Thursday 13 November 2008

Menyambut kelahiran di bumi Jepun













Baby yang baru lahir beberapa jam



Nurse yg bersilih ganti menjaga pesakit

Malam Selasa aku turun darah..itu dah tanda aku nak bersalin...berdebar rasa hati ini bila tiba waktu nak lahirkan anak yg ALLAH anugerah untuk aku..aku kejut abang dar tido...terkejut dia bila aku bagitau aku dah keluar tanda nak bersalin...tapi aku x rasa sakit....(sama pengalaman aku lahirkan anak pertama..Fauzan Ikhwan) aku ke klinik dengan bantuan Kak Na ngan Sazali, jiran masa di Gyotoku (jutaan terima kasih pd family K.Na..dialah yg banyak membantu aku ngan family aku selama aku di klinik bersalin...dialah yg masak untuk aku, suami aku dan Fauzan...thanks K.Na dan kengkawan, jiran-jiran yang lain. hanya Allah yg dapat balas jasa baik korang)

Bila sampai diklinik...nurse macam terkejut dan pelik sebab katanya x pernah ada ibu yg nak lahirkan anak awal 2 minggu dari tarikh (at least kat kawasan tu). Masa tu suami aku yang baru nak "bertatih" cakap jepun terpaksa juga bercakap utk nak terangkan situasi aku. Punya lama nak citer, tp nampak macam akhirnya si nurse tu faham la kot (agaknya la...). Lepas Doktor shif malam tu check lebih kurang, dia suruh aku balik. So aku balik rumah semula.

10hb.6.2008, jam 5pg aku mula sakit perut sikit2....aku macam biasalah..bangun mandi dan solat, jam8 pg aku terus aku ke klinik masa tu memg dah sakit betul2 hanya ALLAH je tahu..nurse terus suruh aku masuk dalam bilik bersalin bersama ngan abang, masa tu nurse tu seorang je ada..dialah yg sedia kan semua alat kelengkapan bersalin. Dengan mata yang masih mamai, nurse tu dok asyik kata "mada dayo....mada dayo" (maknanya..belum lagi!). Ntah berapa puluh kali dia cakap aku pun x kira. dah bunyi macam wirid pulak. :D

Masa tu aku terfikir juga xkanlah nurse ni soarang je yg nk bantu aku lahirkan anak..aku x yakin betul masa tu..tapi memg betullah hanya dia sorang je yang ada masa tu. So dia la ke hulu ke hilir sediakan barang2. sambil2 tu dia mari tengok keadaan aku. Tu mulut tak henti2 dengan "wirid" tadi tu "mada dayo..mada dayo". Suami aku dok kat bahagian kepala ni tolong translate apa yang nurse tu "wirid"kan, dan apa2 yang dia cakap masa tu. Tapi masa tu, mana nak ambik kisah dah...sakit, sakit dan sakit je!.

Jam 8.25am Doktor sampai. Aku dah kisah siapa pun yang datang sebab masa tu tengah "berjuang". Tapi muka Doktor relax je. Sambil dia pun ikut apa yang suami aku cakap, "kuat lagi...kuat lagi" dalam pelat Jepun. Kira dia pun bagi semangat untuk aku teran anak tu keluar. Jam 8.28pagi setelah hampir setengah jam berjuang, maka aku pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3340gram. (Kat sini diorang ukur dalam gram, kat Malaysia diaorang akan timbang ikut Kg.)

Selesai je melahirkan anak, aku kena rehat dulu kat dalam bilik tu utk tempoh masa sejam. Masa tu suami aku dah kena keluar. Doktor dan nurse, berdua je "uruskan" aku. Aku dan suami hanya sempat tengok baby masa dia lahir je, lepas tu dia ambik utk dibersihkan. Selepas tu baby terus masuk dalam "bilik bersih" baby dengan baby2 yang lain. So selepas sejam, aku di masukkan ke dalam bilik. Masa tu suami aku masuk dan tanya pada nurse yg tolak aku masuk ke bilik tu utk nak azan kan anak. Nasib baik dia bagi. kalau tidak jenuh juga suami aku nak susun perkataan dalam bahasa Jepun tuh.

Sepanjang seminggu di wad tu, aku tak langsung dibenarkan mandi. Tak kisah la, layanan yang diberikan cukup bagus. Makanan pun nampak macam sedap, tapi bila nak makan tu agak was-was. So aku tak makan la kecuali yg betul2 rasa halal. Mungkin sebab sesuai dengan bayaran yang dikenakan kot. (428,000yen). Tapi bila tanya orang Embassy, kalau bersalin kat mana pun bayarannya sama je di Jepun ni. Dari jumlah tu City Hall refund 350,000 yen.

Catatan dari Isteriku...

To be continued.... Step-by-step untuk daftar kelahiran bayi

No comments: