Saturday, 15 November 2008

Step-by-step daftar kelahiran

Di sini aku nak citer step by step untuk mendaftar kelahiran bayi di Jepun ni.

Aku maksudkan daftar ni ialah daftar untuk nak dapatkan surat beranak dan passport Malaysia, kalau nak daftar untuk nak jadi rakyat Jepun, aku tak tau la. Ish...tak mau la aku.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia !

Ok bila dah seminggu di "tahan" dalam wad, bayi dan isteri akan dibenarkan keluar bila dah bayar duit dan jika di dapati bayi tu takde masalah apa-apa. Dalam kes aku ni, anak aku di dapati kuning sikit. Masa tu bacaan 10.9, so diorang bagi juga balik cuma minggu depan tu kena datang balik. Masa keluar tu dia akan bagi surat lahir sementara bersaiz A3. Sudah pastinya surat tu takde sebiji pun tulisan rumi, semuanya kanji, hiragana dan katagana. Tak perlu risau, dia bagi tu ambik je. kalau boleh particular pasal anak tu biarlah Dr kat klinik tu yang tulis. (Di sini kakitangan kerajaan very particular not only to our own signature, but hand writing as well to proof that the document is valid.

Ada sesetengah klinik bagi 2 helai, tp yang perlu nya sehelai je. Bawa dokumen tu ke City hall bersama Boshitechou (buku pemeriksaan kesihatan anak). Sampai sana dan serahkan pada mado guchi (kaunter) yang berkenaan. Dia akan check dan kemudian kita buat la claim untuk dapatkan 350k yen dari City Hall tu. Di sana jangan lupa untuk minta 2 benda.

i. Salinan surat lahir A3 yang telah di inkan oleh City Hall - 2 Salinan
- yang ni penting untuk mohon surat beranak, visa dan passport (kena bayar 350yen sehelai)

ii. Surat penerimaan kelahiran dari City Hall (Jurisyomesyou) - 2 helai.
- yang ni kena bayar 300yen dan penting utk mohon surat beranak dan passport.

Catatan : Pendaftaran baby dgn City Hall ni perlu di buat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh baby lahir! Lepas daftar ngan City Hall, kalau korang nak gi buat visa dulu pun dah boleh dah. Macam kes aku, aku gi buat visa dulu di Pejabat Imigresen, Chiba.

Note :(Salah seorang pembaca blog memberi input ini, terima kasih Puan Liza)...it is a MUST to apply for Dependent Visa for baby who is born in JAPAN even without Malaysian Passport if the baby intend to stay in Japan for more than 60 days

Untuk buat dependant visa untuk baby ni teramat lah mudahnya. Dokumen yang diperlukan ialah :
i. Jurisyomeisyou - 1 helai (of course original sebab ambil kat city hall)
ii. Salinan surat lahir yg di sahkan oleh city hall
iii. Alien card baby (sekeping kertas keras tu la) - yg ni pun kena bawa yg ori
iv. Passport bapa - ori
v. Juminhyou - 1 helai (of course original sebab ambil kat city hall). Full family member dgn tertera nama baby sekali.

Macam dalam kes-kes tertentu diorang minta kita yg bawa salinan, tp dalam kes aku bawa yg ori then diorang yg fotostat kan. Apapun nak selamat, pastikan bawa semua dokumen original tu. Visa tu dapat terus dan ianya percuma!

Selepas dah dapatkan visa utk baby, pastikan inform balik city hall dalam tempoh 2 minggu.

Permohonan passport
Untuk baby,
perlu buat gambar saiz passport. Syarat-syarat untuk gambar tu ialah seperti di bawah. Tidak dapat tidak kena ikut.
i. Saiznya 5cm x 3.5cm
ii. Background gambar tu mesti warna biru
iii. Mata baby mesti buka
iv. 4 keping (walaupun dia tulis 3 keping je, tp bawa la lebih pun)

Catatan : gambar ni aku bikin sendiri je. Letak anak kat atas tilam warna biru, pastu bila dia bukak mata je, snap la. Edit gambar tu pakai Photoshop ke atau apa2 software yang korang ada.

Dokumen dari Ibu dan Bapa yang perlu di bawa bersama untuk pendaftaran :
i. Passport (3 salinan, bawa yang ori masa pergi mohon). Muka surat yang penting ialah yang ada No passport, tandatangan, maklumat peribadi, status of residence dan extension information. (kalau rasa payah sangat, fotostat je mana2 muka surat yang rasa ada kene mengena dgn kehidupan kita di Jepun).

ii. Sijil lahir (3 salinan, bawa yang ori masa memohon)

iii. Kad Pengenalan Malaysia (3 salinan, bawa yang ori masa memohon)

iv. Surat /Sijil Nikah (2 salinan, bawa yg ori masa memohon)

v. Alien Registration Certificate (dapatkan dari City Hall utk kedua2 ibu dan ayah)

Catatan : Ada juga member aku yang dah tak tau ke mana surat beranak ori. So apa yang dia buat ialah, surat beranak salinan tu cop "Certified True Copy" oleh Pegawai Kumpulan A atau sesapa yang layak. Then dia submit. Alhamdulillah lepas.

Syarat-syarat lain :
i. Dokumen yang di keluarkan oleh City Hall hanya diterima dalam tempoh 3 bulan dari tempoh ia dikeluarkan.

ii. Semua dokumen yang di fotokopi hendaklah dalam saiz A4.

Selain dari semua dokumen di atas, baby juga perlu di bawa semasa memohon. Ini kerana diorang nak dapatkan cap jari baby.

iii. Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh setahun.

Catatan : Masa untuk permohonan di Embassy tu pagi je tau 9 sampai pukul 12 tengahari. So jangan lewat. Maklum je kat situ orang jepun yang jaga kaunter. Bukan boleh kita bisik-bisik kat belakang minta tolong. So plan betul-betul!

Aku rasa tu je kot sedikit sebanyak info yang aku ingat. Harap bagi sesapa yang nak daftar kelahiran baby baru di Jepun, boleh ambik manfaat dari info ni.

Sorila, info ini hanya untuk pasangan dari Malaysia. Bagi mereka yang kahwin ngan org sini (Jepun), tanya sendiri la org Embassy. No. Telefon : 03-3476-3840. 2pm-5pm.

2 comments:

Mohd Adzlee Lee said...

info yg bagus

fatimah said...

assalam kak.

br usha2 psl bersalin di jepun, trus jumpa blog akak dlu. menarik pengalaman akak bersalin di jepun. tp boleh sy tahu akak duk area mana? prefecture tu dlm tokyo kah?

husband sy akan kena transfer ke jepun setahun, start januari 2014 ni. dan kami tgh survey2 info psl bersalin di jepun (hoho..dok bw perut dh nih). tapi akan ke area yokohama port, dlm tokyo. akak ada info lain atau kawan2 yg penah bersalin di jepun and harga ke kak? lg 1 akak bersalin di hospital apa? nama apa?

sbb ada blog lain yg saya baca, ada yg free sponsored, ada half sponsored. ada yg gtau malaysia embassy refund. (maksudnya refund ni apa?) saya xfhm lah..

lg 1, akak dan keluarga pergi belajar di jepun ke kerja? sbb sy rs akan ada beza kalu bekerja dan bljr. yg bekerja mgkin ada allocation company cover.. penting jgk utk sy tahu itu.

sy.tak.penah.smpi.jepun.lagi.

maaf, sy xtau nk tnya sapa lagi.

bytheway, nama saya Fatimah.