab saya nak elakkan anak saya dari nursery yang "sembah tokong" tu. Biar nanti kalau anak saya dah boleh berfikir, dia tau kenapa saya buat macam tu.

Tuesday 3 March 2009

Pendidikan anak-anak di Jepun

Kembali menulis....

Fauzan dah masuk 4 tahun pada 7 Februari lepas. Sudah sampai masa rasanya untuk dia di masukkan ke sekolah / tadika / tempat bermain bersama kawan-kawan yang lain. Di Jepun ni saya tak nampak cara dia blh bermain "sungguh-sungguh" kalau dia duduk di rumah. Fauzan ni jenis "bateri" banyak. Berlari, melompat...standard budak la kan. Kalau di tadika, dia nak melompat kuat mana pun memang xde masalah. nak jerit kuat mana pun, org x marah. kalau dalam rumah ni bukan kata melompat, berjalan pun kalau berbunyi kuat sikit org sebelah dah mula ketuk dinding.

Bercerita pasal mencari tempat kindergarten untuk Fauzan ni pun satu pengalaman yg saya kira perlu dikongsi bersama pembaca yang nak baca. Budak-budak boleh di hantar ke kindergarten "free" dari umur 6 bulan ke atas. Bayaran tak dikenakan sebab ia disediakan oleh City Hall. Kalau kena pun dalam 500yen je sebulan. Rasanya la...Tapi bayaran nak masuk mula2 tu maybe ada mahal sikit la. Tu pun actually untuk beli baju-baju, pakaian seragam dan alat tulis. Kat sini diorang pentingkan keseragaman, so takleh ada yang lain. Kalau kita org Islam, bila pegi buat haji kena pakai ihram, diorang ni dari kecik lagi di ajar untuk keseragaman tu.

Masa untuk isi borang permohonan ke kindergarten / tempat jagaan ni di buka pada bulan 11 setiap tahun. so kena cepat. Di sini takde main "kawtim", "bawah meja" dan sebagainya. semuanya telus. Kalau hantar borang lambat memang takkan di consider langsung. Nak isi borang tu kalau tak tahu baca tulisan jepun, carilah org yang blh tolong. Kalau tak pun, minta tolong dgn org yang keluarkan borang tu pun ok. Maybe dia boleh bagitau dalam bahasa yang lebih mudah, guna isyarat dan sebagainya. Kalau tak pun, sikit2 dalam bahasa Inggeris tu blh rasanya.

Masa pilih tempat jagaan anak-anak tu, saya kira kita perlu dapatkan maklumat selengkap mungkin. Bukan setakat apa yang kawan-kawan kata je. Kalau dapat, sebelum mohon tu lagi dah pegi survey ke tempat tu. Bawa la kawan-kawan yang pandai cakap jepun utk jadi translator. Maybe apa yang kawan-kawan cakap tu tak kena dgn "selera" kita dan kita ada pilihan lain yg lebih "cocok". Kalau dalam kes kita ada pilihan, buatlah pilihan. Kalau dah takde tu lain citer.

Dalam kes saya di Nagaoka Shi ni, saya takde masalah sangat untuk nak isi borang. malah borang pun kawan yang ambil kan. Begitulah betapa kawan-kawan di sini begitu saling bantu membantu. Mereka yang pandai bercakap jepun, memang banyak membantu. Terima kasih Azuar dan Afifah. (tokey Halal House). Diorang ni lah yang banyak tolong bab ni. Bukan takat tolong ambik, tolong translate, tolong bagi templete jawapan je, siap tolong hantar lagi.

Untuk nak membolehkan anak di hantar ke pusat jagaan tu, kedua-dua ibu bapa perlu ada "alasan" kenapa mereka tidak boleh menjaga anak. So dalam kes saya ni, walaupun hajatnya hanya nak hantar Fauzan sorang je, tp adiknya Fatin Najwa pun "kena" hantar juga la. So tulis la dalam borang tu yang ibunya ni akan buat part time job. satu lagi alasan ialah nak belajar bahasa Jepun. Actually apa alasan pun kalau logik rasanya takde masalah. Tp tu lah alasan yang selalunya org tulis.

Selalunya pihak pusat jagaan tu akan bgtau samada permohonan kita diterima atau tidak. Then bila dah diterima, diorang akan hantar surat jemputan utk sesi penerangan dan melihat sendiri pusat jagaan tu dan bagaimana diorang handle anak2 kita. Bila sampai harinya utk "sehari bersama sekolah" tu, seboleh-bolehnya hadirkan diri. Di situ baru kita blh tgk betul-betul apa yang akan di beri kepada anak, dari segi makanan, pembelajaran dan pengisiannya. Dalam kes pusat jagaan di Jepun ni selalunya kita risaukan dan hanya memberi perhatian dari soal makanan yg dihidangkan kepada anak kita. Tapi bagi saya ada satu lagi perkara yang lebih penting dan amat perlu di beri perhatian.! Soal akidah.

Walaupun ada sesetangah org kata org Jepun ni takde agama, sembah tokong pun setahun sekali pada tahun baru, tp itu tidak bermakna diorang takde pengisian rohani untuk anak-anak. kebetulan pulak pusat jagaan yang saya daftar ni adalah Buddha punya pada asalnya, jadi pengisian untuk ini memang ada. Setiap pagi anak-anak akan di bawa ke dewan dan di sana diorang akan berbaris. Pentas akan dibuka dan tokong Buddha akan diletakkan di hadapan. Pada masa ini semua budak-budak yang ada akan di panggil rapat ke patung Buddha tu sambil tangan di rapatkan (macam gaya diorang sembah tokong la..). Doa akan di ketuai oleh sensei dan kemudian akan di ikuti ramai2 oleh budak2 ni. Selesai "doa" tu semua budak akan tunduk hormat pada tokong Buddha tu. Saya jadi terkejut tahap gaban bila tgk aktiviti ni. Tak cukup dgn tu, selesai aktiviti tu, diorang naik ke bilik darjah ada satu lagi aktiviti yg lebih kurang sama. patung Buddha di belakang kelas tu akan di buka dan sekali lagi budak2 ni akan duduk dan merapatkan tangan macam tadi utk berdoa. Selesai je berdoa, diorang akan tunduk hormat kat patung Buddha tu.

dengan 2 aktiviti ni, saya kira kalau Fauzan tak masuk pun tak ape lah. Tak sanggup nanti nak "menjawab" bila Allah tanya di padang mahsyar. Bagi saya tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memberi pendidikan yang baik kepada anak2. Dulu masa belajar di Sekolah Izzuddin Shah, ada juga belajar hadis dan Quran. Salah satu yg saya belajar (mafhumnya) ialah, "Sesungguhnya bila seseorang bayi itu lahir dia adalah seperti sehelai kain putih, maka ibubapanya lah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi".

Ada juga ibu bapa yang Islam yang menghantar anak2 ke situ. Saya diberitahu mereka dah pun bincang dgn pihak pusat jagaan tu. Saya sendiri pun dah bincang berkenaan perkara ni. So antara hasil perbincangannya yang dulu, diorang dah berjaya asingkan makanan untuk anak2 org Islam dan bukan Islam. Bab tunduk dan hormat pada tokong ni...sensei kata diorang tak paksa anak2 org Islam ni buat, kalau x buat pun takpe. Cuma saya tak yakin Fauzan ni tak buat sebab dia ni suka ikut orang buat apa pun.

Saya minta supaya anak2 orang Islam ni di asingkan. (tidak berada di tempat diorang sembah tokong, samada dalam kelas atau dalam dewan). Then pihak sensei kata, diorang akan usahakan. Saya agak kurang senang dengan jawapan ni. Sebab perkara tauhid ni saya kira perkara pokok dalam Islam. So tiada toleransi!. Ada org bagi pendapat, tunggu lah tengok apa tindakan sensei tu samada diorang blh pisahkan atau tidak. Tapi bagi saya, saya tak nak walaupun sekali anak2 saya "sembah" tokong tu walaupun diorang x berapa faham apa yang diorang buat. Walaupun sensei dah kata macam tu, tp di sebabkan saya dah tgk anak2 org Islam yang ada kat situ tunduk jugak...so saya kata dalam hati "tak mungkin diorang dapat asingkan anak saya kalau yang sebelum ini pun diorang x asing". So saya ambil keputusan untuk menarik balik nama anak saya dari di masukkan ke situ. Semasa saya nak batalkan kemasukan anak saya tu, sensei tu pesan kat saya yang lebih kurang macam ni lah maknanya... "lain kali kalau nak masukkan anak ke pusat jagaan, jgn masukkan ke dalam pusat jagaan Buddha!". Dengan erti kata lain, memang ada pusat jagaan yang berteraskan Buddha dan ada yang tidak. saya kira tindakan saya ini tak salah dan saya tidak menyesal atas tindakan ini.

Sambungan...tindakan seterusnya bila anak2 tidak di masukkan ke Pusat jagaan.