Wednesday 23 September 2009

Kemeriahan Eidul Fitri Di Nagaoka







Bermula pada malam tu lagi, kami setia menunggu pengumuman penyimpan mohor besar Raja2. Nak tunggu pengumuman dari radio IKIM, lambat. terpaksa la telefon sanak saudara di malaysia. Bukannya apa, nak standby samada nak bertakbir ke atau nak solat terawih lagi malam tu. Selepas dapat maklumat lebih kurang 9.15 malam(waktu sini), kami terus menuju ke rumah Abg Sukri atas jemputan khas utk bertakbir di rumah dia. Kebetulan pulak, malam tu kami terpaksa solat di rumah Sofian di Danci. Kaikan, tempat selalu solat tu dah di tempah oleh pelajar2 Thailand.

Makan ala-kadar je di rumah abg Sukri, bertakbir sampai 10.30 malam. sakan betul bertakbir. Rasanya kat Malaysia pun tak pernah bertakbir macam ni ..heh he...Isteri saya pun menanti "green light" utk teruskan agenda memasak. Malam tu, dia masak ayam masak kurma utk jamuan hari raya keesokan harinya. Actually tugas memasak memang telah di bahagi2 kan sebelum tu lagi. so semua org ada tugas masing2 dalam menyediakan juadah utk sambutan Hari Raya tu.

Pagi tu selepas solat Subuh di kaikan, check PA system dan sediakan apa yang patut utk tempat solat. Dalam pukul 6 pagi balik ke rumah utk siapkan anak isteri pulak. Anak2 pun bangun awal pada hari tu. Dalam pukul 7.50am dah pergi ke kaikan semula utk sambutan hari raya. Nasib baik mek ada pos baju2 raya. So raya kali ni (kali ke-3 di Jepun) blh la pakai baju raya baru. Isteri saya lagi banyak baju raya dia. Biarlah, asalkan dia bahagia. Sampai di Kaikan, cepat2 cari Hanif untuk bayar zakat fitrah. Sengaja nak ambik sunat, bayar zakat sebelum solat sunat hari raya. Takbir raya pun dengan penuh semangat, sampai aje masa yang di tetapkan iaitu 8.45am, saya stop kan takbir utk teruskan agenda seterusnya iaitu solat sunat Eidul Fitri. Di imamkan oleh Zaim dan kemudian di ikuti khutbah yang di sampai kan oleh Fahmi. Sengaja ambik org bujang utk ambik tanggungjawab ni.

Selesai solat, rupanya masih ada lagi yang masih belum sampai. tp nak buat camne, kita dah banyak kali buat pengumuman. Bersalam-salaman, bermaafan. Memang meriah la, cuma takde la pasang lagu raya sebab ada juga bangsa lain yang datang beraya kat sini. Berkumpul atas dasar Islam, bukan atas dasar melayu..he he, so takleh la nak pasang lagu raya versi melayu je. Nanti kang, ada pulak yang nak request pasang lagu raya versi bangladesh, pakistan, thailand, indonesia..dan lain2....jenuh tu. Tapi tanpa muzik dan lagu pun, sambutan tetap meriah. Saya rasa inilah sambutan hari raya yang paling meriah sepanjang saya berada di Jepun. Pada saat saya menulis ni sudahpun hari raya yang ke empat, tp sambutannya masih belum habis. InsyaAllah hari Sabtu ni pun ada lagi. Esok dan lusa stop kejap sebab ramai yang ada kelas. InsyaAllah nanti letakkan gambar2 yang berkenaan. Buat masa ini, layan ajelah gambar yang ada ni.

Wassalam.

No comments: