Tuesday 15 September 2009

Memori Ramadhan di Nagaoka

Pada tahun ini sambutan puasa sudah pun masuk kali ke 3 di negara matahari terbit. Ianya tidak lah sesukar mana kalau nak di bandingkan dengan tempat2 lain yang mungkin lebih susah dari sini. Di sini, makanan halal senang untuk di perolehi, teman2 Muslim yang lain pun ramai. Jadi keseronokan menyambut Ramadhan di sini memang amat menarik untuk di kongsi bersama.

Kalau Ramadhan tahun lepas saya hanya sekadar pengikut segala program yang telah di atur oleh Jawatankuasa yang dilantik, tetapi pada kali ini ia sedikit berbeza bila saya sendiri yang perlu mengatur program bagi memenuhi bulan yang penuh kemuliaan ini. Seboleh mungkin setiap saat di bulan Ramadhan ini mahu di isi dengan amalan kebajikan bagi meningkatkan saham akhirat. Bukan untuk diri sendiri tetapi pada jemaah Muslim yang ada di Nagaoka ini. Memang tidak dapat di nafikan tanggunggjawabnya itu tidak lah semudah yang di sangka. Tambahan pula dengan ilmu yang sekadar di buku, tidak di hati memang agak sukar untuk menjalankan tugas ini. Walau bagaimanapun, jawatan yg diberi ini bukanlah suatu kebanggaan pun bagi diri saya malah saya terima ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya laksanakan dengan penuh teliti dan baik

Kalau di Malaysia, setiap kali bulan Ramadhan tiba solat Terawih di semua surau akan penuh pada 10 malam yang pertama, Bahkan kekadang melimpah. Di sini pun tiada beza sangat. Cuma ia tidaklah hanya pada 10 pertama. Blh la klau nak di katakan turun naik sebab kekadang orgnya ramai sampai dapat 3 sof dan kekadang x muat sehinggakan terpaksa buat jemaah yang kedua, kekadang tu 5 org aje pun ada. Pelajar2 di sini yang di dominasi oleh budak bujang, tidak hairan perkara macam tu berlaku. Tetapi paling tidak, mereka ini saya beri tugas untuk jadi imam dan bilal bagi solat terawih. Ada yang persoalkan kenapa saya buat begitu. Tp bagi saya, ini ajelah peluang untuk saya nak train mereka ini jadi imam dan bilal. kalau tidak di masa ini tak taulah bila lagi nak blh. Itupun bila di lantik jadi bilal, tangan pegang kertas pun terketar2. Yang di lantik jadi imam pun tak kurang juga ketarnya. Nasib baik tak rebah aje pada rakaat pertama tu. Tu dalam keadaan imam yang di lantik tu terdiri dari bekas pelajar sekolah agama masa di peringkat sekolah menengah dulu. Secara umumnya saya blh bagi kesimpulan awal, mereka ini memang blh di latih untuk jadi imam, cuma entah kenapa mereka seolah cuba "melarikan diri" dari title pelajar sekolah agama. (nanti kita cerita lain kali utk hurai bab ni insyaAllah)

Bila program solat terawih saya susun sekian rupa, ada tetamu yang datang dari luar Nagaoka memberikan pendapat dan menegur saya selaku pengerusi surau di sini. Antara yang di tegur:

1. Bacaan Bismillahirrahmanirrahim pada permulaan surah Al-Fatihah, tidak sepatutnya di jahr kan.
2. Selawat kepada Nabi di antara 2 terawih, katanya "not recommended"
3. Zikir selepas solat, tak perlu di baca kuat-kuat.
4. Imam yg di pilih, fahamkah diorang akan maksud ayat yang di baca?.

Saya faham yang org yg menegur ini sudah pastinya bukan di kalangan bermazhab Syafie. Tetapi sebagai seorang muslim yang berpegang pada mazhab, saya rasa tidak selayaknya kita mengatakan mazhab kita yang paling betul dan mazhab lain kurang tepat hanya kerana kita memegang mazhab lain. Kerana setiap imam mazhab menyatakan sesuatu bukan dengan nafsu, tetapi dengan ilmu. Percanggahan pada mazhab ini hanya lah pada perkara cabang, bukan perkara pokok. Perbezaan yang seperti ini adalah rahmat di kalangan umat Islam.

Tp sebagai persediaan untuk kita semua, bersedialah dengan ilmu dengan apa yang kita buat sebagai amalan. Setidaknya2 kita beramal berdasarkan ilmu, bukan hanya dengan ikut-ikutan.

wassalam.

No comments: