Saturday 4 April 2009

Cuaca kembali cerah di Nagaoka

Sehari dua ni cuaca di Nagaoka cukup cantik. Cuaca yang sebegini cantik menambahkan lagi rindu pada suasana di Malaysia. Memang seakan2 sama, cumanya di sini walaupun matahari nampak terik tapi suhunya masih di bawah 20 darjah celcius. Sebab angin sejuk bertiup agak kuat.

Setiap saat hati ni rasa macam nak balik Malaysia je. Rindu pada cuaca yang semacam ini. Tapi atas sebab perjuangan ini masih belum selesai, maka hati ini perlu di tabahkan. Banyak lagi agenda yang masih belum terlaksana. Agenda untuk menamatkan MSc ni satu, penubuhan masjid di Nagaoka pun satu lagi hal yang tidak kurang pentingnya.

Kehadiran lebih kurang 18 org "ahli baru" dalam keluarga Malaysia di Nagaoka ini menambahkan semangat untuk terus mengeratkan silaturrahim dan seboleh-bolehnya nak mengembalikan nama baik pelajar-pelajar malaysia di sini. Memang kalau di ikutkan ranking mudah mendapat kerja selepas grad dari U ni memang antara yang top di Jepun, tp yang menjadi masalahnya ialah di pihak JPA Tokyo, pelajar2 dari Gidai ni seolah-olah macam ada banyak sangat masalah peribadi. Sehingga ada yang mengurung diri dalam bilik berbulan2.

Harapannya dengan kedatangan adik-adik ini, dapat membuka satu buku baru ke arah pembentukan masyarakat Malaysia di Nagaoka yang dapat menjadi contoh Muslim yang baik.

Wassalam

2 comments:

ilhami said...

salam...
sy pljr yg bakal je osaka uni.
nnt prtghn mei nnt...sy hrp sgt dpt prtlgn dr saudara muslim m'sia yg tggl d sana..hrp sgt dpt mmberikn info pntg psl jepun sbb ni 1st tm sy ke sana..blog saya http://deltagamasigma.blogspot.com

alrijalnajwa said...

seronok korang byk kawan..sampai boleh nak bina masjid...kami ni terkontang kanting satu family kat Idstein ni...solat Jumaat pun susah nak kejar....nasib...nasib huhuhuhu