Friday 15 May 2009

Pemeriksaan kesihatan di Gidai

Setelah hampir setahun berada di bumi Nagaoka dan sekarang dah pun melalui musim bunganya. Pemandangan memang cantik. Betapa indah ciptaan Allah utk di nikmati dan betapa tuntutan untuk sama2 merenung kehebatan penciptaan Allah yang seterusnya membawa kepada membesarkan kehebatan Allah sebagai sang Pencipta yang Maha Agung.

Tidak mungkin sesuatu yang dijadikan Allah itu sia-sia. Begitulah kita di tuntut bilamana melihat kebesaran ciptaan Allah kita secara spontan menyebut :

Subhanallah. Maa kholaqta haaza bathila, subhanaka faqina 'azaabannar.

Maksudnya : Maha Suci Allah, tidak Engkau jadikan ini dgn sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, maka hindarkan lah kami dari azab neraka.

Setidak-tidaknya pemandangan hijau dan bunga-bunga yang ada di sini memberikan kenyamanan pada mata yang melihat. Melihat pada awan, bukit, gunung ganang sedikit sebanyak dapat membantu melepaskan rasa sempit di dada. Samada "sempit" dgn tugasan sebagai pelajar mahupun sebagai apa jua status di sini. Satu status yang tidak lari dari kita ialah status sebagai seorang Muslim.

Pada hari Rabu hingga Jumaat yang lepas, pihak Universiti telah mengadakan pemeriksaan utk kesemua pelajar dan kakitangannya. Apa yang menarik ialah mereka menggunakan teknologi IT sepenuhnya. Sebelum ini saya ketika di pejabat, kami memperkenalkan E-Meeting, iaitu mesyuarat tanpa kertas minit mesyuarat dan semua dokumen di akses dari server melalui teknologi wireless. Di sini satu lagi kegunaan wireless yang sebelum ini saya tak pernah pun terlintas akan aplikasinya.

Hasilnya, satu kaedah pemeriksaan kesihatan bersepadu yang dapat menjimatkan masa dan keputusan yang diperolehi adalah cepat dan tepat.

Bermula dari seawal 8.50pagi saya dan kawan2 lain beratur untuk mendapat pemeriksaan. Walaupun kaunter di buka hanya pada pukul 9 pagi, tp sudah kelihatan ramai pelajar beratur sebelum itu. Malah ada di kalangan pelajar jepun yang datang seawal itu. Ada di antara perbualan mereka yang saya terdengar " Eh awal pulak kau bangun hari ni?...kalau tetiap hari macam ni kan ke bagus..! Ke kau tak tidur dari semalam utk pemeriksaan ni? " Itu translation yang saya buat berdasarkan pemahaman Nihongo saya yang agak terbatas ni.

Apapun, pemeriksaan ini walaupun tidak ada kerahan, blh di katakan kesemuanya mengambil bahagian. Saya tidaklah pula mengambil bahagian dalam mengambil kedatangan, tp secara mata kasar masing2 bercakap mengenai perkara berkaitan pemeriksaan kesihatan ini dalam tempoh 3 hari ni. Dan ini membuktikan mereka alert mengenai perkara ini.

Bila masuk ke dewan, saya dan Azahari masuk utk pemeriksaan BMI. Mulanya diukur ukurlilit pinggang. Nak check "mengandung" ke tidak gamaknya..he heh. Kemudian tinggi dan berat. Kita tak perlu bagitau apa2, semua mesin yang ambil input dan semua input di masukkan ke dalam server secara wireless. Apa yang di perlukan hanya kad pelajar. Selesai ambil ukuran tinggi dan berat, pergi pula ke kaunter pemeriksaan mata. Di sana ada dua kaedah pemeriksaan. Manual dan auto. saya pergi ke kaunter auto, dan di sana ada 2 mesin pemeriksaan mata ni. Di kaunter auto, kita tekan butang "start", mesin tu secara automatik memaparkan imej utk kita jawab. Kalau di Malaysia, selalunya kita di uji dengan huruf, tp di sini dgn arah. Atas, bawah, kiri atau kanan (u - maknanya atas, n-maknanya bawah). ruang untuk penentuan arah tu xde lah sebesar huruf tu. cukup kecil. Cukup sekadar membezakan antara satu dgn yang lain.

Selesai pemeriksaan mata, saya pergi ke kaunter pemeriksaan tekanan darah. Juga amat mudah untuk dibuat sendiri dan mereka menyediakan 4 mesin. Hanya masukkan tangan dalam mesin, dan tekan butang start. Selesai pemeriksaan tekanan darah, saya pergi ke pemeriksaan air kencing. Selepas selesai pemeriksaan air kencing, pergi pula ke kaunter x-ray. semuanya berjalan dengan cukup lancar dan tak perlu tunggu lama. Paling lama tunggu pun 3-4 minit je. tapi unutk x-ray ni tak tunggu pun. Masuk je dalam bas yang ada mesin x-ray tu, x sampai seminit setel. Then pergi ke kaunter yang terakhir utk dapatkan keputusan. Masa ni barulah kita diberikan laporan dalam bentuk kertas dan kesemua result pemeriksaaan tadi di print.

Bila dah dapat kertas laporan tu ajelah yang sedikit masalah. Semua nya di tulis dalam bahasa jepun dan takde sape pulak nak tolong translate masa tu. Pusing punya pusing terjumpa Hanif. Dia la tolong translate kan. Barulah boleh isi borang soal selidik kesihatan kita tu. Last sekali bila dah isi borang soal selidik tu baru pergi jumpa ngan doktor bertauliah untuk mendapatkan nasihat dan kesimpulan dari result tadi.

Alhamdulillah secara keseluruhannya saya sihat dan BMI pun 21.5. Cuma keadaan mata yang agak membimbangkan. Dalam keluarga saya, hanya tinggal saya seorang sahaja lagi yang tidak memakai cermin mata. Jadi kalau blh nak kekalkan. Tapi melihat kepada result yang diterima memang memerlukan tindakan segera. Bila di tanya pada Hanif (dia dapat 2/2 utk kedua2 belah mata), dia kata pakailah celak. InsyaAllah lepas ni saya akan pakai celak. Lagipun ianya sunnah Nabi, cuma kita je lupa untuk nak buat. Bila dah jadi macam ni baru teringat.

Jadi saya syorkan selagi mana ada sunnah2 nabi yang kita tau dan tidak amalkan, amalkan la sekarang juga. Yang mana masih belum tahu, belajar la untuk ambil tahu dan seterusnya amalkan.

Wassalam.

1 comment:

alrijalnajwa said...

Ye la kita ikut sunnah selagi terdaya...tambah2 dok kat negara bukan umat Islam banyak cabarannya...

Kadang2 kita rasakan dok kt negara orang lebih kuat utk mengamalkan disebabkan ujian yang kuat...