Friday, 30 November 2012

Pengalaman baru di Barat

Setelah bertahun menyepi dari arena penulisan ini, sesekali menjengah untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang mungkin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Dan pada kali ini Allah berikan rezeki untuk berjalan dan melihat kekuasaanNya di sebelah barat pula. Kali ini Allah berikan peluang untuk saya mengutip pengalaman di United Kingdom.

Diberi amanah untuk menjalankan Fellowship di bawah tajaan IAEA di Milton Keynes, United Kingdom selama 5 minggu yang sepatutnya dijalankan 3 bulan kalau ikut jadual asal. Alhamdulillah ada hikmahnya. Manakan tidak, anak yang ke-4 saya lahir 2hb November 2012 dan saya fly ke sini 4hb. Memang agak kelam kabut, tetapi alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dan keluarga saya di Malaysia terutama bantu isteri saya yang letih melahirkan anak pun tak hilang, saya yang 'hilang'.

Kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman ketika berada di sini.

Kali pertama sampai di Terminal 4, Lapangan terbang Heathrow..tidaklah sebesar KLIA. Tapi dengar citernya lapangan terbang ini antara yang paling sibuk di dunia. Sampai dengan cuaca sejuk 5 darjah tidaklah memeranjatkan sangat sebab dah biasa dengan cuaca sejuk ketika di Jepun dulu. Saja nak test pemeriksaan kastamnya tu, saya masuk kaunter untuk declare makanan dalam tin yang saya bawa. Semua makanan dalam tin selain dari berasaskan ikan, semua kena ambik dan dibuang dalam tong sampah...depan mata saya je. Kalau tak masuk kaunter untuk declare tu pun takde nampak ada polis ke pihak berkuasa mana-mana pun mari periksa beg kita..lagipun lepas pintu kastam tu terus boleh nampak pintu keluar.

Dari sana naik komuter sehingga ke Euston dan dari sana pulak baru sampai ke Milton Keynes ni. Tak banyak beza dengan perkhidmatan kita, cuma keretapi diorang ni kecil sikit saiznya berbanding kita. Walhal orang2 kat sini semua saiz XXL je nampak. Kalau mereka yang dah biasa naik komuter, pasti takde masalah.

Setelah 4 minggu berada di sini bolehla saya buat beberapa kesimpulan :

1. Dari segi tahap sistem pengangkutan tidak banyak beza dengan sistem pengangkutan di Malaysia. Cara org bawa kereta di sini pun lebih kurang dengan kita je. Laju dan tidak berapa cermat seperti di Jepun. Cuma mereka masih bersopan santun dan memberi jalan kepada yang lebih memerlukan.

2. Sistem saman berkamera nampak macam ada tapi di sini sekurang-kurangnya ada beberapa papan tanda amaran sebelum kamera ambil gambar. Pulak tu kalau kena saman, siapa yang bayar kurang dari 14 hari, dapat diskaun separuh harga. Saya tak mahu komen lebih, cuma mahu nyatakan apa ada di sini sahaja.

3. Kaedah pembelian online di sini juga cukup baik malah ianya sampai seperti yang dijanjikan. Harga juga lebih murah jika beli melalui kaedah online ini.

4. Orang-orang di sini juga peramah dan baik-baik. Cara cakap nya cukup sopan. Selalunya yang bercakap kasar tu bukan orang yang berasal dari sini la tu.

Mungkin sedikit berbeza dari orang-orang Jepun ialah dari segi kebersihan. Kalau di Jepun, mereka akan bawa anjing keluar berjalan2 bersama dengan plastik dan air botol standby. Bila anjing diorang kencing kat mana-mana, mereka akan basuh dengan air yang diorang bawa tu. Bukan basuh anjingnya tapi tempat yang anjing tu buang, dan kalau anjingnya tu melepas diorang akan kutip dengan plastik yang diorang bawa. 'Hasil'nya tu akan dibuang di rumah, bukan dalam mana-mana tong sampah. Tapi di sini...perkara tu tak nampak.

Hati-hati bila naik bas, sebab di sini anjing dibenarkan di bawa naik atas bas. jadi kalau nak selamat, duduk la belakang-belakang sikit sebab selalunya anjing hanya duduk kat bahagian hadapan. Selalunya kat tempat kereta tolak budak2.

Setakat tu dulu..nanti sambung lagi insyaa Allah.


1 comment:

Nole! said...

Wahh selamat berkelana Poji ...