Wednesday 19 August 2009

"Dakwah" dari kawan Buddha

Kelmarin satu pengalaman baru telah saya dapat dan serba sedikit memberikan saya sedikit pengajaran. Pertemuan di Teku-teku, taman permainan kanak-kanak tempat saya selalu bawa anak2 main rupanya tidak habis di situ. Seorang ibu yang saya temui di situ meminta nombor telefon saya. Katanya hanya untuk datang dan berziarah. Tanpa ragu saya memberikan nombor saya. Appointment pun di buat, katanya dia akan datang pada hari Rabu jam 1 petang. Maka petang semalam pertemuan telah berlangsung di rumah saya.

Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk nak menjemput org datang, apatah lagi yang nak datang ni orang Jepun dalam keadaan rumah macam tongkang pecah. Tu pada pandangan dia je sebenarnya, bagi saya xde la selerak mana pun. Jadi saya jemput org tu masuk rumah. Selepas sedikit intro pasal family masing-masing, dalam hati saya dok bermain...."dia ni nak ajak masuk direct selling ke apa ni, nampak beg macam ada katalog je...!". Selepas terdiam "pause" seketika, perempuan tadi mengeluarkan sesuatu dari dalam beg dia.

Ianya adalah sebuah buku yang kebanyakkannya tertulis kanji. Kanji "Dai" atau besar aje yang saya blh baca. Then dia terangkan beberapa term yang saya tak pernah dengar dalam bahasa jepun. Disebabkan intro pun saya dah tak faham, dia jenuh cari cara untuk nak bagi saya faham. Saya berikan dopod saya yg ada kamus English-Japanese kepada dia untuk mencari apa perkataan yang nak diberitahu tu. AKhirnya dia terjumpa..."Buddha". So dia terangkan lah tentang agama buddha kepada saya. Kalau dilihat pada pakaian yang dia pakai sikit pun x nampak dia ni macam tok sami. Kalau sami buddha biasanya kan botak. Ini perempuan, pakai skirt pendek lagi.

Dia intro dalam 5 minit pasal Buddha atau persatuan dia ni, saya terus menyambut dengan senyuman setiap patah perkataan yang dia cakap. Antara sebabnya ialah saya x berapa faham!. Tapi buat2 faham ajelah. Maybe dalam 60 % aje kot yang saya faham. Kemudian tiba giliran saya pula. Pada masa ini baru terasa betapa mempelajari bahasa Jepun bila berada di Jepun adalah amat mustahak. Saya hanya menceritakan pasal rukun iman sahaja kepadanya pada pusingan pertama ini. Cerita tentang Allah dan sifat2 nya. Memang dia tak faham sebab Tuhan orang Islam tak boleh di lihat!. Pada masa ni saya terasa amat sukar untuk teruskan penerangan kerana takut dgn bahasa jepun yang lintang pukang ni, maknanya pun lari dan akhirnya dia buat tafsiran yang silap tentang Allah. Saya ceritakan tentang syurga, neraka, hari kiamat dan Al-Quran sambil menunjukkan padanya naskhah Al-Quran yang memang kami bawa dari Malaysia.

Pada pusingan kedua, dia ajak saya "sembahyang" 2 kali aje sehari. Try la dulu katanya, nanti power kita akan bertambah sedikit demi sedikit dan kita akan menjadi "shiawase". Tenang, gembira etc. So saya pun cabut waktu sembahyang yang memang saya tampal kat atas tempat tv. Bila saya tunjukkan pada dia, terkejut sungguh nampaknya dia. Begitu detail waktu sembahyang orang Islam. 5 kali sehari pulak tu. Kalau dia 2 kali "sembahyang" pun power akan meningkat, org Islam yang buat 5 kali sehari....amacam?. :D. Dia tanya saya, tak pernah terlupa ke untuk waktu sembahyang ni?. saya kata semenjak kecil sampai sekarang saya x pernah terlupa untuk sembahyang. Nampak air muka dia dan gaya respon dia....uwah...sugoi!. Saya kata itu kewajipan setiap org Islam, 5 kali sehari WAJIB. Then dia tanya budak2 pun wajib juga ke, sembahyang, pakai tudung ni? sekali lagi saya mengerut dahi camne nak jawab dalam bahasa jepun. Istilah baligh memang sah dia tak faham, so saya pusing ayat lama juga la untuk penerangan tu dan akhirnya dia kata dia faham la. Harap2 dia faham betul.

Then dia sambung lagi soalan pada saya, apa yang menyebabkan saya "shiawase" kalau jadi Muslim. Saya kata bagi seorang muslim target kita mendapatkan redha Allah. Kita buat apa yang ALlah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contohnya macam makan babi. Tu aje contoh yang teringat dalam otak saya masa tu. Then bahagia pula bukanlah dengan adanya kereta besar, rumah besar, harta yang banyak, tetapi bahagia terletak dalam hati. Bila kita makin hampir dengan Allah, hati kita makin bahagia. Itu sebab Muslim kena sembahyang 5 kali sehari untuk nak merapatkan diri dengan Allah semoga jadi makin bahagia di samping baca dan ambil pelajaran apa yang ada dalam kitab Al-Quran ni (sambil pegang dan tunjuk pada dia Al-Quran tu).

Perbualan ni ambil masa lebih kurang 1 jam dan kalau nak tulis semuanya di sini, tak siap pulak paper saya untuk nak gi gakkai awal bulan depan..he heh. Tapi apapun sedikit pengajaran yang dapat saya kutip dan ingin di kongsikan bersama:

1. Orang agama lain berdakwah untuk agama mereka tak kira tempat dan masa, tapi kita?
2. Saya lihat perempuan ini pun masih muda (22 tahun) tapi seolah macam di train untuk promosi agama dia pada orang lain. Kita?
3. Bila kita duduk di negara asing yang menggunakan bahasanya sendiri, belajar la bahasa tempat tu untuk mudah kita sampaikan dakwah samada secara sengaja atau tanpa di sedari.
4. Carilah peluang untuk menceritakan betapa hebatnya kuasa Allah dan kebenaran Islam dan kemudian susulilah dengan doa dengan harapan Allah memberikan hidayah pada mereka.

Tugas dakwah bukan terletak pada bahu jemaah tabligh sahaja, tapi pada semua muslim. dan dakwah kita bukan hanya pada sesama muslim sahaja tetapi juga non-muslim yang kabur tentang maklumat sebenar tentang Islam.

Wassalam.

2 comments:

Apai said...

Salam Pojie,

1. Sukar jugak kan kalau tiba-tiba kita berhadapan dengan situasi yang macam ni. Semoga kita diberikan kekuatan...Dalam berdakwah, bahasa memang memainkan peranan yang amat penting.

2. Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

alrijalnajwa said...

hmm betul tu..kita kena berdakwah tak kira la dgn cara macam mana sekali pun...kadang2 dgn tunjukkan budi pekerti baik pun...org boleh dtg pada kita...masatu la kita boleh citer macam mana kita terdidik begitu...

masalhnya contoh yg baik ni la payah nak jumpa...sedangkan org bukan Islam selalu lihat Islam dari amalan umat Islam tu sendiri...