Monday 4 May 2009

Pengajaran dari ujian

Setelah 2 kali kaki Fatin Najwa di cuci, nampak macam ada tanda2 kesan lecur di kakinya makin kering. Alhamdulillah. Luka yang besar tak berapa nampak sangat. Tapi yang pastinya setiap kali kakinya di cuci, Fatin menangis amat kuat. Saya pun blh faham macammana punya sakit yang di tanggung oleh Fatin Najwa. Tapi itulah suratannya. Fauzan pun sehingga hari ni masih belum sembuh sepenuhnya. Dia belum lagi ada "selera" untuk nak main Wii dgn game2 baru. Selalunya pepagi lagi dia dah sebut nak mengaji. Bila dia sebut nak mengaji tu maknanya dia nak main game la lepas tu.

Tapi apa yang pasti, setiap apa yang Allah jadikan tu ada hikmahnya. Di sini apa yang pasti tidak dapat di nafikan bahawa dalam hidup bermasyarakat kita memerlukan antara satu sama lain. Rakan taulan di sini amat mengambil berat. Bilamana Fatin masuk wad hari tu, kawan2 tidak putus2 datang melawat. Bukan sekadar melawat, mereka datang dgn pelbagai jenis makanan. Betul, makanan disediakan di hospital tapi yang disediakan tu hanya untuk Fatin sahaja sebab pesakit hanyalah Fatin. Ibu yang menjaganya di hospital tu tak di kira sebagai pesakit. Jadi, peneman tidak disediakan makanan. Lagipun kalau di sediakan pun, kebanyakan makanannya tak halal.

Ada sekali tu, Sufian bagi satu set makanan tengahari. Alhamdulillah. Tak perlu lagi saya masak. Orang kata "kawan ketika gembira senang di cari, kawan di ketika susah sukar di cari". Tapi saya kira di sini, kami tidak susah untuk mencari kawan yang benar2 ikhlas membantu. Terima kasih pada Aina sebab dia berikan ubat Jeli Gamat. Rosli dari Green Heights (Ichikawa Ono, Chibaken) yang susah payah pos kan ubat gamat ke sini. Dan ramai lagi kawan2 yang terlalu banyak membantu mendoakan kesihatan Fatin Najwa dan memberikan semangat pada kami.

Bila Fatin dah keluar wad pula, kawan2 tadi ramai yang pergi bercuti di luar Nagaoka. Kebetulan pula tol 1000yen je. So langkah panjang la sikit. Di sini, kami yang tinggal menjadi "penjaga Nagaoka" agak kesunyian. Ahli jemaah surau pun takde. Tapi Alhamdulillah Abg Mus dan family nya tak ke mana2. Kak Naha la yang telah bersusah payah mencuci kesan lecur pada kaki Fatin. Selalunya kami ke rumah Abg Mus, tp bila Fauzan demam ni, Abg Mus bawa Kak Naha datang ke rumah untuk cuci kaki Fatin tu. terharu betul dengan kesudian mereka untuk bersusah payah membantu kami ni.
(Kak Naha sedang mencuci luka lecur pada kaki Fatin Najwa)
Antara pengajaran yang blh di ambil ialah saya, walaupun seorang lelaki perlu kepada kemahiran memasak. walaupun saya sudah mempunyai isteri yang blh menjaga makan minum saya tapi dalam keadaan2 seperti ini kemahiran tu amat penting.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak blh hidup dengan sendiri. Saling perlu memerlu antara satu sama lain. Dan perlu di ingat bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak beri sesuatu ujian yang kita tidak mampu lakukan atau harungi.

Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua dengan balasan yang setimpal atau lebih baik.

wassalam

4 comments:

Hamidi Haris said...

Moga Allah beri kesembuhan yg segera pada Fatin Najwa...Tu yg mek tk sabar nk ke Jepun tu sebab teringtkan cucu dia...

nbo_3 said...

Assalamu'alaikum Abang Fauzi. Tak sangka boleh jumpa kat alam maya. Selalu dekat surau saja.

Semoga Fatin cepat sembuh, insyaAllah. Maaf tak sempat membantu. Minta tunjuk ajar, dan sama-sama kita bangunkan Nagaoka.

alrijalnajwa said...

Mak Lang sekeluarga harap Allah mengembali kesihatan kaki Fatin Najwa seperti sediakala...

Kepada De dan Imah diharap agar banyak2 bersabar atas ujianNya...

Sahrim said...

salam
aku first time buka blog ni.... aku bersimpati atas musibah yang kena kat anak hang sepertimana peristiwa yang menimpa diri aku semasa aku kecik dulu...parutnya masih ada...
"dan ketahuilah harta benda dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar"
Al-Anfaal 28