Sunday, 7 June 2009

Kenangan dan perancangan

Pada hari ini, TYT Datuk Radzi Duta Besar Malaysia di Jepun datang ke Nagaoka utk majlis perpisahan beliau dan bersempena dengan menyambut hari keputeraan Yang Dipertuan Agung. Majlis berjalan dengan lancar walaupun jelas kelihatan ahli2 MADINA keletihan kerana menyiapkan segala persiapan berkaitan. Dan saya yang baru sahaja sampai dari Tokyo, walaupun letih bergegas juga ke majlis tersebut utk menunjukkan sokongan kepada kawan2 yang dah bertungkus lumus.

Dalam ucapan TYT Datuk Duta, beliau ada sebut beberapa nasihat yang saya kira penting utk sama2 ambik pengajaran dan iktibar. Antaranya ialah kepentingan belajar dan memahirkan diri dgn ilmu pengurusan, memantapkan penguasaan bahasa asing. Tapi di sebabkan terlalu letih, saya tersengguk juga ketika ucapan tu.

Bila dah selesai majlis, balik rumah, layan tgk blog kakak yang sekarang di Jerman....terasa macam ada sesuatu yang perlu di nukilkan di sini. Suatu ketika, bilamana kami kecil sering bergaduh. Bukan dengan dia je, dgn Idi pun bergaduh...pengalaman dengan adik beradik yang lain mungkin tak berapa banyak sebab diorang tinggal di tempat lain, samada belajar, kerja dll. Tapi sekarang bila dah masing2 bergelar ibu dan ayah, barulah faham kerenah2 ini. Namun saya kira saya masih belum mampu utk menjadi bapa mithali.

Bila baca dan terus baca blog kakak tu, terasa macam ada "kehilangan". Masa kami dok bersama dgn mek dan ayah dan adik beradik yang lain, takde pulak saya terasa semua ni. Tapi bila masing2 dah dok asing macam ni...saya terasa dan berkata dalam hati..."alangkah bestnya kalau dapat dok sekali balik macam dulu...yana, idi dan adik beradik lain.." tapi saya pasti..itu hanyalah suatu angan2 yang pastinya tidak dapat lagi di kecapi. Masa tu telah pun berlalu. Dan ianya tidak di "genggam seeratnya" di "masa itu".

Kemudian bila di fikir2 kan balik..byk lagi perkara lain yang jadi seperti itu. Sama macam ibadat. suatu masa kita cakap.."alangkah bestnya kalau aku ada duit, blh sedekah". Tapi bila duit sudah berada di tangan, kita tidak lagi teringat apa yang pernah kita ucapkan dulu dan langsung melupakan utk bersedekah.

Sebagai pengajarannya...rebutlah apa yg anda miliki sekarang ini dan gunakan lah peluang yang ada dgn sebaik mungkin. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, jangan berangan dengan sesuatu yang belum pasti menjadi hak milik kita. Apa yang kita ada sekarang ialah umur, dan tenaga muda belia yang sepatutnya di gunakan utk memperhebatkan lagi perjuangan hidup menuju kepada keredhaan Allah, bukan ketika kita sakit atau pun sudah tua baru nak sebut..nak beribadat kepada Allah.

Moga Allah menjadikan saya antara org yang berjaya dunia dan akhirat....


Hati sungguh gembira dgn kehadiran mek dan ayah ke Nagaoka pada hari ni. Mungkin suatu masa dahulu saya pernah sebut.."kalau aku ada duit, nak bagi mek dan ayah merasa duit yang aku ada ni" sebab dulu kami bukanlah dari keluarga berada....jadi sekarang peluang tu Allah dah bagi. harap agar permudahkan segala perancangan agar kenangan di masa lalu terubat dgn perancangan yang bakal di laksanakan di masa kini.

Wassalam.

4 comments:

alrijalnajwa said...

hahaha..memang na terasa sgt bila anak2 na ni terutama kakak dan abe..selalu sgt bergaduh dgn aqin...abahnya cakap sbb na sayangkan aqin lebih dr mereka berdua...sbb tu mereka "komplot" boikot aqin...tapi bila na imbas balik masa kita kecik2 dulu..memang situasinya sama macam kita dgn idi kan...mek sayang idi lebih dr kita...apa idi nak semua dapat..infact kalau idi nak makan sayur putih hari2...kita pun kena makan sayur putih hari2 jugak la...huhhuuhu..tu yg kita asyik dok cari gaduh dgn idi...idi pulak..sikit2 mengadu kat mek...sikit2 nangis...geram tengok! manja..tapi selalu nak join kita main...sebijik macam anak2 na sekarg ni...tapi bila dh besar....Alhamdulillah semua rapat...takde klik2 hehehehe...
hang ingat lagi tak bila kita gaduh dgn idi...kita kena sorok beg sekolah kita?hahahha sbb dia suka baling barang2 dalam beg sekolah kita ke luar rumah....

Ayah said...

D
Ish Ish Ish..tk patut hg ckp gitu na..d ni baik masa kecik..kawayee tu namanya...walauapapun syukurla semua kita rapat...alhamdulillah!!

sahrim said...

baru sekarang aku bole tulis

sahrim said...

punyalah lama aku nak cuba buat akaun ni...baru la berjaya.hampeh betui!!!! anyway...sampai juga mek dan ayah hang ke sana ye.... aku ni belum lagi dapat naik kapal terbang