Tuesday 18 August 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Ramadhan sudah hampir tiba. Samada kita sempat atau tidak ia tetap akan tiba. Diam tak diam, sudah kali ketiga saya dan keluarga berpuasa di Jepun. Memang ia pengalaman yang sungguh berharga. Disamping waktu berbuka dan sahur yang cukup berbeza dgn Malaysia, suasana sambutan Ramadhan juga ada bezanya.

Sewaktu kali pertama berpuasa di bumi Jepun ni iaitu semasa di Chiba. Masa tu dah hampir nak raya pun. Kalau ikutkan hati nak tangguh dulu datang ke sini, tp dah jadual di susun begitu oleh JPA, so datang jugalah. Baki Ramadhan ketika itu hanya seminggu sebelum datangnya Syawal. Awal2 sampai di Chiba, masih belum tahu di mana kedai2 yang jual bahan mentah. Ayam dan daging halal dan sebagainya. Jadi menu pun tak la sesedap di Malaysia. Dalam bulan Ramadhan saya tak kisah sangat pasal menu. Nasi putih dengan telur kicap pun jadi. Padanlah dengan kita yang x pandai masak ni. Nak minta lebih2 pada isteri pun x best juga. Dia pun sama letih macam saya mengemas barang2. Cuma amalan bertukar2 juadah pada masa tu tak lah sehebat di Malaysia sebab org yang puasa pun tak lah seramai di Malaysia.

Puasa tahun kedua saya di sini penuh satu bulan di Nagaoka. Di sini suasana Ramadhan memang berbeza. Terasa seolah di Malaysia gayanya. Sebab penduduk Melayu di sini hampir 100 org. Amalan bertukar juadah, majlis berbuka puasa seminggu 2 kali (Sabtu dan ahad), solat tarawih berjemaah. Suasana tu blh la mengingatkan kita pada suasana di Malaysia. yang bestnya persiapan utk majlis berbuka puasa seminggu sekali tu. kami dari awal pagi sampai la dekat waktu berbuka puasa akan bertungkus lumus bergotong royong dgn ahli kumpulan yang telah di tetapkan. Masa tu la ada lebih sikit masa utk beramah mesra sesama "ahli keluarga" di sini. Waktu berbuka puasa memang ramai yang datang. Cuma yang tak best nya ada juga yang culas masa solat maghrib. tunggu tempat makan dari waktu berbuka sehingga la makan lepas solat maghrib tu. lepas habis sesi makan, terus balik. Jangan kata solat tarawih berjemaah, Isyak pun takde kat situ.

Tahun ini satu cabaran bagi saya bila kena susun jadual imam dan bilal serta program berkaitan. So kali ni saya nak susun supaya aci boleh semua lelaki muslim terlibat untuk menghidupkan Ramadhan samada jadi imam, bilal ataupun dalam tadarus selepas solat tarawih. Harapannya agar kami semua dapat merasakan bahawa tanggungjawab menaikkan nama baik muslim di sini bukan terletak di bahu "AJK Masjid" sahaja tp pada semua muslim yang lain. Serta hubungan silaturrahim sesama kami di sini akan lebih erat di samping proses tarbiyah rohani dapat di lakukan sepanjang bulan Ramadhan di sini.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mohon maaf pada semua yang mengenali kami sekeluarga atas segala salah silap yang samada sengaja atau x sengaja di lakukan.

Wassalam

No comments: