Tuesday, 3 March 2009

Pendidikan anak-anak di Jepun

Kembali menulis....

Fauzan dah masuk 4 tahun pada 7 Februari lepas. Sudah sampai masa rasanya untuk dia di masukkan ke sekolah / tadika / tempat bermain bersama kawan-kawan yang lain. Di Jepun ni saya tak nampak cara dia blh bermain "sungguh-sungguh" kalau dia duduk di rumah. Fauzan ni jenis "bateri" banyak. Berlari, melompat...standard budak la kan. Kalau di tadika, dia nak melompat kuat mana pun memang xde masalah. nak jerit kuat mana pun, org x marah. kalau dalam rumah ni bukan kata melompat, berjalan pun kalau berbunyi kuat sikit org sebelah dah mula ketuk dinding.

Bercerita pasal mencari tempat kindergarten untuk Fauzan ni pun satu pengalaman yg saya kira perlu dikongsi bersama pembaca yang nak baca. Budak-budak boleh di hantar ke kindergarten "free" dari umur 6 bulan ke atas. Bayaran tak dikenakan sebab ia disediakan oleh City Hall. Kalau kena pun dalam 500yen je sebulan. Rasanya la...Tapi bayaran nak masuk mula2 tu maybe ada mahal sikit la. Tu pun actually untuk beli baju-baju, pakaian seragam dan alat tulis. Kat sini diorang pentingkan keseragaman, so takleh ada yang lain. Kalau kita org Islam, bila pegi buat haji kena pakai ihram, diorang ni dari kecik lagi di ajar untuk keseragaman tu.

Masa untuk isi borang permohonan ke kindergarten / tempat jagaan ni di buka pada bulan 11 setiap tahun. so kena cepat. Di sini takde main "kawtim", "bawah meja" dan sebagainya. semuanya telus. Kalau hantar borang lambat memang takkan di consider langsung. Nak isi borang tu kalau tak tahu baca tulisan jepun, carilah org yang blh tolong. Kalau tak pun, minta tolong dgn org yang keluarkan borang tu pun ok. Maybe dia boleh bagitau dalam bahasa yang lebih mudah, guna isyarat dan sebagainya. Kalau tak pun, sikit2 dalam bahasa Inggeris tu blh rasanya.

Masa pilih tempat jagaan anak-anak tu, saya kira kita perlu dapatkan maklumat selengkap mungkin. Bukan setakat apa yang kawan-kawan kata je. Kalau dapat, sebelum mohon tu lagi dah pegi survey ke tempat tu. Bawa la kawan-kawan yang pandai cakap jepun utk jadi translator. Maybe apa yang kawan-kawan cakap tu tak kena dgn "selera" kita dan kita ada pilihan lain yg lebih "cocok". Kalau dalam kes kita ada pilihan, buatlah pilihan. Kalau dah takde tu lain citer.

Dalam kes saya di Nagaoka Shi ni, saya takde masalah sangat untuk nak isi borang. malah borang pun kawan yang ambil kan. Begitulah betapa kawan-kawan di sini begitu saling bantu membantu. Mereka yang pandai bercakap jepun, memang banyak membantu. Terima kasih Azuar dan Afifah. (tokey Halal House). Diorang ni lah yang banyak tolong bab ni. Bukan takat tolong ambik, tolong translate, tolong bagi templete jawapan je, siap tolong hantar lagi.

Untuk nak membolehkan anak di hantar ke pusat jagaan tu, kedua-dua ibu bapa perlu ada "alasan" kenapa mereka tidak boleh menjaga anak. So dalam kes saya ni, walaupun hajatnya hanya nak hantar Fauzan sorang je, tp adiknya Fatin Najwa pun "kena" hantar juga la. So tulis la dalam borang tu yang ibunya ni akan buat part time job. satu lagi alasan ialah nak belajar bahasa Jepun. Actually apa alasan pun kalau logik rasanya takde masalah. Tp tu lah alasan yang selalunya org tulis.

Selalunya pihak pusat jagaan tu akan bgtau samada permohonan kita diterima atau tidak. Then bila dah diterima, diorang akan hantar surat jemputan utk sesi penerangan dan melihat sendiri pusat jagaan tu dan bagaimana diorang handle anak2 kita. Bila sampai harinya utk "sehari bersama sekolah" tu, seboleh-bolehnya hadirkan diri. Di situ baru kita blh tgk betul-betul apa yang akan di beri kepada anak, dari segi makanan, pembelajaran dan pengisiannya. Dalam kes pusat jagaan di Jepun ni selalunya kita risaukan dan hanya memberi perhatian dari soal makanan yg dihidangkan kepada anak kita. Tapi bagi saya ada satu lagi perkara yang lebih penting dan amat perlu di beri perhatian.! Soal akidah.

Walaupun ada sesetangah org kata org Jepun ni takde agama, sembah tokong pun setahun sekali pada tahun baru, tp itu tidak bermakna diorang takde pengisian rohani untuk anak-anak. kebetulan pulak pusat jagaan yang saya daftar ni adalah Buddha punya pada asalnya, jadi pengisian untuk ini memang ada. Setiap pagi anak-anak akan di bawa ke dewan dan di sana diorang akan berbaris. Pentas akan dibuka dan tokong Buddha akan diletakkan di hadapan. Pada masa ini semua budak-budak yang ada akan di panggil rapat ke patung Buddha tu sambil tangan di rapatkan (macam gaya diorang sembah tokong la..). Doa akan di ketuai oleh sensei dan kemudian akan di ikuti ramai2 oleh budak2 ni. Selesai "doa" tu semua budak akan tunduk hormat pada tokong Buddha tu. Saya jadi terkejut tahap gaban bila tgk aktiviti ni. Tak cukup dgn tu, selesai aktiviti tu, diorang naik ke bilik darjah ada satu lagi aktiviti yg lebih kurang sama. patung Buddha di belakang kelas tu akan di buka dan sekali lagi budak2 ni akan duduk dan merapatkan tangan macam tadi utk berdoa. Selesai je berdoa, diorang akan tunduk hormat kat patung Buddha tu.

dengan 2 aktiviti ni, saya kira kalau Fauzan tak masuk pun tak ape lah. Tak sanggup nanti nak "menjawab" bila Allah tanya di padang mahsyar. Bagi saya tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memberi pendidikan yang baik kepada anak2. Dulu masa belajar di Sekolah Izzuddin Shah, ada juga belajar hadis dan Quran. Salah satu yg saya belajar (mafhumnya) ialah, "Sesungguhnya bila seseorang bayi itu lahir dia adalah seperti sehelai kain putih, maka ibubapanya lah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi".

Ada juga ibu bapa yang Islam yang menghantar anak2 ke situ. Saya diberitahu mereka dah pun bincang dgn pihak pusat jagaan tu. Saya sendiri pun dah bincang berkenaan perkara ni. So antara hasil perbincangannya yang dulu, diorang dah berjaya asingkan makanan untuk anak2 org Islam dan bukan Islam. Bab tunduk dan hormat pada tokong ni...sensei kata diorang tak paksa anak2 org Islam ni buat, kalau x buat pun takpe. Cuma saya tak yakin Fauzan ni tak buat sebab dia ni suka ikut orang buat apa pun.

Saya minta supaya anak2 orang Islam ni di asingkan. (tidak berada di tempat diorang sembah tokong, samada dalam kelas atau dalam dewan). Then pihak sensei kata, diorang akan usahakan. Saya agak kurang senang dengan jawapan ni. Sebab perkara tauhid ni saya kira perkara pokok dalam Islam. So tiada toleransi!. Ada org bagi pendapat, tunggu lah tengok apa tindakan sensei tu samada diorang blh pisahkan atau tidak. Tapi bagi saya, saya tak nak walaupun sekali anak2 saya "sembah" tokong tu walaupun diorang x berapa faham apa yang diorang buat. Walaupun sensei dah kata macam tu, tp di sebabkan saya dah tgk anak2 org Islam yang ada kat situ tunduk jugak...so saya kata dalam hati "tak mungkin diorang dapat asingkan anak saya kalau yang sebelum ini pun diorang x asing". So saya ambil keputusan untuk menarik balik nama anak saya dari di masukkan ke situ. Semasa saya nak batalkan kemasukan anak saya tu, sensei tu pesan kat saya yang lebih kurang macam ni lah maknanya... "lain kali kalau nak masukkan anak ke pusat jagaan, jgn masukkan ke dalam pusat jagaan Buddha!". Dengan erti kata lain, memang ada pusat jagaan yang berteraskan Buddha dan ada yang tidak. saya kira tindakan saya ini tak salah dan saya tidak menyesal atas tindakan ini.

Sambungan...tindakan seterusnya bila anak2 tidak di masukkan ke Pusat jagaan.

1 comment:

Farwina Faroque said...

igt dorg mmg takde agama..camtu eh..merisaukan betul..