Thursday 22 October 2009

Cabaran Membesarkan Anak2

Di usia awal 30an ini membesarkan anak-anak adalah sebagai satu cabaran yg perlu saya tempuhi. Walaupun bukan secara 24x7 kerana tanggungjawab yang lain, tetapi ia dilakukan secara bersama dengan isteri atau ibu kepada anak-anak ini. Dalam kes saya, ibu kepada anak-anak inilah yang memainkan peranan yang amat penting dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami.

Tambahan pula dalam keadaan sekarang, menjadi seorang ayah dan seorang pelajar dalam masa yang sama memerlukan kematangan dalam menguruskan segala hal. Peratusan yang betul perlu di beri perhatian agar tidak ada yang tercicir dari pandangan dan ada pula nanti yang terasa seperti tersisih. Cabaran menjadi pelajar Master tahun 2 ini juga perlukan perhatian yang sewajarnya. Di situlah saya kira sebagai cabaran bagi saya dalam proses untuk mematangkan tahap pemikiran dan meningkatkan lagi kemahiran pengurusan saya. Dalam tempoh ini juga, isteri yang sedang sarat mengandung anak kami yang ketiga juga perlu di berikan perhatian yang sewajarnya.

Kalau diikutkan keadaan saya yang dikelilingi zemi dan tugasan-tugasan pelajaran, mahu saja saya terus berada di lab untuk menyiapkannya.

Kalau diikutkan sangat kehendak anak-anak yang sentiasa ajak saya berjalan bersiar-siar dan bermain-main, mahu aje saya terus menerus menjelajah dari satu padang ke satu padang, dari satu taman permainan ke satu taman permainan yang lain.
(meluangkan masa bersama ahli keluarga di ladang anggur)

Kalau di ikutkan kemahuan isteri saya yang sedang sarat mengandung itu, mahu saja saya dipintanya untuk terus berada di rumah menemaninya.

Kalau diikutkan keperluan saya sebagai pengerusi surau (Masjid Nagaoka) untuk menguruskan perihal masjid dan aktivitinya, nampak macam semua itu mustahil untuk saya lakukan. Bak kata orang melayu "macam tak cukup tangan"lah. tetapi itu hanya telahan manusia sebab kalau diberi tangan yang lebih pun, belum tentu kita dapat lakukan semunya secara serentak.

Bercakap mengenai membesarkan anak-anak, tugas ibu bapa bukan sekadar nak membesarkan mereka sahaja. Kalau membesarkan anak-anak, blh juga diberi maksud memberi makan anak-anak hingga badan jadi besar. Itu saya kira bukan sikap yang baik bagi para ibu bapa. Tugas sebenar ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak, kalau haiwan ternakan tak mengapa lah sebab lagi besar, lagi sihat..lagi mahal harganya!. Tugas sebenarnya ialah membesarkan dan yang lebih penting ialah mendidik anak-anak menjadi manusia yang soleh dan solehah. Mengenal Allah sebagai Pencipta dan Pemilik alam ini.


Wassalam.

No comments: