Sunday 25 January 2009

Menempuh alam pengajian

Ingin kembali menulis di sini. Selalunya selepas aje solat subuh setiap hari aku akan mengadap laptop ni sampai Fauzan bangun. Tak selalu dapat lama2 depan laptop ni sebba Fauzan ni bangun awal. Memang sejak dari kecil lagi dia bangun awal. Yelah..sekarang pun dia tak besar mana, tp maksud aku dari tak blh berjalan, sehinggalah sekarang nak kejar pun dah tak mampu sebab lari laju sgt. Umur baru nak masuk 4 tahun!.

Rutin setiap pagi yang seperti ini kekadang membawa bosan bila berita2 dalam akhbar harian di Malaysia yang di baca tiada yang menarik. Dengan setiap hari melihat berita dari negara tercinta penuh dengan masalah. Dan yang terbaru aku baca..."Mat Rempit kepala angin" yang memaparkan mat rempit sekarang berbangga bila sambil merempit, melakukan sex atas motor!. Sungguh sesuatu yg menjijikkan. Bila manusia bertindak tidak dengan menggunakan akal dan panduan agama, maka benarlah seperti apa yang termaktub di dalam Al-Quran, manusia akan jadi lebih teruk dari binatang.

Kembali pada tajuk kali ini, sudah hampir 5 bulan aku di Nagaoka ni utk sesi pengajian Master ni. Walaupun sebelum ini dah setahun belajar bahasa jepun di ABK, namun masih belum mampu bercakap jepun sepetah adik2 Undergrad. Entahlah di mana silapnya. Latih tubi yg di beri semasa di ABK dulu memang banyak, tp mungkin ia lebih kepada kemahiran menulis dan mengingat. Aku hanya "bercakap" Jepun bila dalam semester kedua di ABK bilamana kami ditempatkan dalam kelas yang majoritinya org Taiwan. Diorang yang datang ke sini dengan duit sendiri dan kebanyakan mereka ni tak mahir berbahasa Inggeris. Jadi tidak dapat tidak masing2 kenalah bercakap dalam bahasa Jepun.

Aku kira 4 bulan bersama diorang tu la yg membuatkan aku sedikit sebanyak berani utk bercakap dalam bahasa jepun. Dan sekarang, nak kata petah sangat tu takdelah, tp kalau nak pegi City Hall atau bank sorang-sorang tu kira lepas la jugak. Kekadang kita perlukan keadaan "terpaksa" ni utk memaksa kita bercakap atau praktis apa yang telah kita pelajari!.

Di peringkat Master di Nagaoka University of Technology ni, setiap minggu ada "zemi" (perkataan bahasa Inggeris yg di pinjam dari "Seminar"). Actually ia adalah presentation utk progress report setiap pelajar. Ada lab yang buat setiap minggu, ada yang setiap bulan. Macam lab aku ni, aku kena present progress report setiap bulan. Kira ikut turn la. Setiap kali zemi, 2 org student akan present. Berbalik kepada masalah bahasa jepun ni, walaupun aku dah setahun belajar bahasa jepun tapi bila kengkawan lab present ternganga juga la di buatnya. Diorang baca je apa yang diorang buat. Dah la perkataan tu "senmon no kotoba" bukan perkataan untuk kegunaan harian, lagila lambat aku nak cari translationnya. Kengkadang aku buat tak kisah je apa yang diorang present tu sebab aku sibuk mencari makna setiap perkataan yang diorang dah tulis dalam papar presentation tu.

Setiap minggu 5 hari aku di lab, masa terpulang. Bila nak pegi, bila nak balik ikut suka. Kalau lab lain, ada yang "kibishi". Masuk pukul 8 pagi, balik 8 malam. Nasib baik jugak aku tak masuk lab macam tu. Sensei aku ni kira "yasashii" jugak la. Student tak datang lab pun dia tak pernah kata apa. Tak taulah kalau dia "kata" dalam bentuk result..he heh..Tapi ini hanya berlaku bila takde kelas. Kalau musim ada kelas, masa kena ikut waktu kelas la. Waktu senggang antara kelas je yg blh duduk dalam lab ni.

No comments: