Wednesday 22 April 2009

Pembukaan Akaun Bank untuk Masjid Nagaoka

Setelah beberapa siri mesyuarat dan perbincangan tidak formal di kalangan AJK Penaja Masjid, akhirnya 2 akaun bank telah berjaya di buka. Hasil kerja keras saudara Imran dan beberapa AJK yang lain. memang betul pembahagian tugas telah diberi dalam mesyuarat, tapi bagi saya tanpa komitmen yang tinggi tugas tersebut tidak mampu di sempurnakan. Alhamdulillah, AJK yang ada setakat ini memang menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi bagi mencapat matlamat penubuhan masjid atau Islamic Center di Nagaoka ni.

Sebenarnya Imran dah approach bank ni semasa bulan 3 lagi, cuma secara rasmi berjaya buka akaun bank JP pada 13 April 2009. Buka akaun ni mengambil masa sikit sebab mengikut kata pegawai di cawangan yang kami pergi tu, mereka kena membuat pendaftaran di HQ. Jadi pihak HQ la yang memberi kata putus samada permohonan kami ni lulus atau tidak. Kalau ikutkan takde la susah mana pun. Imran buat sekeping kertas (pastinya dalam Nihongo) yang tercatat di dalamnya beberapa point penting. Antaranya :
i Tarikh penubuhan persatuan (walaupun tidak rasmi, hanya mengambil tarikh mesyuarat agung)
ii. Nama pemegang 3 jawatan utama dalam persatuan tu. (Pengerusi, Naik Pengerusi dan Bendahari)
iii. Alamat surat menyurat persatuan. (Dalam kes kami ni, ianya di alamatkan ke rumah Pengerusi)

Pada surat tu, kami letakkan "inkan" sebagai cop rasmi persatuan. Inkan tu Hanif buat kat kedai dgn kos 3000yen kalau x silap yang mencatatkan "Nagaoka Muslim Kai" dalam kanji dan katakana.

Semasa buka akaun JP tu kami dah minta untuk dia buatkan borang masuk duit yang telah pun tercatat nama persatuan dan nombor akaun persatuan. Jadi bila penderma nak menderma, mereka x perlu lagi tulis semua tu. satu lagi, borang tu perlu di tempah. Kos tempahan xdelah mahal sangat. So far yang kami buat utk 200 keping, 300yen. Semalam tempah lagi 300keping, 400yen. Masa buat borang tu juga pegawai JP tu tanya samada pihak penderma yang akan tanggung kos kemasukan duit atau "furikomi" ataupun pihak persatuan. Kami buat keputusan utk tidak menyusahkan bakal penderma, jadi biar pihak persatuan sahaja yang menanggung kos tersebut. Contohnya kalau penderma nak menderma 1000yen, mereka tak perlu la extra lagi 210yen utk caj furikomi tu. Automatik nanti tolak ajelah dari akaun persatuan. Caj furikomi ni hanya bagi penderma yang bukan pemegang akaun JP. Kalau org tu ada akaun JP, senang transfer je.

Semalam, 22 April 2009, kami buka pula akaun Hokuetsu. Ini bagi memudahkan bakal penderma dari Gidai untuk membuat auto debit. Kebanyakan pelajar Gidai memang buka akaun bank ni di cawangan Oojima. Masa nak buka akaun di sini lama sikit kami kena tunggu. Lepas tu ketua cawangan bank ni datang minta penjelasan dari Imran berkenaan persatuan ni. So bila dia faham, dia terangkan keperluan2 lain. tapi paling pentingnya dia nak minta persatuan submit Laporan kewangan untuk satu tahun yang akan datang. katanya sekali je, lepas tu tak perlu dah.

Kiranya2 macam takdelah susah sangat nak buka akaun bank untuk persatuan ni, walaupun kita x register dgn mana2 ROA. Actually kami cuba juga untuk buat auto debit untuk bank JP, tp mengikut pegawai bank JP tu, at least kena ada 100 orang ke atas nak buat auto debit baru diorang benarkan. then satu lagi perlu ada org maintain di pihak persatuan senarai nama auto debit dan jumlahnya sekali. Jadi kami sendiri pun x pasti berapa ramai penderma yang sanggup buat auto debit ni. Memangla kalau nak diikutkan jumlah pelajar Melayu di Jepun ni ramai, tapi tak semuanya bersedia nak menderma tetiap bulan. mungkin mereka ada tanggungan lain. Tak kisahlah, asal sahaja mereka ada niat yang baik.

Bagi pembaca yang ingin menderma, ni ialah nombor akaun JP untuk Nagaoka Muslim Kai
00560-8-52840

Nombor akaun Hokuetsu x sempat nak salin lagi sebab semua dokumen ada pada Imran. InsyaAllah nanti bila dah dapat saya update dalam ni.

Wassalam.

1 comment:

Unknown said...

Dulu.....tak tahu
kini.....tak tahu
selamanya......tak tahu,


Sekadar ingatkan.

Masa mula-la nak buat masjid di Sapporo, bertungkus lumus kutip derma dari dalam dan luar negara.

Bila dah siap, Kehadiran org Islam kemasjid masih lagi tidak memberansangkan.

Harap2 Masjid kat Jepun tak jadi macam masjid di Malaysia. Masjid banyak tapi pengisiannya tiada.

Sama-samalah kita berlajar mengisinya.

warga malaysia di Sapporo