Saturday 15 August 2009

Cuti2 Jepun dan anak2

(Gambar ketika mandi di Daigenta, Yuzawa)

Cuti musim panas kali ni rasanya banyak juga program yang telah di ikuti. Tapi yang paling bestnya ialah masa yang diluangkan bersama dengan anak isteri. Setelah bertungkus lumus dalam menyiapkan assignment sebelum ini dan Fauzan pun setiap hari bila saya balik ke rumah dia akan tanya "ayah dah habis assignment ke?..". Tak pernah lekang dari mulut dia bila setiap kali saya muncul di pintu rumah. Mungkin dia amat teringin nak main sama2.

Fauzan pun dah semakin besar. Umurnya dah pun 4 tahun lebih. Akalnya pun dah semakin bijak, Fatin pun sama. apa yang abangnya buat, dia pun sama nak ikut buat. Masa-masa bersama anak2 ini memang tidak dapat di beli di mana2 pun. Kekadang ada org kata dan saya pun kekadang ada jg cakap macam ni.."alah..nantilah". Perkataan yang macam ni kalau di cakap pada anak2 sebaya Fauzan dia pastinya akan ingat dan akan tuntut setiap hari. itu sebab bila dia ajak main dan saya pula bagi alasan tunggu assignment semua siap, dia akan tanya setiap hari tu. Apapun untuk para ibu bapa, bila dah janji dgn anak2 cubalah seboleh mungkin untuk tunaikan janji tu. kekadang kita buat janji tu untuk nak "lepaskan diri". tapi bagi anak2 diaorg tetap akan ingat dan tuntut.

Pada kali ni, cuti di beri 1 bulan. Dari awal bulan 8 sehingga hujung bulan. memang kali ni, kebanyakan program di cetus oleh Abg. Sukri. rasanya kalau takde "mastermind" aktiviti ni, silap2 dok main kot dalam nagaoka ni ajelah. Nak jalan jauh2, isteri tgh sarat mengandung. Apapun setakat ni, rasanya perasaan bahagia tu datang sebab dapat masa2 emas bersama dgn keluarga dan seterusnya dapat bermain2 dgn anak2. Fauzan yang selalu dok sebut2 utk pegi main tu rasanya sedikit tertunai. kalau di ikutkan sgt dia ni, memang tetiap hari ajak pegi main di Teku Teku (tempat main yang di sediakan oleh City hall)

Tengoklah, kalau ada masa nanti akan saya letakkan satu persatu program yg telah di jalankan beserta dgn gambar2 nya. apa yang penting kali ni saya cuma nak share kan :

1. Bila buat janji dgn anak2, tunaikanlah.

2. Luangkan masa dgn anak2. Bukan maksudnya terus tinggalkan urusan2 lain.

3. Berlaku adil dgn anak2. Maksudnya, bila kita larang mereka main dalam rumah berilah alternatif untuk mereka. Selalunya kita sering kata "jangan!" dan marah2, tp kita tidak beri option utk mereka, sedangkan pada masa peringkat umur ini memang mereka suka utk bermain.

4. Jangan tangguh dan kata "tunggu, nanti lah" perkara yang sepatutnya kita blh buat segera sebab kita tak pasti pada waktu yg kita kata tunggu tu kita masih hidup atau kita masih mampu buat seperti sekarang. Sebagai contoh mudah, bila kita cakap pada isteri.."nanti abang belikan walker utk anak kita". Pada ketika kita cakap tu, anak kita masih belum boleh berjalan dan baru nak belajar berjalan katakan. Tetapi dgn kesibukan dan buat2 sibuk sebagai tambahan, menyebabkan kita lupa untuk beli. sampai ke sudah, walker kita tak beli dan anak pun dah blh berjalan. Kita nampak memang mende ni kecik je, tp perasaan mereka yang terlibat tu kita tak nampak. Tu hanya contoh aje, tp blh la di fikirkan utk situasi2 yang lain.

Begitu juga kalau kita bagi satu contoh lagi bagi mereka yang asyik mengumpulkan harta. Bila kita sehari-hari asyik dengan mengumpul harta dengan harapan hidup akan menjadi lebih senang. Tp tidakkah kita terfikir, bila kita hanya fikirkan kerja dan kumpulkan harta, bila pula masanya kita nak guna harta yang kita kumpulkan tu.?. Selalunya bagi org2 keje ngan kerajaan kita akan pencen pada umur 58 tahun. Itupun kalau masih hidup. Tapi pada masa tu kalau nak pegi main di Disneyland pun takkan sama ketika kita pegi masa umur 28 tahun. Begitu juga kalau nak pergi buat haji, kalau dah mampu ketika usia muda kenapa nak pergi pada usia tua? Ketika usia tua, takut nanti banyak ibadah yang tak larat kita nak buat pulak. So kalau dah mampu, tak perlu la tangguh!. Pergi la buat fardhu haji segera.

Wassalam

No comments: