Sunday 15 November 2009

Fauzan ke sekolah baru

Kalau di ikutkan mahu terus tulis berkenaan sekolah baru Fauzan dan apa yang saya dah rancang untuk tulis tu, tp memandangkan isteri demam 2 hari tak larat nak bangun. Saya terpaksa ambik alih tugas tu sementara. Hari Jumaat tu saya pulak demam sehingga la ke hari ni dan dalam tempoh yang sama juga, Fatin Najwa pun demam. Suhunya kekadang mencecah 39.5 celcius. Fauzan aje seperti biasa, "mangli" dengan penyakit. Mungkin mewarisi ayahnya yang suatu ketika dulu takut dengan ubat dan hospital. Sebut aje nak kena makan ubat, terus sihat. Tak taulah, buat masa ni dia masih sihat, esok lusa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi nampak gaya bukan family kami aje di Nagaoka ni yang jadi macam tu, rakan2 yg lain pun dengarnya ramai yang kuarantin dalam rumah sebab influenza ni. Hujan pun dah masuk hari ketiga tak henti2 lagi ni. Nak ke sekolah pun rasa liat.

Sekolah baru Fauzan namanya "Nagamine Youchien". Rasanya Fauzan aje student antarabangsa yang ada kat situ kot. Sebab selalunya kalau ada org luar juga di situ, sensei akan bagitau. Waktu persekolahan ialah dari 9 pagi sampai 2.30 petang, tapi blh hantar seawal 8 pagi dan blh pegi ambil selewat 3.40 petang. So saya akan hantar seawal mungkin dan ambil selewat mungkin. Biar dia main puas2 kat sekolah dia tu. Rasanya budak2 ni bahasa bukan penghalang utk diorang bermain bersama2. Beberapa point penting untuk nak dikongsi sama-sama ialah seperti di bawah:

1. Rutin harian pelajar2 di sekolah
Macam yang pernah saya tuliskan sebelum ini, saya withdraw Fauzan dari sekolah yang mula2 dulu sebab diorang ada buat sembah2 tokong Buddha setiap hari. Sekolah baru ni sensei kata memang takde apa2 perkara berkaitan dengan agama. Even ada beberapa event yang diorang jadikan prgoram tahunan tu sensei tanya saya blh atau tidak Fauzan join. Saya kata kalau ianya hanya lah adat org2 Jepun, ia tidak menjadi masalah. Tp kalau ianya mirip kepada agama, tolong pastikan Fauzan tak buat. Sensei pun cakap, kalau dia nak buat apa2, dia akan maklumkan kepada saya dulu.OK lah kalau macam tu. Lagipun program bulanan yang diorang rancang, diorang dah bagi siap2 kepada mak ayah utk tgk setiap awal bulan.

2. Makanan yang disediakan
Menu untuk sebulan beserta dengan bahan2 mentah dinyatakan dalam sekeping kertas kepada ibu bapa setiap awal bulan. Memang sudah macam tidak dapat lari, menu "buta" iaitu babi ada dalam hidangan mereka hampir setiap hari. Semasa pertemuan pertama dengan pihak sekolah lagi pun saya dah bgtau awal2, Fauzan tidak blh makan sebarang "niku" atau daging yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian Hermy (jurubahasa pada hari tu) tambah lagi, bukan setakat makanan yg nampak terang2 daging, tp kalau ada dalam coklat ke, jajan2 ape ke, tu pun tak leh. So pihak sekolah bersetuju untuk asingkan makanan Fauzan dari semua tu. Pagi ni masa hantar Fauzan ke sekolah, saya belikan "shokupan" slice bread yang selalu kami makan. Pihak sekolah memang ada sediakan untuk pelajar2 nya, cuma saya tak tau, shokupan yang disediakan tu ada "nyukazai" atau tak, dan kalau ada dari haiwan ke dari tumbuhan?. Untuk mengelakkan dari was2, lebih baik saya sediakan sendiri.

3. Bayaran yang di kenakan
Bab bayaran ni memang mahal kalau dibandingkan dengan kengkawan fauzan di sekolah yang lain. Pertamanya sebab Fauzan masuk dah di tengah2 semester pengajian, keduanya dia masuk di sekolah swasta dan yang ketiganya duit bantuan dari City Hall (kerajaan tempatan) tak sempat nak proses lagi. Jadi buat masa ni terpaksalah saya sediakan bayaran dalam 30,000 yen sebulan. Barang2 lain seperti alat tulis dan segala mak nenek tu kira lain. Nasib baik pakaian seragam sekolah blh bagi pinjam. Kalau tak jenuh juga nak kena beli.

Apa bezanya Youchien (tadika) dan Houikuen (pusat asuhan)?
Kalau bagi keluarga yang suami dan isterinya bekerja atau belajar (tiada siapa untuk nak tgk anak di rumah), Houikuen la wajar di pilih. bayaran pun memang teramat murah, tapi itu bagi pelajar2 macam kebanyakan student Malaysia di sini. Anak blh dihantar seawal 7.30 pagi dan blh di ambil selewat 6.30 petang. Umur yg blh di hantar ialah seawal 4 bulan sehingga 6 tahun.

Youchien pula, hanya ambil pelajar yg berumur 3 tahun ke atas. Bab bayaran sebenarnya ia tgk pada pendapatan tahunan keluarga. So tak perlu risau kalau nak masukkan anak2 ke private ke, city hall punya ke, kerajaan pusat punya ke. Bayaran akan jadi sama sahaja masuk ke mana pun. Cuma kalau macam saya sbg student, hantar Fauzan ke private youchien, kena kerja lebih sikit la kalau nak dapatkan bantuan kewangan kerajaan jepun. Kena isi borang bagai2, turun naik city hall. Tp berurusan dengan pejabat kerajaan Jepun amat mudah. Asal kita ikut checklist nya, senang dan cepat dia proses, InsyaAllah. Of course bagi mereka yang tidak mahir berbahasa Jepun, bawalah jurubahasa untuk membantu.

(Makan sarapan dulu sebelum ke sekolah)

(Berpakaian seragam sekolah lengkap untuk pergi ke sekolah)


Actually Fauzan bangun pukul 4 pagi lagi untuk nak ke sekolah. Jenuh suruh dia tidur balik.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami di sini. Ameeenn.

2 comments:

Hamidi Haris said...

Assalamualaikum...

Waaa..fauzan dh ke sekolah..bersemangat betul fauzan ni, pukul 4 dh bangun nk ke sekolah!!lps ni blh speaking jepun la...insya-Allah,moga Allah permudahkan semua urusan!!ameen...

alrijalnajwa said...

hehehe..jangan jadi macam Sin Chan udah la yer...loyar buruk...
ohohoho siap dgn topi lagi tuh! Macam mana dgn cara nak mensucikan diri? ada masalah tak? jgn jadi macam anak2 na ni...dh penin...cikgu tak bg guna air...balik rumah kita pulak suruh guna air...hai..macam2...