Thursday 1 October 2009

Bersedekahlah walaupun dengan separuh kurma

Pada Ramadhan yang lalu kutipan untuk projek pembinaan masjid Nagaoka telah pun mencecah 1 juta yen. Ada 3 individu yang telah beri 100k yen setiap seorang yang mempercepatkan lagi jumlah tersebut di capai. Dari awal tahun projek ini di lancarkan, sehingga hari sebelum Ramadhan, kutipan hanya dapat sekadar 500k yen sahaja, tetapi bila tamat sahaja bulan Ramadhan jumlah ini telah menjadi melebihi 1 juta yen. Dengan erti kata lain, hanya sebulan Ramadhan blh dapat melebihi kutipan 8 bulan sebelum ini. Inilah antara kelebihan bulan Ramadhan saya kira. Orang Islam akan jadi lebih pemurah dari bulan2 lain kerana inginkan ganjaran yang telah Allah sediakan.

Pada Hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang lalu menyaksikan kutipan yang cukup mengejutkan bilamana pihak AJK Masjid hanya mensasarkan sekitar 70k yen sahaja, tetapi apabila di buka tabung derma di dapati duit Yen yang di masukkan ialah 220k yen (atau mungkin lebih sebab duit syiling kami tak kira). Ianya satu sejarah bukan sahaja bagi AJK masjid tetapi yang mungkin lebih terkejut ialah tabung tu sendiri..he heh. Apapun syukur Alhamdulillah, Allah gerakkan hati hambanya untuk terus bersedekah dan moga Allah memberi ganjaran yang setimpal atau lebih baik dari apa yang telah mereka berikan.

Selepas tamatnya bulan Ramadhan, kutipan untuk projek masjid menyaksikan penurunan apabila pihak bendahari meletakkan sasaran 26k yen, tetapi kutipan yang berjaya di peroleh ialah 20k yen sahaja. Alhamdulillah, walaupun duit banyak habis ketika menyambut hari raya (blh pakai ke istilah ni di Jepun? sebab di sini org tak sibuk nak beli baju raya, kuih raya, hias rumah, main mercun dan yang sewaktu dengannya), namun momentum Ramadhan dalam bab bersedekah ini masih ada. Cuma momentum solat jemaah nampak macam semakin kendur. InsyaAllah nanti kita di entry yang lain.

Selepas bermesyuarat sebelum Ramadhan dulu, ahli mesyuarat telah pun bersetuju untuk mengutip duit dari pelajar2 sebanyak 2k yen seorang utk menjayakan projek masjid ini. 1k untuk pembinaan masjid dan 1k lagi untuk pengurusan masjid. Semua ahli mesyuarat nampak bersetuju. Sengaja kita cetuskan idea sebegini sebab kebanyak masjid2 lain di Jepun pun memang melaksanakan kaedah ini bagi mempercepatkan proses pembinaan masjid. Ianya amat berbeza di Malaysia sebab di sini tiada peruntukan kerajaan untuk membina masjid. semua adalah hasil usaha sendiri. Tambahan pula bagi kami di sini yang kebanyakannya adalah pelajar. Tapi ada juga yang dapat duit tambahan, buat part time masa cuti sekolah. Kekadang duit part time blh dapat banyak, ikut tahap rajin la dan peluang.

Bagi mereka yang suka menderma atau bersedekah ini, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka salah seorang yang sedekah walaupun sedikit. Malah ada pihak yang buat projek jualan makanan dan sebahagian hasil keuntungan mereka sedekahkan untuk pembinaan masjid ini. Baarakallah. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, tabung lalu depan mata pun, boleh buat2 tak nampak aje.

Duit 5 yen ni kalau jatuh, tak ambil dah. Tapi bila nak masukkan dalam tabung derma kekadang rasa macam RM50!. Tepuk dada, tanya iman.

Saya menyeru untuk diri saya dan sesapa yang singgah di blog ni, biasakan diri kita untuk bersedekah. Banyak ayat Quran dan hadis yang menceritakan kelebihan bersedekah ini. Antara mafhum hadis yang selalu dok dengar ni ada yang menyebut sedekah yang lebih baik ialah kepada isteri dan anak2 kamu.

kalau tak tau di mana nak sedekah, layarilah http://nagaokamasjid.wordpress.com di sini kami ceritakan latarbelakang projek masjid Nagaoka dan aktiviti yang di jalankan.

Wassalam.

No comments: