Tuesday 24 March 2009

Perjalanan "Balik Kampung"

Perjalanan Balik Kampung Gyotoku


Pada 15hb Mac, satu lagi sejarah bagi diri saya yang tidak mungkin dapat dilupakan. Dari Nagaoka drive keta ke Chibaken, Ichikawashi tanpa mengantuk selama 9 jam. Rasanya itu rekod saya yang paling lama. Selalu kalau kat Malaysia, masuk 3 jam je mata ni rasa dah berat dah. Walaupun jarak antara Nagaoka dgn rumah lama hanya 288km sahaja, tetapi ia telah mengambil masa yang agak lama. Mungkin antara sebabnya ialah had laju di Jepun ni hanya 40-60km/j sahaja di Federal Hiway dan 80km/j di atas Hiway. Anyway saya tak naik hiway masa nak “balik kampong” kali ni. Saja nak tgk pemandangan sepanjang perjalanan dan memang berbaloi. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik.


Bertolak seawal 6.35 pagi dari Nagaoka untuk “balik kampung”. Isteri saya dari malam tadi lagi sibuk membuat persiapan untuk jalan jauh ni. Memang persiapan macam nak balik kampung la. Selalu dari Nilai balik Kota Bharu pun ambik masa lebih kurang 9 jam juga, so persiapan kali ni pun kena lebih kurang camtu la. Tambah pula, dulu bertiga sekarang dah berempat. Banyak sikit la checklist tu. Di Malaysia, masa nak balik kampung, servis kereta tu masuk dalam checklist tapi di sini tak di buat pulak. Entahla..rasa macam konfiden je dgn kereta ni. Lagipun awal bulan dulu dah pun di hantar untuk servis. Buat masa ni “isi perut” Wish ni tak habis explore lagi. Tayar sparenya pun tak tgk kat mana lagi.

Masa nak bertolak tu, salji turun di Nagaoka dan selama perjalan 1 jam pertama salji turun dgn agak lebat terutama bila nak sampai di Urasa. Selepas pada Urasa tu relax la sikit sebab salji dah tak lebat dah. Tayar kereta masih pakai tayar untuk salji, kengkawan dah pesan jangan tukar sehingga masuk bulan 4 sebab di Nagaoka ni salji turun tak menentu. Ye la..diorang pengalaman tinggal di Nagaoka bertahun2, so wajar la ikut nasihat diorang tu.

Perjalanan menggunakan jalan “bawah” takde la susah mana sangat kalau takde navi pun, tp untuk beginner macam saya ni elok la pakai navi. Ikut route 17 je. Sampai dah takde route 17 baru ikut route 122, then route 289 sampai la ke Chibaken, Ichikawashi. Masa masuk Tokyo tu memang gabra, takut tersilap masuk lorong, tambah2 kalau lorong tu lorong untuk nak ke hiway pulak. Jenuh la nak patah balik. Bila sampai di tengah Bandar tu, berkesempatan juga tgk Mat Rempit jepun. Ada 2 buah motor tu buat aksi di atas jalan raya, tp..rasanya diorang takleh celen mat rempit kita. Maybe sebab diorang naik motor besar, mana blh nak buat aksi lebih2, nanti tergolek jenuh nak angkat balik motor tu. Mat rempit Malaysia guna pun motor kapcai bikin…habis2 pun Rx-Z, kalau jatuh masih mampu angkat lagi. Saya bukan nak bangga pulak dgn mat rempit ni, tp setakat yang saya nampak bezanya mat rempit tu tak buat aksi masa kereta tgh sesak. Diorang duduk depan sekali masa traffic light merah, then bila traffic light hijau, diorang pecut untuk berada di depan semua kenderaan dan masa tu la diorang tayang “kehebatan” diorang.

Apa pun..”merempit membahayakan keselamatan pengguna jalan raya!” kalau takat nak mati sorang, takpelah juga. Ni nanti kalau mati pun menyusahkan orang juga. Dah la masa merempit tu menyusahkan orang dah.

No comments: