Tuesday 8 September 2009

Bawa balik kereta dari Jepun Part 2

Lepas dah kena tegur utk sambung baru nak sambung..he heh.

sampai ke Niigata East Port, kebetulan waktu rehat makan tengahari diorang. Jadi terpaksalah kami menunggu. Standardnya kalau waktu rehat xde siapa pun blh kacau, tp kalau waktu kerja kekadang kita blh aje pun kacau. Matahari ketika tu cukup terik. Kering tekak di buatnya. Jam dah menunjukkan jam 12.20 tengahari, zohor pun dah masuk. Jadi kami pakat untuk pegi solat di masjid West Port. Jarak x jauh mana pun, tp entah nak di jadikan cerita siap blh terlajak pulak. jenuh main pusing2 kat atas jalan. Terlepas nak solat jemaah di masjid tu sekali dengan jemaah tempatan. Masa kami sampai di masjid tu, kelihatan para jemaah dah berpusu-pusu keluar. Ramai juga org yang datang solat jemaah walaupun waktu zohor. Sejuk mata memandang walaupun masa tu cuaca panas terik. Sudah pasti, kebanyakan mereka ada org Pakistan.

Selesai solat jamak qasar di situ, kami kembali ke East Port semula. Person in-charge tu dah pun menunggu kami di pejabatnya. Bila dah jumpa dan dia pun bawa kami ke gudang tempat barang2 tadi perlu di masukkan. Kami nampak pekerja2 di gudang tu dah pun menunggu dalam 10 org siap dengan sarung tangan masing2. Buka aje pintu lori, x sampai 3 minit semua 42 kotak tadi telah siap di letak atas "pelet". Betul ke tak ejaan tak tau la..heh heh.

Dari segi prosedurnya saya belum berhajat nak tulis secara detail lagi di sini. Tp cukup la sekadar nak bagi tau, persediaan untuk nak balik tu pun blh tahan renyahnya. Barang2 yg nak di masukkan dalam kotak, perlu di senaraikan dengan betul, siap dengan estimate berapa jumlah harga barang2 yang ada dalam kotak tu. InsyaAllah kalau ada kesempatan dan dah dapat maklumat cukup tentang borang2 yg di perlukan utk persediaan nak balik, saya akan post lagi di sini. Antara nya ;
i. serah plat kereta utk import
ii. dapatkan export certificate
iii. dapatkan plat palang utk bawa kereta ke port
iv. tiket balik dari embassy

dll lagi.

insyaAllah.

Wassalam

2 comments:

Apai said...

Salam, korang beli kereta kat Jepun pakai Cash ke atau pinjaman? Nanti tolong bawa balik Toyota Wish sebiji boleh? Haha...

fauziharis said...

Waalaikumsalam

kat sini kena beli cash sebab kita xde slip gaji. lagipun harga kereta tu memang mampu beli cash. kalau yg 2nd hand la. kalau yg baru, x pasti la pulak.