Monday 2 November 2009

Fauzan dan adik...+ adik nya

Minggu lepas, semasa bawa isteri untuk pemeriksaan perut dan kandungan saya agak terkejut dengan tindakan spontan yang dibuat oleh Fauzan. Selalunya saya tak bawa dia masuk sekali dalam bilik rawatan. Dia hanya ditinggalkan main sorang-sorang kat luar bilik di Hospital Red Cross, Nagaoka (dikhabarkan antara yang terbaik di Hokuriku). Tetapi pada hari tu, mungkin nurse yang bertugas tu dah biasa panggil semua "tentera" pesakit masuk ke dalam bilik rawatan, jadi Fauzan turut di panggil masuk sekali. Bila masuk ibunya macam biasa akan bersedia untuk di ukur besar perut dan baring atas katil pesakit. Saya cukup terharu bila melihat Fauzan masuk aje dalam bilik tu dan tengok ibunya terbaring atas katil untuk pemeriksaan, dia angkat tangan dan berdoa "Ya Allah selamatkanlah ibu Fauzan dan adik Fauzan dalam perut ibu tu, mudahkanlah urusan ibu!". Saya yang ketika itu sedang mendukung Fatin hanya tergamam dan bergelinang juga mata melihat Fauzan berdoa. Syukur pada Allah kerana kurniakan Fauzan dan saya mohon agar Allah faqih kan dia dalam agama.

Saya tak pasti samada Fauzan faham atau tidak keseluruhan doa tu, tp dengan kemahiran dia bertutur seawal 11 bulan, saya rasa macam dia faham apa yang dia cakap. Kekadang memang geram dengan kelaku dia yang selalu sakat Fatin, tetapi dia memang sebenarnya seorang anak yang baik, abang yang penyayang. Bila selalu marah2, atau tak ikut kehendak dia kekadang rasa menyesal pun muncul. Kekadang saya terfikir..."kiranya aku tak sempat untuk bahagiakan dia sewaktu dia sedang membesar, bagaimana?". "Kiranya Allah ambil nyawa aku sewaktu aku sering mengatakan "ayah sibuk!" kepada dia, bagaimana?" itulah yang selalu saya fikirkan bila dia ajak main, saya gagahkan juga. Kalau tak dapat lama pun, sekadar 3-4 minit sementara nak tunggu nasi siap di hidang atau sewaktu melepas penat balik dari lab. Balik dari Lab memang penat otak, tapi layan ajelah. Dia pun bukan minta banyak, sekadar jadi pembaling bola kecil yg sememangnya ada dalam rumah. Kekadang tu dia minta tendang bola pada dia je.

(Fauzan adalah seorang abang yang baik!)

Ada sekali tu saya kata..."Ayah tak nak main la, Fauzan main la sorang. Fauzan kan pandai main sorang2!." Lalu dia menjawab.."Tak best main sorang2. Ayah main la sama ngan Fauzan. Ayah tendang gini je. (sambil menunjukkan aksi yang perlu saya lakukan)". Kekadang Fauzan saambung ayat tu dengan katanya..."Kesian Fauzan, takde sape nak main ngan Fauzan!". Tu yang membuatkan saya kekadang WAJIB untuk saya penuhi permintaan dia. Memang dia amat seronok kalau dapat main dengan saya. Mungkin juga sebab selalunya dia fikir saya dan ibunya hanya menumpukan perhatian pada adiknya Fatin aje kot.

Sengaja kekadang sebelum tidur saya dan ibunya ajak Fauzan sembang2. Kami rasa macam blh sembang dengan Fauzan yang "besar" kerana kepetahannya bercakap. Kawan2 di sini pun ramai yang cakap yang Fauzan ni kalau sembang macam orang besar. Masa yang amat berharga ini terasa amat bahagia!. Fauzan pun dapat luahkan apa yang dia nak cakap. Kekadang kami beritahu rasional kenapa kami marah atau pukul dia dan dia pun cakap "hmmmm...iye". Selepas habis sesi berbual, dia akan bagitau yang dia nak tidur dulu. Selepas membaca doa, kami akan cium pipi dan dahinya sambil cakap, ayah saaaaayang Fauzan!, ibu saaayang Fauzan! dan selalunya juga la dia akan minta untuk kami cium banyak. Maksudnya kena cium lama2. Buat ajelah..dah dia suka. Saya pun terasa amat bahagia dapat cium dia sebelum tidur. Dalam masa dia tidur2 ayam tu kalau saya tak sempat ulik dia pun, saya akan usap rambut dia dan bisikkan pada telinga dia.."Fauzan jadi budak baik ye, patuh perintah Allah, dengar cakap ibu, dengar cakap ayah, jaga adik2, hafal Quran, jadi Doktor Islam yang baik! "seperti biasa dia akan kata "hmm..." pada setiap kata kami tadi. Sehinggalah dia betul2 tidur.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah.."hargailah masa kanak2 anak2 kita. Mainlah dengan mereka kerana inilah masa mereka untuk bermain. Kalau kita nak tunggu sehingga kerja kita habis, memang sampai mati pun kerja kita tak akan habis. Masa anak2 kita kecil hanya sekali dan ianya tidak dapat diulang. Luangkan masa sebaiknya untuk mereka. Kalau masa kecil kita tak luangkan masa dengan mereka, dan mereka lebih suka kepada kawan2, esok2 bila diorang dah besar jangan terkejut kalau mereka lebih suka khabarkan rahsia dan masalah mereka kepada kawan2 instead kita yang menjadi ibu bapa mereka kerana kita tidak pun menampakkan yang kita concern pada mereka masa mereka kecil."

Moga Allah bagi kekuatan untuk saya didik anak2 jadi org yang faqih dalam agama.

Wassalam.

1 comment:

nbo_3 said...

Saya yang belum ada anak ni pun terharu membaca entry ini. Moga Fauzan jadi hamba Allah yang faqih agama dan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya...