Tuesday 24 March 2009

Aktiviti semasa di "kampung"




Perjalanan balik kampung ke Ichikawashi memang memenatkan tetapi saya rasakan amat berbaloi. Berbekalkan rasa seronok untuk berjumpa dgn kawan2 di tempat mula saya sampai di Jepun dan kawan yang satu opis dan satu kejiranan di Malaysia.

Sewaktu mula sampai, kami terus di jemput untuk ke Green Height, Ichikawa Ono. Jadi kami terus menuju ke sana. Semasa 2 jam pertama perjalanan lagi sebenarnya Ridzuan dah call untuk nak tanya kami di mana untuk nak pastikan kami memenuhi jemputan. Jadi sewaktu sampai di Ono tu rasa macam VIP la pulak. Diorang siap bantu untuk setelkan parking kete. Maklum ajelah parking di Jepun ni antara masalah besar saya rasa.

Sebaik saja sampai, kengkawan ajak makan. Memang kalau ikutkan perut ni sungguh lapar. angin dah sampai ke kepala. Tapi bila sampai, saya punya rasa seronok langsung hilang rasa lapar tu. Selesai bersalaman dan berpelukan dgn kengkawan saya pegi jamah juga nasi dan buah-buahan. Banyak tu tak banyak jugalah, lepas 2-3 pinggan makan saya pegi sambung bersembang ngan kengkawan yg semenjak dari tadi asyik mengipas makanan BBQ. Ridzuan risau saya letih, jadi dia selalu ajak saya masuk rumah utk merehatkan badan. Selesai solat baru saya masuk ke rumah dia. Fauzan bila daha jumpa kengkawan, saya pun x tau ke mana dia main. Lepas dah masuk waktu maghrib baru dia masuk rumah Ridzuan.

Lepas Maghrib tu Ridzuan pegi ambil pula kerang. Saya dah tak lalu nak makan. Kenyang dah rasanya. Lagipun kalau takat semangkuk je kerang tu memang tak cukup saya makan. :D Seronok tgk dia dan anak2 makan. Terasa seperti berada di Laman Dillenia pulak. Rindunya saya pada kenangan di Dillenia!.

Sepanjang berada di Ichikawa, aktiviti memang agak penuh. Malam asyik memenuhi jemputan makan di rumah kawan2. Rumah Tuan Syed Nahar di Omote Sando pun saya pegi bersama ngan family. Family Ridzuan pun ikut sama. Dialah jadi co-pilot. Perjalanan 30km mengambil masa 1 jam dgn kereta dari Ono ke sana lancar. memang navi amat berguna!. Rumah lain yang kami pergi untuk makan malam ialah rumah Sazali, rumah Mizan dan rumah Rosli. Terima kasih pada tuan rumah kerana menyediakan makan malam yang cukup lazat dan menyelerakan. Bila dok di Gyotoku, rumah kak Saloma la menjadi port untuk "mengeteh"..he heh.. memang best!. Lepas ni kak saloma dah nak balik, takde la port untuk nak ngeteh.

Siang pula, isteri saya mengambil peluang untuk shopping. Hari Selasa kami pergi ke Nippori untuk beli kain cotton. Katanya kain cotton jepun kat situ murah dan bermutu. Saya bukannya pandai sangat. Mek pun meniaga kain dah bertahun-tahun, tp bab pilih kain yang cantik ni sampai la ni saya tak pandai. Balik dari Nippori tu singgah di Shalimar di Akihabara kejap untuk makan tengahari. Dapat la lepas rindu nak makan roti nan di shalimar tu. Hari Khamis pergi Costco. Mulanya bajet sikit je untuk beli barang, tapi last2 hampir 30k yen juga la habis. Hari Rabu saya pegi Embassy kejap sebelum pergi jumpa kawan lama semasa di UUM dulu. Abdul Rahman Mat. Tapi pertemuan tu sekejap aje sebab Abg mat ada appointment lain ngan sensei dia.

Masa nak pergi Nippori tu kami parking kereta di Saty, Myoden. masa balik kami singgah kejap di Saty tu untuk bagi peluang Fauzan main. Ingatkan parking di Saty tu murah, tp bila nak bayar..terkejut juga sebab kena 2200 yen. Nak tak nak kena bayar la juga.hu hu uhu..Tulah..di Jepun ni rasanya parking la masalahnya. Bayar untuk parking tu mahal. Kalau silap letak, kena saman. Ada saya dengar member kena saman parking sampai 10k yen sekali kena.

Balik kampung sesungguhnya memang padat dan memenatkan. Tapi saya kira yang lebih penting ialah ikatan ukhuwah yang perlu di pereratkan dan ziarah yang perlu untuk mengeratkan silaturrahim itu.

Wassalam.

1 comment:

Apai said...

Salam Pojie, baru ni aku berkesempatan menjenguk dan membaca entry2 dalam blog ko. Seronok dapat merasa duduk kat negara orang kan? Tapi yelah, tanpa kawan-kawan, teruk jugak rasanya.

Ko dan family semua sihat ke kat Jepun? Aku doakan semua baik-baik belaka kat sana. Dah lama ko tak muncul dekat Yahoo! Group. Ok, selamat maju jaya di sana.