Tuesday 14 July 2009

Sibuk Tahap Gaban!!


(Cerita bersiri kanak-kanak yang saya gemari ketika umur saya 6 tahun. Pada tahun lepas TV Jepun ada menyiarkan temubual hero siri ini yang sudahpun mencecah umurnya 52 tahun )
"Aku sibuk tahap gaban sehari dua ni!!! " itu hanya salah satu ungkapan biasa yang kita dengar. Ada yang sibuk macam Ultraman dan pelbagai jenis karakter sibuk lagi. Apa signifikannya ungkapan sibuk dengan "hero" pujaan kanak2 ini?. Jawapannya mudah, hero2 ini tidak ada masa rehat langsung!. Setiap siri yang di tonton pastinya ada adegan berlawan dengan orang jahat atau makhluk jahat. Maka sebab itu hero2 ini tidak ada langsung masa rehat. Sibuk sampai sudah.

Kalau itulah situasi sibuknya, memang kita sebagai manusia biasa ini (bukan Gaban, Power Rangers, Ultraman dsb) tak berkesudahanlah sibuk jenis ini. Begitu jugalah kalau kita hanya meletakkan tujuan dunia sahaja untuk hidup, maka kita akan sibuk sampai mati.

Berikut adalah sumber dalil naqli yang berkenaan:

(Sahih Bukhari) Volume 8, Book 76, Number 429: Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying, "The heart of an old man remains young in two respects, i.e., his love for the world , amusements and luxuries) and his incessant hope."

Ada juga yang saya dengar dari kuliah2 (x jumpa matan hadisnya lagi). Manusia ini bila di beri satu lembah emas, dia akan mahukan lembah emas yang kedua.

Kemudian dalam ceramah Ustaz Ismail Kamus selalu di sebut. Manusia ini kalau ada RM2000, mesti di fikirnya macammana nak jadikan nya RM4000. Kalau ada 2 juta, mesti di fikirnya macammana nak jadikan 4 juta. Begitulah seterusnya. Dengan erti kata lain, manusia tidak akan berhenti untuk mencari harta kerana nafsu sentiasa mahukan harta untuk memuaskan nafsu itu.

Apa yang ingin saya sampai di sini ialah, kiranya kita meletakkan matlamat hidup kita hanya untuk mendapatkan habuan dunia..hati kita tidak akan puas. Selama mana kita hidup, selagi itulah kita akan terus menerus bekerja untuk mendapatkan habuan tersebut. Dengan kata lainnya.."Kerja ni (kerja mencari habuan dunia) sampai mati pun tak habis". Masalahnya, setelah kita bekerja bersusah payah sampai umur tua, bila pula masanya kita nak merasa semua kemewahan yang kita kumpul itu?. Itupun nasib baik juga sempat tua, kalau mati awal...lagilah rugi.

Orang selalu berusaha, bekerja bersusah payah untuk sesuatu yang akan dia tinggalkan (hartanya) tapi tak bekerja bersungguh2 untuk sesuatu yang dia nak bawa ke dalam kubur (amalan baik).

Wassalam

1 comment:

alrijalnajwa said...

Hehehe..memangla org akan berusaha utk dunia sbb benda yg diusahakan tu nampak...tapi yg akhirat tu tak nampak..cuba kalau tiap kali bangun malam tahajud tu..turun emas berketul ketul dr langit haaa...barula rajin nak bangun malam...hehehe..bukan mereka ni tak percaya janji Allah..tapi manusia ni cepat tertarik kepada sesuatu yg mereka boleh nampak...boleh pegang...